Photobucket Photobucket

Saturday, February 11, 2012

CONTEST TESTIMONI TERBAIK - I Love Catalyst

TIADA SYARAT-SYARAT PENYERTAAN!!

Hanya emelkan gambar anda bersama-sama produk CATALYST yang anda amalkan dan tuliskan testimoni anda yang paling menarik untuk dikongsi.

Terdapat dalam 2 kategori:
1- Kategori pengguna
2- Kategori agent

INGAT!! 
Emelkan ke:
mshoney6583@gmail.com

Tarikh Tutup: 29hb Feb 2012

*Sila baca dan fahami Terma dan Syarat pertandingan:

TERMA DAN SYARAT:
- Hanya TESTIMONI yang dihantar terus ke emel sebelum atau pada 29hb Feb 2012 sahaja akan diterima.
- Gambar dan testimoni yang dihantar secara automatik menjadi hak milik Penganjur dan Penganjur mempunyai hak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggunakan nama, foto dan testimoni peserta dan/atau pemenang tanpa perlu mendapatkan apa-apa persetujuan terdahulu atau pun membuat apa-apa pembayaran kepada peserta/pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan, dagangan atau promosi dalam apa-apa media.
-Pihak Penganjur berhak, atas budi bicara mutlaknya, menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan Sedia Ada’ dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit atau barangan lain, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
-Semua keputusan Penganjur dalam apa-apa perkara berhubungan dengan pertandingan ini adalah muktamad. Apa-apa permintaan untuk rayuan dan semakan tidak akan dilayan.
-Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma dan Syarat Peraduan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.


Saturday, January 28, 2012

Rendang Landak

Last update: Tuesday, October 4, 2011
Today: Saturday, January 28, 2012

Tengok... betapa lamanya tak update blog Siti ni.. rindu memang rindu.. tapi... ahhhhhh~!! Taknak bagi ape2 alasan lagi. Takpelah, yg dah berlalu biarkan ia pergi, kita buka cerita baru je ye.. lagipun bulan pun dah baru, tahun pun dah baru.. 

Sebagai entry pembuka utk tahun 2012 ni, Siti nak mulakan dgn cerita LANDAK. LANDAK?? Ada ape dgn landak?? Haaaa..... berapa ramai antara kita yang pernah makan daging landak? Kalau tak pernah... pernah tak terfikir nak mencuba makan daging landak? Kalau tanya kat golongan lelaki, dorang mesti akan jawab: "Uihhh.. mana nak cari? Nak trylahh..." Tapi kalau offer kat golongan wanita pula mungkin jawapannya macam ni:"Landak?? Eeeee... dengar nama landak je terus kembang tekak!" 

Tapi, walau pun Siti ni wanita, tapi Siti bukanlah seorang yang cerewet atau pemilih dalam bab makan. Malah, kalau ade orang offer makanan yang pelik-pelik pun Siti sangat teruja nak mencuba, asalkan makanan tu suci dan halal.. 

Sebelum tu, kita baca dulu ape kata en.Wiki tentang LANDAK:
Hai.. saya comelkan? =)
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri. (Erkk!! Babi berduri??? Kembang tekak jab... huhuhuuuu...)

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah.
Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri dari pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.
Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.
Di hutan Malaysia hanya terdapat tiga spesies landak dari Famili Hystricidea (Legakul & Mc Neely 1977, Medway 1978, Nowak 1999) iaitu spesies Hystrix brachyura (Landak Raya), Trichys fasciculata (Landak Padi) dan Atherurus macrourus (Landak Nibung).

Nak dijadikan cerita, semalam abang ipar Siti beli seekor landak daripada orang kampung, seekor RM80. Tertanya juga, macam mana pakcik tu tangkap ek? Sebab landak ni penuh durikan... Mak kata, pakcik tu gunakan perangkap dan umpannya hanyalah buah cempedak. Cara nak sembelih pula, masukkan landak dalam guni dan keluarkan bahagian kepalanya je, lepas tu sembelih macam biasa. Huhhh.. ngeri jugakkan? Tak dapat bayangkan kalau tiba-tiba kene tembak dengan duri landak tu.... 

