Uihhhh... sedapnyeeeee......
Silalah terliur dengan makanan di atas ni.. heheeeee...
Ha.. saje nak tunjuk kat semua orang, inilah NASI AMBENG...
Alahhh.. yang femes dikalangan masyarakat Jawa tu..
Sekarang ni, kat pasar2 malam atau kat bazar pun dah ade jual.. tapi biasanya orang yang bukan Jawa ni diorang akan panggil NASI AMBANG. Hm.. bukanlah salah.. cuma sebutan sebenarnya ialah NASI AMBENG. Ambeng tu kalau dalam bahasa Jawa maksudnya KUMPULAN...
Biasanya nasi ambeng ni dijamu kepada tetamu dalam majlis-majlis kenduri tahlil, bacaan yasin, potong jambul dan kenduri doa selamat. Nasi ni akan dihidangkan dalam dulang, lauk pauknya pula diletakkan diatas nasi beralaskan daun pisang... biasanya satu dulang tu akan dikongsi dengan 4 orang, sebab tulah namanya nasi ambeng, kerana ia dimakan secara berkumpulan.. dan bukan secara individu mcm kita makan dalam pinggan tu..
Istimewanya nasi ambeng ni ialah, lauk-pauknya yang pelbagai jenis. Antara menu wajib bagi lauk-pauknya ialah:
- Mee / mihun goreng
- serunding kelapa
- ayam masak kicap @ ayam masak merah
- sambal goreng (campuran kentang, tempe, tauhu, suun, tauhu kering dan lain-lain)
- ikan masin goreng
- timun
- acar sayur-sayuran
7 jenis lauk semuanya. Banyakkan? Hahaaa.. kalau Siti ni, makan satu family pun tak boleh habis tau. Sebab tulah, nasi ambeng ni biasanya akan dibawa balik untuk diberikan pula kepada ahli keluarga. Tuan rumah akan sediakan beg plastik, kertas surat khabar dan daun pisang supaya tetamu yang nak bawa balik nasi ambeng tu, boleh bungkus sendiri. So, tak kesahlah nak bungkus berapa banyak pun..
Bungkusan nasi ambeng yang dibawa balik ke rumah ni pula istilahnya ialah BERKAT. Jadi, masa Siti kecik-kecik dulu memang suka bila dengar ada orang datang umah jemput abah pegi kenduri, sebab balik dari kenduri nanti mesti abah akan bawa balik BERKAT, hehee.... Memang pemurah betul masyarakat Jawa ni kan?
Ini pula adalah nasi ambeng yang belum dikeluarkan kepada tetamu. Nasi ambeng ni akan dikeluarkan selepas habis bacaan tahlil atau senang cerita, selepas selesai majlisla.. Siap makan-makan, tetamu pun balik ke rumah masing-masing...
Kalau dikirakan, kos untuk buat nasi ambeng ni memang besar. Sebab, biasenye tetamu yang dijemput untuk satu-satu majlis kenduri adalah dalam lingkungan 40-50 orang. Jadi, perlu sediakan dalam 10 @ 12 ambeng atau anggaran dalam 15kg beras. Ayam pulak anggaran 15 ekor, Mihun 5kg, tauhu dan tempe masing-masing 30keping... dan kos-kos untuk bahan-bahan yang lain... Ape pun, yang Siti nyatakan kat sini adalah anggaran bahan yang family Siti biasa buat.. family lain, mungkin tak sama bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Melihat kepada kuantiti bahan yang sangat banyak ni, mesti terfikir.. "Larat ke nak masak banyak-banyak tu??" Heeee... kalau masak sorang-sorang.. memang tak larat.. besi pun boleh bengkok kalau mcm tu.. sebab tu lah biasanya, masyarakat Jawa ni akan bergotong-royong atau istilah dalam bahasa Jawanya REWANG untuk menyediakan bahan, masak dan menghidang. So, tuan rumah cuma sediakan bahan-bahan, peralatan masak, dan mengemas rumah je.. sikap bekerjasama mcm ni lah yang susah kita nak jumpa sekarang...
Cukuplah setakat ni dulu Siti cerita tentang nasi ambeng ni. Dah cukup detail kot.. sampaikan untuk kos penyediaan pun Siti nyatakan sekali, hehee... So, kalau ade sesiapa yang berminat nak buat nasi ambeng, tapi tak tahu caranya, bolehlah emel Siti ya.. daaaaa.... ^^
8 comments:
cik siti buatkan orang yang dah kenyang jd lapar tgk nie...
MEMANG SEDAP..lagy2 lau makan dalam dulang reramai kan... :)
Hehehe.. mmg tu lah niatnye, nak buatkan yg dah lupa tu, ingat balik kenangan makan nasi ambeng ni..
Betul2, nasi ambeng ni kalau makan sorg2 kurang rasa sedapnye tu.. ^^
ala..rindunya kat johor...
hye salam singgah dari CUJEN THE LEJEN
BESTEVER GIVEAWAY
sue suka nasi ambang, kalau pergi kenduri dekat kampung[johor] selalu makan ni masa rewang
lagi satu tertinggal,
urep!!
kalau jawa komfem dy tw ni,
hehe =)
saya sukeeeeee...
buatkan.. nnt kita dtg makan ek!! hehehe
like nasi ambeng..following u..
Post a Comment