Sunday, June 26, 2011

5 Keys to a Flawless Complexion..

Setiap orang mesti mengimpikan kulit yang cerah berseri, halus, mulus, dan sempurna tanpa cacat cela kan? Lebih-lebih lagi bila tengok gambar model-model kat majalah atau artis-artis kat TV tu.. macam patung lilin.. eeeeee.... memang jeles!! Dan sekarang ni, fenomena artis Korea. Kalau tengok kulit dorg yang sangat cantik tu.. rasa nak cubit-cubit je.. haha! 
Tapi.. boleh ke kita orang biasa2 ni nak dapat kulit macam tu? Pada Siti, BOLEH! 
Nak tahu caranya? Sila baca satu persatu:

1st key: FOOD (makanan)
Rakyat Malaysia ni memang suka makan. Sebab tula, Malaysia ni antara negara yang memiliki ramai penduduk obes. Ops! Siti bukan nak cerita pasal obes kat sini. Tapi, pada Siti makanan yang kita makan pun memang sangat mempengaruhi keadaan kulit kita. Makanan-makanan segera terutamanya, mengandungi garam dan lemak yang sangat tinggi berbanding makanan yang kita sediakan sendiri. Kandungan nutriennya pun, tak seberapa. Dan, bagi mereka yang kerap sangat makan makanan segera, badan akan kekurangan nutrien-nutrien penting. So, kalau badan kita tak sihat, dah tentulah kulit kita pun jadi tak sihat... Then, kalau kulit dah tak sihat, macam mane nak dapat kulit yang licin sempurna kan? 
So, kalau busy sangat pun, jangan abaikan pemakanan yang seimbang. At least, kalau tak sempat masak, ratah jelah buah-buahan atau sayuran. Segera juga kan? Tapi segera yang lebih sihat.. heheee...

2nd key: EXERCISE (senaman)
Senaman bukan hanya untuk kurus dan menguatkan otot. Sebenarnya, banyak lagi kebaikan yang kita dapat kalau kita amalkan senaman. Alasannya, senaman boleh melancarkan peredaran darah dalam badan. Ia juga mampu membuang toksin daripada badan melalui perpeluhan. So, apabila perjalanan darah kita lancar, oksigen akan sampai ke seluruh sistem badan kita, dan kulit-kulit kita juga akan mendapat oksigen yang mencukupi. Toksin-toksin yang terbuang juga menjadikan badan kita lebih 'bersih' dan hasilnya, kulit pun lebih sihat... Oleh itu, jangan abaikan senaman ye.. ^^

3rd key: ATTITUDE (sikap)
Kalau anda betul-betul serius nak dapatkan kulit yang cantik, please.. please.. please... jangan sekali-kali jadi pemalas ye. Sebab, Siti dapati ramai antara kita ni sebenarnya sangat malas nak uruskan kulit. Yela, nak cuci.. sapu toner.. pastu nak moisturise lagi.. aduhhh... lecehkan? Sebenarnya TAK LECEH pun. Yang penting, tanamkan azam dalam diri bahawa apa yang kita buat ni untuk kebaikan jangka panjang. Bukan untuk diri sendiri je, tapi juga untuk orang yang kita sayang. Terutamanya untuk para isteri. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi yang nak jaga kulit kita sendiri kan?
Satu lagi, jadilah seorang yang pembersih. Make sure you clean up your fingers before touching your face. Kenapa? Sebab, jari dan tapak tangan adalah tempat untuk bakteria dan kuman berpindah randah. Alasannya? Jari berfungsi untuk menyentuh dan memegangkan? So, entah berapa banyak bakteria dan kuman yang melekat kat jari dan tangan kita. Tak mustahil bakteria-bakteria ni boleh je berpindah kat kulit muka melalui sentuhan kita tadi. Dan, bagi mereka yang memiliki kulit sensitif, kenelah lebih berhati-hati ye.

