Klik BANNER utk join
Dimanakah anda belajar dulu .. sekolah rendah , menengah kemudian menyambungkan pelajaran di ... Tahun jangan lupa yer ..
Mula-mula sekali, Siti bersekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tuan Poon. Bermula dari darjah 1 sampailah darjah 6. Sebab tu la, keputusan UPSR Siti ade 6 mata pelajaran. Tamat sekolah rendah, Siti mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam. Tamat SPM, Siti sambung pula ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj. Hassan Yunos, Renggam.
Cikgu yang anda masih ingat sampai sekarang , dan mengapa...
Ramai juga cikgu yang Siti masih ingat sampai sekarang. Cikgu yang paling Siti ingat masa sekolah rendah dulu dah tentulah guru kelas Siti, namanya Mrs Tong. Cikgu Tong seorang yang sangat tegas dan garang. Siti sendiri selalu kene rotan sebab salah buat kerja sekolah. Walau pun garang, tp beliau sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak muridnya, dan setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, Siti akan dapat angpau dan buah tangan.
Masuk ke sekolah menengah pula, Siti paling ingat dengan cikgu yang mengajar subjek Biologi iaitu Cikgu Tasmirah. Beliau sangat baik dan mesra dengan pelajar-pelajar. Selain tu, Siti jugak masih ingat dengan Cikgu Hanafi iaitu cikgu subjek Fizik.
Tingkatan Enam, lebih ramai cikgu yang Siti ingat sebab cikgu yang mengajar tingkatan Enam tak ramai sangat. Ade Cikgu Vasanthy (sejarah), Cikgu Ali(Pengajian Am), Cikgu Hatta(Pengajian Am), Cikgu Razilah(BM), Cikgu Chin(Ekonomi), Cikgu Yusuf (Seni Visual), Mrs Ong (MUET). Memang enjoy sangat jadi pelajar kpd mereka ni, otak pun tak stress sebab cara pengajaran santai je.
Ceritakan segala kenangan anda sebagai seorang guru ..
Tahun ni, dah genap 4 tahun Siti bergelar seorang guru. Tapi Siti tak rasa yang pengalaman Siti ni dah banyak sebab setiap hari ade je pengalaman baru yang SIti dapat. Kenangan yang paling Siti ingat, apabila salah seorang murid SIti yang boleh dianggap lemah, boleh dapat A dalam penulisan BM untuk UPSR 2010. Sangat terharu bila SIti pandang mata mak murid Siti tu yang bergenang dengan air mata kerana terlalu gembira. Semua tu jadikan SIti semakin bersemangat untuk bantu murid-murid Siti yang lemah kerana mereka pun boleh berjaya kalau kene dengan caranya.
Akhir sekali...
Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa hingga berjaya.. Terima Kasih... ^^
5 comments:
thanks haris.. ^^
salam ziarah dan salam perkenalan cikgu dari laman blog abg ben.. saya follo blog cikgu ni yaa... Ada masa mai la singgah n follow la sekali blog saya cgu Awang yang tak seberapa ni... Huhuhu
Selamat Hari Guru 2011
selamat pagi ustazah.. dtg dr blog hj ben.hehe
guru mencorak insan..sygi guru anda.. :)
http://aida4eva.blogspot.com
Post a Comment