Photobucket Photobucket

Tuesday, November 30, 2010

Contest Gambar Kenangan Sekolah Dulu2..^^

Siti sukalah contest ni, sbb buat Siti terkenang kenangan manis zaman sekolah dulu..^^
Contest yg best ni dianjurkan oleh Cik Ida yg cantik manis (bukan nak mengipas k..)

Nak tahu syarat2 boleh juga klik kt SINI.

Gambar Siti dan kawan2:
Nama sekolah:
SMK Dato' Haji Hassan Yunus, Renggam.

Gambar ni masa Siti tingkatan Enam Atas (2002).
Tengok kt gambar tu mmg tengah huru-hara sbb waktu ni cikgu belum masuk kelas..hahaha!
Seronok sgt kelas ni, sbb kami semua sangat rapat..^^
Boleh dikatakan ni kelas "Quenn Contol" sbb murid lelaki ade 3 org je berbanding murid perempuan yg ade 20 orang..^^

Thanks Cik Ida sbb anjurkan contest ni..^^

Tarikh akhir penyertaan:
11 Januari 2011

Erti tangisan wanita...

Gambar hiasan
Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu
selamanya...

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis keranamu,
 peganglah tangannya dengan pengertian.
dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu..

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
janganlah mensia-siakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya,
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya.
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Fikirkan...
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang, di depanmu dan keranamu;
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan..
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.

Lelaki,
fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
kau lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya.
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
mungkin akan terlambat untuk menyesal,
mungkin akan terlambat untuk menyatakan MAAF…

~Diambil dan diubahsuai dari http://riec.blogspot.com/2007/07/arti-tangisan-wanita.html~

CONTEST: Gambar Paling Chill..!

Jom tengok contest baru ni..^^
(telah di'tag' lagi oleh Miss Bambam..^^)

Dianjurkan oleh blog HUTAN KABUT
Nak tahu syarat2nye leh klik kt link di atas tu ye.. ^^

Gambar yg Siti pertaruhkan...

Kami suka jalan-jalan makan angin, anda??

Tarikh Tutup: 
31 Disember 2010

Siti nak tag:

CONTEST: MANISNYA SENYUMAN

Contest terbaru yg Siti join..^^
Menarik contest ni, dan rasa ceria je nak join, hehe...
syarat2 penyertaan pun senang je, klik SINI ye..

Gambar yg Siti pertaruhkan:

Jeng.. jeng.. jengggg...!!

Kenangan terindah zaman bergelar siswi..^^
SENYUMMM.....!!

Senyum itu mudah jika hati kita sangat bahagia.. Senyum itu indah jika kita sangat ikhlas.. Senyum itu boleh menjadi penawar, dan boleh melegakan hati yg parah... asalkan kita senyum, terasa seluruh dunia kembali tersenyum kpd kita...
Senyum yang bahagia bukan sahaja terlihat dibibir, tapi juga pada mata yang bersinar..
Berilah senyuman yang paling manis.. kerana senyum itu anugerah dari yang Maha Esa..

Siti nak tag calon2 yg suke senyum ni:
Bambam
Aishah

Monday, November 29, 2010

Mya Elzara 3th Birthday Giveaway

Jumpe satu lagi GIVEAWAY!! 
(Wahhhh... ramainye blogger2 yg pemurah kt Malaysia nih..^^)
Kali ni, tuan punye blog Mya Elzara Batrisya dgn murah atinye telah menganjurkan satu GIVEAWAY yg istimewa sempena sambutan hari lahir yg ke-3 puteri kesayangan mereka pd 7 Disember 2010. 
Mungkin sbb birthday girl tu kecik lagi, so mama kpd birthday girl ni pula yg nak bg hadiah kt blogger2 yg bertuah..^^

Hadiah Utama:
1 set Bed Sheet dan Comforter (best2...^^)

5 Hadiah Saguhati:
2 x Fridge Magnet dari Guilin
3 x Bekas Syiling Bersulam dari Guilin

Nak tahu syarat2nya, leh klik SINI ye.. ^^
Mudah je syarat2nye.. sbb tu la Siti join ni.

Contest bermula 30/11/2010 dan Tamat pada 6/12/2010 (Tepat Jam 11.59 Malam)

OK, jom kita same2 join ea..!!

Contest: I LOVE MY MUM!!

Siti telah di'tag' oleh miss bambam utk join contest ni.
Baru je beberapa hari yg lepas Siti tulis entry tentang mak kan?
Kali ni, entry Siti khas utk join contest plak, heeee...
Sesape nak join, leh klik SINI.
Hadiah:
1x top-up RM30 (lehla sms bf byk2.. hiiiiii...)