4th key: PRODUCT
Pastikan setiap produk yang kita sapu kat kulit tu, betul-betul bersesuaian dengan jenis kulit. Secara umumnya, ade 3 jenis kulit iaitu berminyak, kering dan kombinasi. Kalau kulit berminyak, janganlah pakai produk yang berasaskan minyak. Dan bagi yang berkulit kering pula, elakkan daripada memakai produk yang berasaskan mint. Ambil masa untuk kaji setiap produk yang nak dibeli supaya tak menyesal kemudian hari. Kalau dah terbeli? Once dah nampak yang ia tak serasi, cepat-cepat stop. Sebab tu biasanya Siti akan beli bekas yang paling kecik dulu untuk dicuba. Kalau serasi dengan kulit, barulah Siti akan beli yang lebih besar pula.

5th key: FREE (bebas)
Jangan terlalu memaksa dan menyeksa kulit. Sesekali, kene bebaskan jugak kulit tu. Actually, semakin kita memaksa kulit, semakin ia tak jadi seperti apa yang kita harapkan. Usaha, usaha jugak. Tapi, jangan sampai menyeksa ye. Untuk cuci muka, sehari 2 kali je dah cukup. Kalau terlalu kerap, kulit akan jadi hilang kelembapan semulajadinya. Scrubbing pulak, cukup setakat seminggu sekali. Makin kerap kita scrubbing kulit, makin kasar jadinya nanti. Masker, sekali atau 2kali seminggu pun dah cukup. 
So, asalkan kita baik dengan kulit kita, ia pun akan baik dengan kita jugak.. heee.. ^^





Saturday, June 25, 2011

Resepi Jantung Lembu Masak Kari (kering)


Hari ni, Siti nak share resepi Jantung Lembu Masak Kari pulak. Tapi, kari ni Siti tak letak kuah, so bagi kering-kering je macam rendang. Sedap makan dengan nasi panas-panas atau cicah dengan roti je.. ^^
Disebabkan kering, menu ni memang sesuai untuk dibuat bekal kalau terpaksa travel jauh. Lagipun takde santan, dan takde tumis-tumis. Bahan-bahan pun very simple je..

Bahan-bahan:
Jantung lembu
2 peket kecil serbuk kari
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
Halia anggaran 4cm
Bawang besar
Cili hijau
Air asam jawa
sedikit minyak masak
garam dan gula

Cara memasak:
1. Potong jantung lembu dan cuci bersih. Masukkan ke dalam kuali. 

2. Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian, masukkan serbuk kari. Masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk lumat ke dalam kuali, tuang air sehingga jantung tenggelam. Hidupkan api sederhana besar dan biarkan sampai air kering. 

3. Selepas air kering, masukkan pula air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan lagi hingga air kering. Akhir sekali, barulah masukkan bawang besar dan lada hijau yang telah dihiris kasar. Kacau rata, matikan api dan sedia untuk dihidang.



Friday, June 24, 2011

Apabila manusia semakin tak berakal...

Kes 1: Remaja mahu jual DARA beli iPhone4


Inilah yang berlaku apabila manusia sekarang semakin materialistik dan mengejar kebendaan. Manusia sanggup gadaikan apa sahaja walaupun maruah diri sendiri demi mendapatkan 'objek' yang diidamkan. Dalam contoh kes ini, memang tidak melibatkan orang Melayu atau Islam. Tapi, tak mustahil benda-benda macam ni boleh berlaku atau mungkin memang dah berlaku. Cuma kita je yang tak tahu...


Kes 2: Bapa, anak bersekedudukan hingga lahirkan 3 anak.


Bapa jenis ape agaknye ni? Dan anak tu pula.. kenapa sanggup diperlakukan macam tu? Dah hilang langsung batasan antara ayah dan anak... Lupa terus halal haram... Entah apalah yang difikirkan mereka ni kan? Tapi itulah.. Allah dah berikan akal kepada manusia supaya boleh berfikir baik dan buruk.. jadi, mungkin mereka ni bukan tergolong dalam golongan manusia kot...


Kes 3: Bayi baru lahir mati dicampak


Apalah dosa bayi tu kan? Pandai buat je.. lepas tu bila dah 'termengandung', senang-senang je campak bayi tu macam tu... Sedangkan binatang yang takde akal tu pun ade perasaan sayangkan anak...


