Photobucket Photobucket

Monday, January 31, 2011

Header baru.. semangat baru.. ^^

Malam ni, tiba-tiba rasa rajin buat header baru. Heeee... ntahla.. tengah takde keje kan.. (padahal banyak je keje... ). Lagipun, hati tengah tak bape happy, so cubalah buat sesuatu yang boleh meng'happy'kan diri disamping lupakan masalah 'kejiwaan' jab..

Dan hasilnya.... Tadaaaa......!! Sila pandang header kat atas tu ye... heheheee.... Hope, dengan header baru ni, semangat nak blogging pun berkobar-kobar la kan? Jangan jadi 'hangat-hangat tahi ayam' je..

By the way, Siti suka sangat dengan quote kat header tu:

LOVE is SWEET when its new,
but SWEETER when its TRUE...

Entry merajuk...

Kredit to Google Images
Hari ni Siti merajuk dgn seseorang. Sape ye agaknye?? Hahaaa.. biarlah rahsia... Honestly, Siti memang kuat merajuk. Tapi Siti merajuk bersebab.. tak penahla merajuk tanpa sebab, atau merajuk sebab nak tarik perhatian.. Biasenye, perkara yang menjadi punca utama adalah apabila orang buat sesuatu yang Siti memang tak suka.

Ye.. Siti tahu ramai guys kat luar sana tu yang meluat atau menyampah atau ape2 pun istilah yang korang nak bagi kat girls yang selalu merajuk. Tapi tau tak? Kami ni merajuk sebab kamu la jugak yang suka buat-buat tak tahu dan suka ulang kesilapan yang sama. Walau dah ditegur secara baik, dah diberi peluang, but still... the same mistake again. Jemu tau kalau asik bagi peluang je... Then... Kalau kita marah or luahkan rasa tak puas hati, the guys always nak defend diri dia dan tak nak mengaku yang dia memang silap.

Siti bukanlah jenis yang suka marah-marah, menengking atau membebel kalau rasa tak puas hati. Sebab, Siti tahu orang tak akan suka, dan keadaan boleh jadi lebih buruk kalau kita bercakap waktu marah. Tau jela.. tengah marah kan.. macam2 perkataan boleh keluar... So, Siti akan diam. Buat tak tahu, sampailah hati sejuk sendiri... Tak payah orang pujuk2, sebab semua tu ‘palsu’ je....

Siti tahu, diam ni boleh buat kita lebih makan hati.. dan lama-lama hati akan jadi kering dan dingin... So, jangan salahkan girls kalau tiba2 kami ni boleh buat keputusan yang sangat2 drastik. Sebenarnya takdelah drastic pun, sbb kami ni jenis yang sentiasa memerhati, dan membuat statistik sendiri.

Ini sekadar pandangan Siti secara umum je. Tak tahu la sama ada girls kat luar sana tu sama macam Siti atau tak. Mungkin Siti sorang je yang berperangai dan bersikap macam ni.. Hm.. Sorry ye sebab terpaksa baca entry melalut ni.. dah takde tempat lain lagi Siti nak luahkan perasaan...
Kredit to Google images

Contest anda dan kereta kachak cun bergaya

Alhamdulillah... rezeki sbb terjumpa contest ni..
(Klik BANNER)

Siti memang banyak gambar dalam kereta, sampai tak tau nak pilih yang mane.. heeee..
Akhirnya, Siti pilih yang ni...

v
v
v
v
v
v
v


Nak tag:

Kamu yang sedang baca entry ni.. hahaaa!

Tarikh tutup:
Hujung bulan Mac
 

Sunday, January 30, 2011

Keyword hari ini

Dah 2 hari hujan tak berhenti ni.. nak kuar pun rasa malas sangat.. so duk umah ngadap lappy jela kan... then, tergerakla hati ni nak tengok keyword ape yg orang cari kat blog Siti Manis ni.. Akhirnya, tau ape yg Siti jumpe?? Tengok kat bawah ni ha....


Ade ke patut benda tu yang orang cari kat blog Siti?? Ishhhh... tak patut.... kepada yang mencari gambar tu, sorryla sesangat ye, kat blog Siti ni Siti akan pastikan yang mata-mata pengunjung blog Siti tak akan memandang benda2 yang tak senonoh. Buat cepat rosak mata je.. huh!