Tarikh Tutup:
30/11/2010

 Yg bertudung merah tu lah mak Siti, Jaharah bt Yunos namanya..^^
 Mak Siti lembut je orgnye, tp skali kuar suara.... adoihhh... satu kampung ni leh dgr suara dia.. heeee...
Mak lebih suka duk umah je, sbb mak syg nak tinggalkan ayam2 ternakan dia..

Siti tak banyak sgt gambar dgn mak, sbb mak ni susah sikit nak diajak bergambar. Kalau ade pun, gambar ramai2 dgn family..
Hadiah paling spesel yg Siti penah bg kt mak? Hmm.. setakat ni tiap2 tahun mmg bg hadiah, kebanyakannya kain pasang dan tudung. Tapi yg Siti rasa paling spesel, masa Siti masih sekolah tingkatan 5.. Siti buatkan mak KEK COKLAT. 
Siti bukanlah pandai buat kek, dan kek yg Siti buat tu pun langsung xde rupe kek.. dahlah kek tak naik, krim coklat plak berketul-ketul lagi gula icing nya.. heeeee... mmg kalau Chef Wan tgk pun tak pandangla kot..
Masa tu mak keje, balik je dari sekolah Siti pun terus bancuh bahan2nya (ikut resepi kat buku mak.. ^^). Habis berkecah dapur tu Siti kerjakan.. maklumlah, mase tu tangan tak mahir kt dapur lagi.. hehe...
Bila mak balik je keje, Siti dh sediakan kek tu atas meja dapur. So bila mak tengok, Siti pun cakaplah yg kek tu Siti buat sempena birthday mak. Mak senyum je.. xde komplen ape pun pasl rupe kek tu (bangganya kt dalam ati ni....). Dan part yg paling best, mak potong kek tu pastu bg kt abah makan, mak siap promote lagi yg Siti buat kek tu sempena birthday dia. Abah pun senyap jela (agknye kt dlm ati abah merungut sbb siti tak penah bg hadiah pun kt abah...huhuu...)
Skrg ni bila dh umo 27thn, Siti tak penah lagi buat kek utk mak (sebenarnye tak reti pun.. huhuu). Lebih senang beli barang je, sbb mak pun jenis yg tak suka makan kek2 yg kt kedai ni. Tak kisahlah hadiah ape pun yg Siti bagi, mak tetap terima dgn senyuman. kan mak kan? Sayangggg mak...!!

Okla, sebagai memenuhi syarat, Siti nak tag:

Dah balik.. ^^

Dah selamat pun Program Rehlah dgn murid2 tahun 6.. Huhhhh.. Penatttt sgt... Tapi keseluruhannya, program ni berjaya mengeratkan lagi hubungan guru-guru dan murid2. Ramunia Beach Resort mmg sgt best! Bersih, cantik, makanannya pun sedap2.. :) Sbb tu lah rasanya sejak balik dari sana ni, berat badan mcm dah naik je.. hihiii...


Insyaallah, tahun depan buat program yg sama utk murid tahun 6 2011 pula. Destinasi? Masih tepi pantai, tapi tak decide lg pantai mane pula yg akan jadi destinasi kami.. :) Malas nak taip panjang2, kita layan gambar je la ea.. ^^

Dua org ni anak angkat Siti, Aina n Anati..












Saturday, November 27, 2010

Camping time!!

Entry kalini Siti dah taip awal dan Siti setkan ia utk publish pada tarikh hari ini. Haha! Sebenarnya pada waktu ni Siti dan guru2 lain tengah bawa murid2 tahun 6 bercuti sambil berkhemah kat Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi. 

Ini kali ketiga siti camping kat sini. Mula2 dulu masa siti baru tingkatan 4 (tahun 1999), camping anjuran Koperasi Sekolah. Kali kedua tahun 2008, Siti dah jadi guru dan Siti sebagai guru pengiring utk murid2 tahun 6. Dan sekarang ( 2010 ), Siti datang lagi ke sini.

Siti mmg suka jalan2 atau camping kt kawasan pantai. Bila pandang laut yg luas tu, rasa lapang sgt fikiran... dan bila dengar sayup2 ombak, rasa damai je hati.. (jiwangla pulak...hihihikk). 

Harap2, segala perancangan utk hari ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Dan semoga kami semua dapat beriadah dgn tenang. Hishhh... tak sabar rasanya nak membasahkan badan.... ^^


Friday, November 26, 2010

Beras ohhhh beras...