Setiap hari baca suratkhabar, ade je berita-berita macam ni yang sebenarnya menunjukkan bahawa, semakin ramai manusia yang hilang pertimbangan akal. Sanggup buat apa je asalkan tuntutan nafsu dapat dipenuhi. Salah siapa??






Saturday, June 18, 2011

Resepi Pencuk

Hari ni, buat menu yang ringkas je.. ikan bakar, sambal kicap, dan pencuk. Pencuk ni istilah dalam bahasa Jawa, dalam bahasa Melayu Siti tak pasti pulak.. heheee... Biasanya, pencuk ni dijadikan hidangan dalam majlis-majlis kenduri kawen kat Johor. So, hari ni Siti share resepi pencuk ni.


Bahan-bahan:
Nenas
Timun
Bawang besar
Cili merah dan hijau
Limau kasturi
Gula
Garam

Cara-cara:
Mula, hiris nenas, timun, bawang besar, cili merah, cili hijau dan limau kasturi, saiznya agak-agaklah ye.. yg penting jangan terlalu tebal. Kemudian, taburkan 3 sudu besar gula, sedudu kecil garam. Rasa manis dan masin, kalau kurang tambah lagi. Hidangkan dan makan dengan nasi panas.. Selamat mencuba.. ^^






Friday, June 10, 2011

Ke Singapore lagi! Yeahhhh~

Tarikh: 08 Jun 2011
Tempat: Stesen Kereta Api Tanjong Pagar, Singapura.

Siti kembali lagi ke Singapura! Actually, takde plan langsung pun utk ke Singapura ni. Ini pun, tersampai kat sana sebab en.Tunang ada assessment kat ESCOTT, Newton. Nak pegi sendiri dah terlambat sangat, so terpaksalah Siti ikut sekali sebab naik kereta lebih cepat sampai.

Kali ni, supaya lebih cepat, kami masuk ke Singapura melalui Tuas. memang lebih cepat dan kastam pun tak jem. Tapi.. ade mahal sikitla... Then, kami terus ke Teluk Blangah Road dan park kereta kat Masjid Temenggung Daeng Ibrahim aka Masjid Johor. Siti penah tulis tentang masjid istimewa ni kat SINI. Dari masjid, kami terpaksa berjalan sikit dan naik MRT (Mass Rapid Transit) kat HarbourFront MRT Station. Untuk naik MRT ni, kene beli kad 'eZlink', harga utk dewasa ialah $15. Kad 'eZlink' ni juz beli sekali je, then bolehlah guna utk naik MRT, bas, beli makanan kat 7eleven, lalu kat ERP utk kereta atau motorsikal. Kalau nilai dalam kad tu habis, juz top up jelah. 
Inilah rupa ezLink card
HarbourFront MRT Station
Tengah tunggu MRT
Habis je assessment kat ASCOTT, kami pun balik semula ke Teluk Blangah dan pegi ke ofis kat sana. Sementara tunggu en.Tunang uruskan hal-hal dia dengan HR, Siti pulak juz tunggu kat luar ofis. Selesai urusan dia kat ofis, dia bagitahu yang lepas ni kene terus pegi ke Jabatan Tenaga Kerja untuk uruskan work permit pulak. Dan, ofisnya kat Tanjung Pagar. So, kami pun terus ke sana. Kali ni, drive kereta je sebab dah tak jauh dari tempat kami parking and boleh terus balik lepas tu.