Menurut cerita, daging landak ni banyak juga khasiatnya. Antaranya ia mampu memulihkan masalah semput, athma atau lelah, dagingnya pula tidak berlemak dan tidak berserat, serta amalan memakan daging landak mampu untuk menurunkan paras guna dalam darah. Betul atau pun tidak, wallaualam.. Tapi, pada pendapat Siti, setiap yang Allah ciptakan tu pasti ada keistimewaannya..

Kat kampung Siti ni populasi landak masih boleh dikatakan banyak, salah satu sebabnya adalah kerana kampung Siti ada banyak ladang kelapa sawit, dan masih banyak hutan-hutan yang belum diteroka. So, kalau malam-malam tu memang tak pelik kalau tiba-tiba terserempak dengan landak, musang atau babi hutan.

Sebenarnya, ni kali pertama Siti tengok, masak dan makan daging landak. Buntu juga fikirkan nak dimasak ape dengan landak ni.. akhirnya, selepas bertanya dengan kawan-kawan kat FB, sebulat suara Siti dan mak pilih untuk masak... RENDANG LANDAK. Rasanya... hm.. boleh tahan sedap. Lebih kurang macam ayam tua atau ayam pencen. Ni kalau tipu kata daging ayam pun orang percaya ni.. hahaha... 


Inilah hasilnyaaaa... rendang landak. Sedappppp.... Makan sekali memang tak puas.. Tapi memandangkan harganya yang sangat mahal, mungkin sekali ni jelah Siti dapat makan, hahaha... Ape pun, alhamdulillah...

Tuesday, October 4, 2011

Resepi Sotong Goreng Tepung

Dah lama rasanya Siti tak update resepi kat sini.. hehee... bukan ape, sejak lepas raya ni memang jarang masak kat umah.. sibuk dengan jemputan open house je.. Kalau ade masak kat umah pun, masak yang simple-simple je, so segan pulak nak share kt sini... Tapi yang Siti nak share ni pun sebenarnya resepi yang sangat ringkas. Pendek kata "kacang gorenglahh". Walaupun ringkas dan bahan-bahannya pun tak rumit, tapi rasanya memang sedap! InsyaAllah.. sesape yang makan ni mesti nak tambah berkali-kali, hehee... Sebelum Siti share resepi, sila layan gambar masakan ni dulu ye.. bagi terliur habis!


Maaflah.. tak sempat nak hias cantik-cantik.. heeee... 

Bahan-bahan:
Sotong anggaran 5 @ 6 ekor bergantung kpd saiz
2 biji telur
Tepung goreng ayam Adabi / Tepung serbaguna Adabi 
(jenama lain pun boleh.. tapi Siti dah biasa guna jenama ni.. )
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:
1) Potong sotong kepada saiz yang diingini, basuh dan toskan.
2) Pecahkan telur ayam, kacau hingga bersatu putih telur dan kuning telur.
3) Masukkan sotong yang telah dipotong ke dalam telur dan gaul-gaul seketika.
4) Ambil pinggan yang kering dan bersih, tuangkan sedikit tepung goreng ayam.
5) Ambil sotong yang telah dicelup tadi dan golek-golek pada tepung hingga keseluruhan sotong bersalut dengan tepung. 
6)Goreng sehingga berwarna kuning keemasan.
Sedia untuk dihidang.. ^^


* Tepung goreng segera ni dah ada rempah ratus dan garam, so tak perlu lagi tambah apa2. Tapi, jika anda suka sotong goreng yang kurang masin, bolehlah tambahkan beberapa sudu tepung beras atau tepung jagung ke dalam tepung segera tadi untuk mengurangkan kemasinan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...