Tapi takpela.. Siti positif kan je.. maybe dia sebenarnya nak taip "gambar perempuan tak pakai braces". Hahahahah! Boleh jadi jugak kan?


Dahla takde lesen, naik motor berlima pulak.. ishhh...

Mat Rempit kalau tengok ni mesti menangis nih! Tak sangka ade yg lagi rempit daripada dia, hahahhahhh.... Adik2 jangan tiru aksi ni ye.. sekadar hiburan je.. ^^

Musim hujan, sejuk2 memang best tido berhimpit-himpit macam ni..
 
Pelik agaknya tengok Siti terpusing-pusing nak cari sudut terbaik masa nak amik gambar ni
 
Yang tengah tido pun sampai terjaga, hehee....
 
Yang tengah duduk namanya 'Tembong'. Mak kucing2 ni semua..


Saturday, January 29, 2011

Limau raya

Kredit to Google
 Lagi berapa hari je nak Chinese New Year dah... melambak-lambak cina jual limau mandarin tu. Nampak sedap je.... hisshhh.... Cuba cakap, sape yang tak suka makan limau tu?? Kat Malaysia ni rasanya tak kira ape bangsa pun memang suka makan limau mandarin kan? Lagipun buahnya manis.. banyak jus.. huhuuuu... memang takde yang menolak la... 

Tapi... satu je yang Siti lemah sikit dengan limau ni... Kenape ek limau mandarin ni kalau makan banyak2 boleh menjadikan tekak sakit, pastu mulalah batuk-batuk... Adehhhhh... itulah yang tengah terjadi kat Siti sekarang. Rasanya Siti baru makan 2 biji.. tak over dose lagi kan.. tapi tekak ni dah mula dapat kesannya. Hm... entah ubat apelah yang dorang letak kt limau tu agknya...
Ape pun, limau mandarin ni memang feveret Siti! Memang suka sangat makan lebih-lebih lagi yang FREE!! Rasa sedapnye memang tak terperi!! Dah makan sebiji, mesti nak berbiji-biji lagi!! Ehh...! Dah macam pantun pulakk.. heeeee....


Mood: keje... keje....

Sekarang ni memang tengah mood keje.. keje.. dan keje... Boleh dikatakan sejak naik sekolah ni memang ade je aktiviti.. sampai rasa semput jugak ni.. huhuuuu.... Semalam (Jumaat), lepas solat Jumaat kene attend mesyuarat PIBG kul 230pm.. Habis je mesyuarat lebih kurang kul5 pm.. sambung pulak buka kaunter pendaftraan sebab ade program Kursus Kepimpinan untuk murid2 yang ade jawatan.

Sattlekan semua pendaftaran, kul 730 pm barulah dapat balik.. dah maghrib dah pun... huhuuuu... badan pulak tengah kurang sihat... dah 2 hari suara ni bertukar jadi 'serak-serak basah'... batuk, selesema pun dah mula ni.. demam? Hm.. setakat ni belum.. heeeee... kalau demam, hm... lagi susah hati sebab tak dapat nak mengajar.. 
Aktiviti jumpe tunang pun dah makin kurang.. kalau jumpe pun badan penat.. pastu muka monyok, bibir muncung sedepa baik tak payah jumpe kan? En. Tunang tengok muka Siti takde mood, die pun jadi takde mood gak.. hahaha! Cian die.... Tp nak buat mcm mane kan.. ade perkara yang kita terpaksa utamakan dalam hidup... 


Ni gambar sesi pendaftaran kursus semalam, tengok muka Siti, layu, pucat dan memang tengah penat giler!

Hari ini, kene ke sekolah lagi untuk uruskan sijil2 peserta kursus. Maybe tengah hari, siapla.. Tengok.. sekolah lain semua dah mula cuti CNY, seminggu... Tp sekolah Siti, mula cuti 4hb nanti. Takpela kan.. sabo jela...

First Giveaway TOPUP by FAR


Telah ditag oleh Cik Atien utk join GA ni.. thanks atien..heee..
Sesiapa yang nak join jugak, klik je BANNER kat atas tu.. ^^ 

Nak tag:




Thursday, January 27, 2011

Nak jerit kuat-kuat boleh tak??