Hari2 kita nampak beraskan? Lebih2 lg kalau yg mmg rajin masak nasi kt dapur tu. Yg tak masak pun mustahil la tak kenal beras.. cuma beras lebih terkenal bila dh dimasak menjadi nasi. Tapi tau tak, selain mengenyangkan perut, beras ni pun banyak khasiatnya, terutama yg berkaitan dgn kecantikan kulit.

Jom baca petua2 warisan nenek moyang yg menggunakan beras ni:

1) Beras atasi kulit berminyak
     Ambil segenggam beras, jemur hingga kering atau lebih mudah, goreng tanpa minyak hingga berwarna kekuning-kuningan. Kisar tapi jgn terlalu halus. Semasa mandi, gosok pada muka dgn menggunakan beras seperti scrub.

2) Hilangkan jerawat batu
     Tumbuk sedikit beras hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Sebelum tidur sapukan di atas jerawat batu. Lakukan sehingga jerawat batu itu hilang.

3) Mencerahkan wajah
     Cuci muka dengan menggunakan air basuhan beras kali yg kedua. Biarkan air beras kering pada muka, kemudian bilas bersih. Atau pun, ketika nasi hampir masak, ambil 2 sudu air tersebut (biasanya agak pekat) dan sapukan pada muka, biar kering kemudian bilas bersih.

Selain daripada petua yang menggunakan beras seperti diatas, ada juga cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan bedak sejuk. Bedak sejuk juga telah terbukti berkesan memulihkan masalah2 kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam. 


Petua penjagaan wajah menggunakan bedak sejuk:
1) Menghapuskan jerawat
     Kisar atau tumbuk beberapa helai daun jambu batu, campurkan dengan beberapa biji bedak sejuk, dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas.

2) Tegangkan kulit wajah
     Campurkan beberapa biji bedak sejuk dgn perahan air limau nipis. Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan selalu utk hasil yg terbaik.

3) Hilangkan parut jerawat
     Asahkan sebatang kayu manis pada permukaan kasar seperti pasu atau lesung batu utk mendapatkan serbuknya ( atau beli je serbuk yg dh siap kt kedai tuu... ), campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air, tampalkan pada kawasan yg berparut. Bilas selepas 15 minit. Amalkan selalu sehingga parut hilang.

4) Melicinkan kulit muka
    Campurkan bedak sejuk, asam jawa, sedikit serbuk kunyit dan sedikit air. Sapu dan gosokkan pada wajah beberapa minit sebelum mandi. Kemudian bilas dengan air suam.

Tapi, kadang2 kesuntukan masa menyebabkan kita jarang dapat amalkan petua2 ni. Kita mungkin sempat amalkan sekaliatau dua kali je, lepas tu... lama nanti baru buat balik. Kalau nak tahu, petua lama ni mmg bagus, cuma perlukan kesabaran dan kesungguhan. Kalau buat sekali dh jemu, mmg takkan dapat hasil yang kita nak. Cuma sekarang, dah banyak produk2 yang menggunakan beras sebagai bahan asas dalam produk kecantikan kulit. Selain daripada bedak sejuk, skrg dah ada juga "SABUN SUSU BERAS".


Siti pun dah mula amalkan mencuci muka dengan sabun susu beras ni. Baunya mmg wangi sbb ia diperbuat daripada beras wangi. Dan yang paling penting, ia tiada bahan kimia dan halal. Harganya pun tak mahal, kalau nak dibandingkan dgn sabun2 pencuci yg ade kt pasaran ni. So, kalau nak tahu lebih lanjut tentang sabun susu beras ni, bolehlah jengok ke blogshop CT's Collections.

Thursday, November 25, 2010

Uhhh... mata dah sembab!!

Sejak aktif dgn blogging ni, ade DUA kesan yg Siti dapat, kesan BAIK dan kesan BURUK.

KESAN BAIK
Siti dapat banyak ilmu2 yg bermanfaat, sbb sume blogger sgt murah ati utk kongsikan ilmu2 yg ade..

KESAN BURUK
Mata Siti jadi semakin sembab dan dah mule ade dark circle kt sekeliling mata... OMG!!


Bimbang akan digelar "PANDA BEAR" oleh En. TUNANG, Siti pun mulalah search segala macam tips utk kurangkan dark circle, sembab dan yg paling tips penting penjagaan mata. Yela, mata ni antara deria yg sgt penting.. tanpa mata yg sihat, deria penglihatan kita pun akan jadi lemah...

Sape taknak mata yg sihat dan segar mcm ni kan??