Disebabkan pejabat tu dekat je, so kami park kereta kat sini dan jalan kaki ke Pejabat Tenaga Kerja. Urusan siap dalam masa kurang sejam. Memang sangat cepat urusan kat sini. Bayangkanlah, kaunter yang dibuka ada 40 semuanya! Baru duduk tak sampai 10 minit dah sattle. Kalau kat Malaysia, ade cepat macam ni tak? Heeeee....
Dah siap semua urusan, barulah selesa nak jalan-jalan. Stesen ni pun, bakal ditutup berkuatkuasa pada 1 Julai. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir Siti dapat tengok Stesen KTM yang penuh dengan nilai sejarah ni. 
 Selepas KTM menghentikan operasinya berkuat kuasa pada 1 Julai, bangunan ni akan berubah fungsi dan diwartakan sebagai monumen kebangsaan. 
Tulisan kat dalam bangunan ni masih mengekalkan ejaan Melayu lama. Rasa macam kembali ke zaman sebelum merdeka pulak... heheeee.... ^^
 Laparlahh.... jom kita makan dulu.. ^^
 Err... tak tau nak letak caption ape...
Mee Rebus versi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar
 Kastam Malaysia. Penumpang kene tunjukkan passport dan isytihar barang jika ada kat sini.
Dapat snap dari jauh je.. kamera tak canggih.. huhuuu...
 Terpegun jab dengan mural kat atas tu... klasik betul...
 Kat dalam ni sangat luas. Cuba tengok kaunter tiker kat belakang Siti tu, unik kan?
 Pose terakhir kat sini...
Rasa mcm berada kat kota sejarah...

Well... sekian sajalah coretan perjalanan Siti kat Tanjung Pagar, Singapura. Daripada apa yang Siti baca kat surat khabar, sejak 80 tahun yang lalu, Stesen KTMB Tanjung Pagar menjadi satu-satunya nadi pengangkutan kereta api yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Sekurang-kurangnya, adalah jugak memori Siti kat sini. Mungkin selepas ni kalau dapat pergi lagi ke sini pun, dah mula kene beli tiket masuk agaknye... who knows, right?


Thursday, June 9, 2011

Syurga Beli-Belah

Girls...!! Sape yg minat shopping angkat tangan!!!
Heeeee.... I bet semua mesti angkat tangankan? Kalau tak pun mesti dalam hati anda menjerit-jerit: "Saya! Saya!!" Kalau adelah wanita kat luar sana yang tak minat shopping, sungguh bertuah suami dia.. hahah!

Ape pun, rakyat Malaysia ni memang sangat suka shopping.. kalau tidak, takkanlah pusat beli-belah.. pasaraya.. tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan kan? 

Siti sendiri, memang sangat suka shopping. Malah, kalau takde duit nak shopping pun.. 'window shopping' pun dah cukup... dapat jugak layan mata tengok barang cantik-cantik.. walau sebenarnya 'batin' sangat terseksa sebab tak dapat nak beli.. haha!

nak tahu kat mana tempat yang Siti paling suka shopping?? Cer teka dulu.. 

City Square JB?
BP Mall?
Kluang Mall?
Jucso Tebrau?

Senarai kat atas ni tempat yang Siti pegi setahun sekali je kot... hahah!

Actually, tempat yang Siti rasa paling 'heaven' ialah......

PASAR LAMBAK!

Euwwwww....~ Tak kelaslah shopping kat pasar lambak......
Memanglah kan, kalau nak dibandingkan dengan barang-barang kat Shopping Compleks dalam negara ni, memang tak setanding pun... shopping compleks ade aircond.. barang-barang berjenama.. buatan Italy, London, Milan.. bla..bla.. bla... girls n guys yg sofisticated.. 
Kat Pasar Lambak?? Semuanya open. Panas berbahang pulak tu.. kalau hujan pulak, terpaksalah berhimpit-himpit kat bawah khemah... Jenama? Ade Adidas, Nike, Levis, Bonia, Mac dan lain-lain.. Tapi semuanya made in China atau Thailand. Penjualnya pulak, ade yang menyanyi.. memuji-muji pelanggan yang lalu lalang, menjerit pun ade.. hanya untuk menarik perhatian sesapa yang lalu supaya singgah.

Tapi entahlahh.... walau kat mane-mane pun yang Siti pegi, tetap pasar lambak jugak yang menarik minat di hati.... Mungkin sebab utamanya, harga barang-barang kat sini sangat murah. So, sesuailah dengan budget kecik Siti ni kan... Kalau bijak tawar-menawar, memang boleh dapat harga yang sangat murah! Bawa RM100, macam-macam barang boleh dapat.