Ape nak jadi ni… minggu ni Siti memang rasa stress! Entahla.. mcm kelam kabut je.. banyak keje yang tak sattle lagi… huhuuuu… Sesi tahun rasa macam banyak sangat keje… masa pun macam tak cukup2.. padahal same je kot.. atau Siti yang tahun ni terlebih semangat?? Sampaikan tiap kali lepas mengajar rasa semput dan mengah semacam je??

Murid-murid pulak?? Huhuuuu… bukanlah nak salahkan murid.. tapi memang rasanya tahun murid2 lebih agresif.. terutama murid tahun 1. Ingatkan bila ramai murid perempuan, kelas makin senang nak dikawal.. tapi rupanya… kelas jadi makin bising dan ade je yang mencelah masa siti mengajar….

Bayangkan kalau masa Siti tengah syok mengajar dan bagi penerangan, tiba2 ada murid yang datang ke depan dan cakap:
“Cikgu.. malam tadi abang kite kan……”
Atau….
“Cikgu... semalam kan kite nampak anjing kat taman permainan”
Atau pun…
“Cikgu, kita nak kencing…”

Tu belum lagi masa tengah mengajar tiba2 ada suara meraung menangis. Bila Siti Tanya kenapa, kadang2 punca menangis tu.. aduhaiiiii…..
“Die ambik pensel kite… huuuuuuu……”
Atau…
“Dia tak nak kawan kite…..”

Hishhhh…. Geram ade… lucu pun ade… memang macam ni la kalau mengajar murid tahun 1. Tak pernah menyesal pun jadi guru.. Cuma Siti merasakan yang Siti sangat kekurangan pengalaman dan latihan tentang teknik2 mengajar ni… kalau boleh, nak sangat pergi join kursus2 yang kementerian adakan.. tp masalahnya Siti ni Cuma guru sekolah swasta je… Kalau ade kursus pun, atas inisiatif pihak sekolah untuk jemput pihak yang boleh  berikan kami kursus.

Sekarang ni, Siti tengah bertungkus-lumus siapkan minit mesyuarat PIBG sebab esok ade mesyuarat. Guru besar baru je maklumkan tentang mesyuarat ni pagi tadi. Siti tak sempat pun nak buat surat jemputan kepada AJK. So, jalan paling mudah dan pantas, jemput melalui khidmat pesanan ringkas (sms) jela…. Sebab tu la Siti kene siapkan minit mesyuarat yang lepas tu hari ni jugak.. Huuuuu… tu laaa… sape suruh buat keje last minute.. kan dah diri sendiri yang stress….

Tapi.. dalam pada tengah stress ni, sempat jugak update entry yek.. hehehe… tu lah yang peliknya, time tengah stress ni la yang banyak idea nak menaip… 


Wednesday, January 26, 2011

Contest KAMI POSE COMEY..

Contest yang melibatkan posing2 ni, memang feveret Siti.. hehee.. So, takleh nak tahan nafsu drpd join this contest, heeee... ^^

Nak join, just klik BANNER ye.. 

Gambar yg Siti rasa macam 'Comey'..
Hope, still nampak comey la... heheee... ^^

Siti join sebab nak tunjukkan muka bff Siti ni sambil nak menang handset Apple iphone.. !!

Nak tag:
semua FOLLOWERS...!! 



Cepat!! 

Tarikh Tutup:
25 Feb 2011
 
http://www.emocutez.com




GIVEAWAY!! Just name ur prizes!

Tengok candy yang nampak sangat sedap tuu.. terus teruja nak join GA ni.. heeee.... 
Nak join?? Klik je BANNER yang cute kat atas tu.. =)

Hope.. adelah rezeki.. sebab belum penah menang ape2 lagi ni..

Siti nak tag:
semua FOLLOWERS..!!

Tuesday, January 25, 2011

Penat betul!

Hari ni memang sangat penat.. Ade kes kat sekolah tadi.. murid kelas Siti bergaduh. Tapi masa pergaduhan tu, Siti tengah ade kelas kat kelas lain.. Huhuhuuu.. sebagai guru kelas, kenelah amik tahu jugak.. lebih-lebih lagi sebab melibatkan kecederaan...