So, bagi blogger yg mmg selalu mengadap laptop tu, elok amalkan salah satu atau semua tips yg ade kt bawah ni (kalau nak kesan yg segera la... ^^)

LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Jarakkan diri kita dgn komputer/laptop. Tp jgn pulak terlalu jauhhh.. sampai nak taip words pun susahh.. agak2la ye.. sbb cahaya pada skrin komputer/laptop tu tak baik utk mata.

2. Guna pelindung skrin utk kawal jumlah cahaya yg kita lihat.

3. Pastikan cahaya di persekitaran sama dgn cahaya skrin komputer/laptop. Maksudnya, jgnlah kita gunakan komputer/laptop tapi lampu satu rumah kita matikan.. nak jimat karen, tp akhirnya mata yg rosak...

4. Sekali-sekala ubahlah pandangan mata supaya tidak berterusan mengadap skrin terlalu lama. Kalau waktu siang, bolehlah tengok2 daun2 atau tumbuhan2 hijau. Tp kalau dalam ofis mcm mane ye? Tgk jela muke ofismate yg hensem/cun.. tp jgn lame2 plak..^^

5. Elakkan daripada melihat benda2 yg tak senonoh yg bukan saje boleh merosakkan mata, malah merosakkan minda. Faham2 jela ape yg tak senonoh tuu....

6. Amalkan pemakanan yg kaya dgn vitamin A & C, seperti sayur (terutamanya bayam, lobak merah dan brocoli), buah-buahan dan susu.


7. Pastikan solekan mata dibersihkan dgn betul. Kalau selama ni Siti bersihkan eye liner & mascara dgn olive oil, tp rupenye akan ade kesan buruk utk mata. Dikatakan, minyak yg termasuk ke dalam mata akan menyebabkan urat2 mata kelihatan dgn jelas pada mata putih kita. Dan memang Siti berdepan dgn masalah tu skrg... So, cara yg terbaik ialah dgn menggunakan eye make up remover yg berasaskan air atau gel.


Ni contoh je..^^

SEGARKAN MATA YANG LETIH:

1. Jangan buang uncang teh yg dah digunakan. Sebaliknya simpan dalam peti sejuk, kemudian letakkan di atas mata sambil kita berbaring (sambil tu bolehla sapu muka dgn masker.. ^^)


2. Hiris kentang, timun atau tomato, sejukkan dalam peti sejuk atau rendam dalam ais, kemudian letakkan di atas mata sampai rasa sejuk tu hilang.

3. Rendam kapas ke dalam susu segar yg sejuk, kemudian letakkan di atas mata. Biarkan kering dengan sendiri.

4. Sapukan krim mata sebelum tidur dan tepuk2 lembut dgn menggunakan jari telunjuk dan jari hantu selama beberapa minit hingga krim meresap sepenuhnya.

sapu krim mata ye.. bukan krim kek.. ^^
Siti tak jamin semua ni boleh memberikan hasil yang cepat. Mungkin juga hasilnya berbeza-berbaza bergantung kpd jenis kulit dan cara hidup kita. Ape pun, tak salah mencuba. Dan yg paling penting ialah iastiqamah... Insyaallah....

Bolehla besar2kan mata mcm ni ea.. ^^

Wednesday, November 24, 2010

Syurga tu kan di telapak kaki ibu..

Siti: Mak... nak tengok tapak kaki mak jab.. (smbil cuit2 kaki mak)
Mak: Kenape??
Siti: Cikgu kate syurga tu kt tapak kaki ibu.. jadi Siti nak tengokla tapak kaki mak, sbb Siti nak tgk syurga..

Dialog tu dialog zaman Siti baru nak kenal huruf dulu, hehehe... Tu pun mak yg citer balik, kalau tak, Siti tak ingat pun. Betapa tingginya darjat seorang emak tu, smpaikan bau syurga pun kita tak dapat kalau kita menderhaka kpd ibu.

Tapi Siti sangat sedih, bila tengok ade sesetengah anak yg langsung tak cuba membahagiakan mak sendiri... Malah, sanggup menipu, mengherdik, memaki, mengabaikan mak... manelah letaknya rasa hormat dan rasa kasih kt mak kan? Takkan langsung tak teringat mcm mane mak layan anak2 mase kecil dulu.. mcm mane sakitnya mak melahirkan kita.. mak membesarkan kita... mak mendidik kita.... mak sanggup korbankan ape saje utk anak2... 