See.. my mom pun sangat teruja sampai tertinggal anak gadisnya kat belakang ni....

Kat sini takde aircond.. open je.. lagi bagus, udara segar tau.. ^^

Dahlah cantik, murah-murah pulak tu.... boleh gugur jantung ni.....

Nice to see... n nice to hold.... heheee....

Ayunya patung tu pakai tudung....

Boleh kurus kalau hari-hari jalan kat pasar mcm ni....

Tempat: Air Hitam, Johor.
Hari: Rabu
Masa: 7am - 12noon


Tuesday, June 7, 2011

Daging dan Cendawan Shitake Masak Lada Hitam

 Dah lama rasanya tak makan lauk daging... Hari-hari makan lauk ayam atau ikan je.. Sebab, kat rumah ni memang sangat jarang beli daging. Kalau beli pun, untuk raya atau kalau ada majlis-majlis istimewa. Tapi entah kenapa, emak ada beli sikit daging kat pasar hari Jumaat yang lepas. So, hari ni masak daging pulaklah. Then, terjumpa pulak baki cendawan shitake kering yang Siti simpan.  Resepi ni pun, pertama kali Siti buat. Tak tahulah ape rasanya.. heheee....

Bahan-bahan:
Daging lembu (dihiris nipis)
Cendawan Shitake kering (rendam sehingga lembut)
Halia
Bawang putih
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Bawang besar
Daun bawang
Garam dan sedikit gula sebagai perasa

Cara memasak:
Rebus daging bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan sehingga empuk.
Selepas daging empuk, tumiskan bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan daging yang telah direbus tadi dan kacau goreng sekejab. Masukkan cendawan shitake, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos tiram, kicap dan sedikit air rebusan daging tadi. Biarkan seketika hingga kuah menjadi pekat. Masukkan bawang besar dan sedikit garam serta gula. Setelah cukup semua rasa, matikan api dan tabur daun bawang. 

Sedapnyeeee.... !




Thursday, June 2, 2011

Resepi Roti Sumbat

Errr... tak ingatlah ape nama menu ni.... Bagi nama Roti Sumbat jela.. boleh tak? hahahah!

Inilah menu sarapan pagi merangkap lunch sekali. Sebabnya, hari ni mak puasa sunat, anaknye ni pulak boleh tak bangun sahur.. so terpaksalah mak puasa sorang-sorang.. Oleh itu, sebagai alas perut kerana menghormati mak yang berpuasa, terhasillah menu ini... heheheeee......

Betul-betul versi malas punye, sebab baha-bahan pun sangat simple.

Cuma perlukan:
Roti serat 
( yang ade sekam tu.. )
bread crump atau serbuk roti
telur ayam 
( tak taulah kalau ade yg nak guna telur lain kan... )
Tuna dalam tin
Daun salad
mayonis

Cara buat roti yang mcm 'beg dompet' tu:
Ambil 2 keping roti, tindihkan bersama dan canai atau lenyekkan dengan penggelek sampai betul-betul leper. Kalau takde penggelek, guna botol kicap atau sos pun boleh.. takde sape nak marah....

Kalau bentuknya tak rata, potonglah sikit tepi-tepi roti tu atau buang kerak kat tepinya supaya senang nak gelek. Pastikan bahagian paling tepi, tekan kuat-kuat supaya tak terbuka masa digoreng nanti.

Next, celupkan dalam telur yang dah dipukul dan salutkan pulak dengan serbuk roti rata-rata. Gorengkan dalam kuali berisi minyak panas. Masa menggoreng ni, roti tu akan menggelembung tengahbya. Jangan takut dan jangan lari, ia tak akan meletop. Malah, itulah yang menandakan bahawa roti tu dah berjaya dihasilkan.... heheeee... 

Agak-agak dah kuning keemasan tu, angkat dan tos. Jangan terhangus pulak ye...