Tak boleh nak salahkan seorang je, sebab semua pun boleh jadi terlibat... Emosi murid memang susah kita nak agak.. sekarang mereka mungkin berkawan baik, tapi beberapa minit lepas tu je boleh jadi pergaduhan dengan tiba-tiba. Dan selalunya, punca bergaduh tu pun hal yang remeh-temeh je...
Macam kes yang tadi ni, puncanya sebab si A ambil pembaris si B. Lalu, si B pun ambil pensel box si A sebab nak cari pembaris dia. So, si A pun marahla... Tapi... yang jadi mangsa bukan si B, sebaliknya orang lain yang takde dalam cerita tadi iaitu si C. Hishhh.. pening jugak nak faham citer budak2 ni... 

Akhirnya, jadilah kes sekolah... si A yang mencederakan si C tadi pun dah dipanggil dan diberi kaunseling. Pada Siti, si A, B dan C, semuanya bersalah. si A salah sebab dia mengambil pembaris tanpa kebenaran dan menjadikannya hak milik sendiri ( mencuri ). Si B pula salah sebab bertindak sendiri (kalau B mengadu kpd guru, insyaAllah kes dah selesai secara aman...), manakala si C pula salah kerana dia membuat provokasi menyebabkan si A sangat bengang dengan dia.

Tadi, Siti sempat jumpe si B dan si C je. Esok, Siti akan cuba slow talk dengan si A, nak tahu apa sebenarnya masalah dia. Sebab, ni dah kes pergaduhan yang ketiga untuk dia dalam tempoh 4 minggu bersekolah ni. Memang belum berkenalan dengan dia sepenuhnya,sebab dia pun murid baru kat sekolah Siti.
Hm.. so esok.. tengok jela ape yang akan berlaku... Siti harap, semuanya dapat diselesaikan dengan baik.


Monday, January 24, 2011

Pantai Contest by Mr.K


Disebabkan Siti suka sangat bercuti kat pantai, so Siti joinlah contest ni.. ^^
Nak join klik BANNER ye..
Ini gambar trip percutian dengan murid-murid tahun 6 dan guru-guru. Lokasinya kat Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Dekat dengan Pulau Batu Putih yang pernah menjadi rebutan antara Malaysia dan Singapura dulu (masuk sejarah sikit, heeee... ). 

Pantai kat sini memang best sangat! Dah dua kali sekolah Siti buat trip kat sini. Pantai Teluk Ramunia ni memang sesuai untuk buat hari keluarga atau rombongan sekolah, sebab resortnya bersih, tapak perkhemahan pun luas dan redup, dan yang penting, kat sini tak ramai sangat pengunjung. So, lebih privacy kot.. heheheee...
Dalam gambar tu ialah Siti dan rakan guru. Yang dua orang sibuk main pasir tu pulak anak murid Siti. Kebetulan, masa buat trip ni dah dekat2 musim tengkujuh. So, angin memang kuat dan ombak pun agak ganas. Tapi, tu lah yang buat kami tak puas2 main kat pantai. Tak berani nak mandi jauh2, just main kat tepi pantai je.. hehehe...

Ok tak karangan ni? Hahaha! Ayat terabur sebab mata memang dah mengantok sangat2 ni.. =)



Sebelum tido, Siti nak tag:
Cik bambam
Siti Fatimah
Bunga dan Coklat



Tarikh tutup:
7hb Feb 2011

Sunday, January 23, 2011

tEcik Craft's Giveaway

Huuuuu....~ Sangat comel kan craft kat dalam banner ni?? 
Sesapa yang addict dengan craft yg kiut-miut tu, cepatla join GA dari tEcik Craft.
Klik je banner kat atas ye.. ^^

Tarikh tutup:
29 Jan 2011


Lempeng Pisang

Lempeng pisang - sorry.. lempeng kosong je, tak reti nak hias2.. heee...