Siti ingat lagi, masa kecik dulu kalau makan lauk2 yg pedas. Mak sanggup jilatkan dulu makanan tu biar hilang rasa pedas, pastu baru suapkan kat mulut Siti. Dan Siti pun, asalkan ade je makanan atau lauk2 yg pedas, Siti akan cepat2 bagi kat mak: "Mak.. jilatkan... " Akhirnya, mak cume kenyang pedas je.. heeeee.... ^^ Kalau makanan atau air yg panas pula, mak akan tiupkan dulu, barulah suapkan kt mulut kitekan? Siti percaya, semua mak kat dunia ni akan buat mcm tu. 

Siti harap, biarlah semua anak2 yg ade kt dunia ni sygkan mak masing2 sama macam yg mak mereka syg mereka masa kecil dulu... Siti taknak lagi dengar ade anak2 yg menyakitkan hati mak... yg tinggalkan mak kt rumah orang tua.. yg tinggalkan mak dorg sorg2 kt kampung tanpa jagaan... Allah tu Maha Adil... Allah pasti akan balas setiap perbuatan kita sama ada di dunia ataupun di akhirat... Mungkin kalau kita derhaka kpd mak kita  sekrg, anak2 pun akan derhaka kpd kita... Kalau kita mengabaikan mak, mungkin anak2 kita nti pun akan mengabaikan kita juga... Hidup ni ibarat roda kan? Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah... 

Siti tulis ni pun sebagai peringatan kpd diri Siti sendiri juga... Supaya Siti akan sentisa ingat jasa dan pengorbanan mak... sbb Siti SAYANG SGT KT MAK... ^^

Semoga mak sentiasa sihat, bahagia dan dilindungi Allah s.w.t... Aminn...

Tuesday, November 23, 2010

LITTLE FINGERS Personal Calendar Giveaway 2010

Siti dah di 'tag' utk Miss Nadiah utk join contest ni. Best jugak ni..^^
Kalau terpilih, boleh dapat personal calendar mcm ni..
 Klik SINI utk join

Siti letak 2 keping gambar ni ye..


My birthday: 6 May 
His birthday: 16 July

Ke Tanjung Balau (2).. ^^

Ingat lagi tak entry "ke Tanjung Balau" semalam? Siti tak sempat nak upload gambar pantai, so harini Siti masukkan gambar2 yg Siti sempat ambil kt sane.

 Ape yg femes kt Tanjung Balau ni? Pd Siti, Siti suka pantai ni sbb ombak mmg kuat, pantainya landai, cume ade sebahagian tempat yg mmg banyak batu. Dan kawasan yg berbatu tu menjadi tempat utk pemancing memancing ikan.
 Compare dgn 10 tahun masa Siti pergi dgn rombongan kelas, tempat ni dah semakin cantik dan tersusun. Semua lengkap. Ade resort, ade tandas awam yg mencukupi ( kene bayarla ye..^^), kedai makan dan tapak khemah. So bagi yg nak camping kt sane, mmg sesuai..
 Masa ni baru sampai, ambil gambar dr tempat parking kereta je. Banyak pokok rendang, so taklah panas sgt..^^
 Waktu air surut, boleh jalan2 kt batu2 sini. Kalau air dah pasang, batu ni tak nampak dah..^^
Cume, ada papan tanda amaran kat sini bertulis : Tidak sesuai utk aktiviti berenang/ mandi-manda. Maksudnya, kalau nak berenang juga, risiko perlu ditanggung sendiri. Mungkin sbb ombaknya yg kuat. Ape pun, ade menara kawalan dan marshal yg sentiasa memantau para pengunjung kt sini.
Tetap nak tunjuk muke kt sini..^^

CONTEST: Fashionable with hijab contest


Ops! Jalan-jalan jumpe lagi satu contest. Wahhh.. sgt excited nk join sbb Siti tak pernah lagi join contest tudung.. ^^

Siti tak mengharapkan utk menang, juz join utk suka2 je.. Lagipun Siti ade banyak sgt gambar dalam koleksi Siti ni.. ^^

Klik kat SINI kalau nak join ye..


Gambar yg Siti pertaruhkan.. heeeee...^^


Kenape Siti join contest ni? 

1- Saje suke2 nak meriahkan dunia blogger, hehee..

2- Siti mmg sgt suke bergambar dgn tudung atau hijab yg berbeza-beza. Mmg dh byk koleksi, tak tau nak simpan mane dh.. ^^

3- Hope akan semakin ramai gadis2 kt luar sana yg yakin utk bergaya dgn hijab. Sape kate gadis bertudung tak boleh nak bergaya sakan kan?
Utk contest ni, Siti nak tag:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...