Seterusnya, potong dua roti tadi. Ikut sukalah nak potong bentuk macam mane pun... nak potong 3 segi mcm sandwich pun bolehhh..... Akhir sekali, masukkan tuna segera dan hiaslah dengan daun salad dan mayonis. 

Nak ubah supaya jadi lebih special? Gantilah isi roti tu dengan ape-ape... sardin, daging hancur masak stail kebab ke... or ape-ape jela... Selamat mencuba!



Produk murah pun OKla...

Cuba perhati betul-betul, muka Siti glowing tak? ade kan? kan? Heeeee...

Hari ni saje nak share tentang produk ape yang Siti guna sebagai rutin harian. Honestly, Siti guna skin care produk yang biase-biase je... Biase-biase bagi Siti maknanya yang sangat mudah nak dapat kat mane-mane kedai runcit, supermarket atau mane-mane jela.. even kat stesen minyak pun ade jual! Hahaha... So, takdelah susah-susah nak cari kalau tiba-tiba habis kan....

Jom tengok satu persatu....

Siti gunakan pencuci muka Biore ni sejak umur 14tahun lagi... Tp masa tu bukan jenis yang nilah, tak ingat ape namanya tp yg pasti produk Biore jugak. So, bayangkanlah... dah 17 tahun Siti setia dgn Biore.. Yang ni ia memang khas untuk kulit jenis kombinasi. Paling best sbb ia mencerahkan kulit yang kusam dan ade butiran halus yang dapat menanggalkan sel-sel kulit mati... Kesannya, kulit jadi lebih cerah dan berseri... ^^

Second step, Siti segarkan kulit muka dengan penyegar Safi Balqis pulak... Yang ni Siti dah guna sejak zaman belajar kat U lagi.. dah lama jugakkan? Penah jugak try toner lain.. tp tetap yang ni jugak best. Lagipun ia MURAH..... heheeee...

Sebelum keluar rumah, Siti akan pastikan Siti sapu pelembab Olay ni dulu. Siti dah guna produk Olay sejak Form 5 dan setakat ni memang sangat serasi. Selain mencerah, ia jugak ada SPF. Dalam keadaan dunia sekarang ni janganlah biarkan kulit muka terdedah kat luar tanpa SPF ye... SPF penting utk lindungi kulit kita daripada sinar UV yang boleh merosakkan kulit.

Krim muka Safi ni Siti sapu kat muka sebagai pelembab atau asas bedak kalau nak keluar rumah waktu malam. Sebab, ia takde SPF. Kadang-kadang tu, kalau ade jerawat-jerawat nakal yang mincul, Siti akan sapu  krim ni kat atas jerawat sebelum tido. Biarlah muka bertompok-tompok waktu tido, bukan ade sesapa nampak pun.. heheeee...

Untuk bibir, Siti selalu sapu dengan lipbalm ni. Keluaran 'Forever Living Products'... kakak ipar yang bagi. Actually dia bagi kat mak, tapi disebabkan mak tak biasa pakai, so Siti rembatla... heheee... Tp dah mintak izin k.... Bagus sangat lipbalm ni sebab ia ada minyak jojoba dan aloe vera. Kesan yang Siti nampak sejak pakai lipbalm ni, bibir jadi pinkish walaupun tak pakai lipstik. Then, kedutan kat bibir pun dah berkurangan.. so, memang suka sangatla.. heheee...

See.. Siti guna produk murah-murah je... teringin jugak nak guna yang hebat-hebat tu kan... tapi bila tengok harga.. hmmmm.... mampu tengok jela..... Siti lebih suka guna produk yang sesuai dengan kemampuan Siti. Yang penting, hasilnya pun sangat memuaskan. 

Tapi, bab penjagaan dalaman memang Siti utamakan. Sebab, dari dalamanlah akan terpancar keserian di luar, betul tak? Untuk itu, Siti amalkan je pengambilan produk Virgin Coconut Oil (VCO) Catalyst. 

Iklan lagi.... ^^
heheheheee.... jangan marah haaa.....~

*Benda baik, tak elok simpan sorang-sorang... sharing is caring.. kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...