Sape penah buat atau makan lempeng pisang, angkat tangan!! Ok.. terima kasih.. sila turunkan tangan anda ye... heheeee... Siti rasa ramai yang dah biasa dengan makanan ni, cuma Siti je ni yang entah baru turun dari planet asing mane tah... bayangkan.. dah 28 tahun hidup, baru ni la Siti merasa lempeng pisang... hahahahha!

Ini pun sebab ade pisang kapas yang dah terlebih masak, mak tebang 2 tandan seminggu yang lepas, dah agih-agihkan kat jiran2 tapi masih ade baki sikit lagi. YAng dah tinggal berapa sisir tu pun lambat nak habis... Disebabkan tak nak terbazir macam tu je.. maka terasa ringanlah mulut ni nak bertanya kat mak:
Siti: Mak, ade ke pisang orang buat lempeng mak?
Mak: Ye ade....
Dengan je jawapan drpd mak, terus Siti taip 'lempeng pisang' kat google search. DAn tak sangka, memang ade banyak resepi lempeng pisang ni... huhuhuuuu.....

Seterusnya, bermulalah operasi melenyek pisang (part yang Siti paling suka ni.. heee.. ^^). Kalau ikut resepi kat My Resipi, kene tambahkan sikit kelapa parut. Tapi disebabkan Siti malas nak mengopek dan memarut kelapa, maka Siti abaikan yang tu. Yang lain-lain Siti ikut je resepi tu.

Nak bagtau sikit, kalau nak mudahkan kerja-kerja melenyek pisang, caranya tambahkan gula, pastu lenyek je dengan gelas atau mug. Tapi Siti gunakan gelas. Ternyata kaedah ni lebih mudah dan cepat.


Lepas siap bancuhan lempeng ni, ambil daun pisang yang dah dibersihkan, kemudian, tuang je kat atas daun tu. Macam dalam gambar kat atas ni, dan bakar sampai lempeng masak. Mak kate, zaman dulu-dulu, orang bakar lempeng pisang ni kat atas dapur kayu, sebab tu la kene gunakan daun pisang sebagai alas. Zaman sekarang ni, kalau tak nak alas dengan daun piang pun takpe. Tapi rasanya, kalau nak lebih sedap, dan kalau daun pisang tu senang nak diperolehi, Siti syorkan untuk lapik dengan daun pisang. Rasanya pun lebih sedap dan wangi.

Simple je resepi ni.. dan yang penting, memang betul2 pantas dan sedap.. heeee.. rasa rugi sebab tak belajar dari awal... Sesekali, resepi tradisional ni kene juga kita ambik tahu, supaya ia tak terus dilupakan dan pupus.. =)

Saturday, January 22, 2011

Contest 'When Raining Day'


Wahhhh...! Banyak betul contest sekarang ni.. ^^
Mujurlah Siti tengah free.. jom join ramai-ramai!
Klik BANNER kat atas ye..

Nama pun contest 'bila hujan', so syarat utama mestilah ade payungkan? 
v
v
v
v
v


 Tapi, payung nampak separuh je... bolehla kan??
Heee... mudah-mudahan adelah rezeki utk menang kali ni.. ^^
Tarikh tutup:
20 Feb 2011
Nak tag:

Cik Bambam
Bunga dan Coklat


Giveaway Blog Misztrex

Jom join GA ni ramai-ramai!
Klik je BANNER di atas ye.. ^^ 


Tarikh tutup:
24 Januari 2011

Nak tag:

Lis Amir
Iqbal Hakimi
Suhaimi Ahmad



Petanda dia nak 'pergi'...

Bambam masa dia masih kecil...
Mak kate, kucing kalau dah sampai masanya dia nak mati.. dia akan pergi jauhhh meninggalkan rumah tuannya. Sebab, dia tak nak tuannya sedih bila tengok dia dah tak bernyawa lagi... dan dia tak nak susahkan tuannya galikan lubang untuk tanam bangkai dia...

Mungkin betul.. atau mungkin kebetulan... sebab dah beberapa kali juga kucing SIti yang sakit, akhirnya pergi dan tak balik-balik ke rumah lagi. Bangkainya pun tak jumpa...
Mungkin ke sekarang ni giliran Si Bambam? Dah sebulan dia sakit, mungkin dilanggar kereta atau motor. Sejak sakit, dia memang tak keluar rumah lagi. Sebab, susah nak bergerak. Tapi malam kelmarin, tiba-tiba je dia keluar dari tempat tido dia, dan baring kat sebelah mak. Mak pun usap-usap kepala dia. Pastu dia mengiaw-ngiaw macam bagitahu sesuatu kat mak.

Sebelum mak masuk tido, mak angkat Bambam dan masukkan ke dalam kandang tempat dia tido. Esoknya, lepas balik dari sekolah, Bambam masih ade dalam kandang. Tapi pastu, dia keluar, dan terus menuju ke arah belakang rumah. Dan, rupanya itulah kali terakhir Siti nampak dia.

Kata mak, mungkin dia dah mati kat kebun. Sebab, biasanya Bambam memang tak akan tinggal waktu makan dia. Hm.. dah kuranglah sekor kucing Siti... 

Buat Bambam... maaf ye kalau selama ni Siti tak menjadi tuan yang baik... Siti selalu marah Bambam kalau Bambam curi ikan kat dapur... dan maaf sebab masa Bambam sakit, Siti tak bawa pun Bambam ke klinik... hope Bambam lebih bahagia sekarang...

Mood: Sedih.....


Musim sambut 'orang baru', heee...

Harini dan esok cuti. Takde plan pun nak g mane-mane... susah jugak kalau kawan2 yang solo ni duk jauh-jauh... kawan yang ade dekat-dekat sini semuanya dah berkeluarga. Takkan nak ajak dorang keluar pulak... mesti rasa janggal... huhuuu... Lagipun, tempat seorang isteri tu kan disisi suami... jadi, biarlah mereka dengan keluarga mereka.. Siti taknak kacau...

Dalam bulan ni je, 3 orang best friend Siti melahirkan cahaya mata yang sangat comel! Huhuuu... sangat jeles dengan dorang... Nak sangat pegi ziarah, tapi belum ade kesempatan lagi. Tau jela... kat sekolah Siti sekarang tengah busy dengan macam-macam acara. Maybe hari ni pegi ziarah dorangla. sorang-sorang je.. huhuuu.... 
 Puteri kedua untuk pasangan Salha dan Rashid. Mesti lebih meriah rumah dorang sbb dah ade 2 penyeri.. heee.... ^^

 Anak sulung pasangan Rose dan Adlie. Baby boy. Wahhh.... pasti korang bolehla berbesan dengan Salha dan Rashid.. heheee... ^^

Yang ni putera sulung Puan Zarina, salah sorang bff Siti masa kat UUM dulu. Tinggal kat Terengganu, payah sikitlah nak pegi ziarah...


Semuanya kiut-miut kan?? Semoga anak-anak mereka ni akan menjadi anak yang soleh dan solehah.. aminn....


 

Friday, January 21, 2011

Dah 3 tahun rupenye...

Inilah Siti masa mula-mula mengajar pada tahun 2008. Hahaha! Lawak betul! Baru jadi cikgu, dah dipertanggungjawabkan untuk jadi guru kelas tahun 2. Ni lah anak2 buah Siti... kelas paling ramai murid masa tu, dan paling ramai murid lelaki... susahnyeee nak control kelas, ditambah pula dengan pengalaman Siti yang tak sampai seinci pun...

Dan sekarang, tahun 2011, tak sangka Siti jadi guru kelas dorang balik. Sekarang dorang dah pun tahun 5. Lebih matang, dan badan pun besar-besar belaka. Murid pun makin bertambah... Kalau dulu cuma 30 orang murid, sekarang dah menjadi 33 orang murid. Cuma, perangai budak2 tu masih ade. Normal la... memang masih kanak2 pun kan.. heeee...

Bila tengok balik gambar ni, memang rasa lucu. Entah macam manelah Siti boleh 'terjebak' dengan bidang perguruan ni kan...Tapi tu lah, semuanya Allah yang susun, dan Allah lebih tahu ape yang terbaik untuk hamba-Nya.



Bloglist QDA

Dah lama Siti mengidam nak masuk dalam bloglist QDA.
Sbb suka tgk blog dan owner blogyang cute tu.. heeee...
Sesape nak join juga, klik je banner kat atas.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...