Photobucket Photobucket

Sunday, July 24, 2011

Kita selalu terlupa...

Dalam hidup ni, Allah sentiasa berikan ujian kepada kita, hamba-Nya. Dan, tatkala menerima ujian, kita sering menganggap yang ujian itu terlalu berat untuk kita.. lalu kita mengeluh.. kita merungut.. Tapi kita selalu terlupa bahawa, Allah tak akan memberi ujian diluar kemampuan hamba-Nya. Allah turunkan ujian sebagai peringatan dan juga sebagai tanda Allah sentiasa mengingati kita.. walau kita sering leka dan lalai atas setiap nikmat yang Allah beri. 

Adakah kita sentiasa mengucapkan syukur disaat Allah kurniakan kita dengan nikmat yang kita tidak jangka? Adakah tangan kita sangat ringan untuk berkongsi kesenangan yang Allah limpahkan kepada kita? Pasti selalunya ungkapan ini yang kita sebut:

"Nasib baiklah ko ade.. kalau tak.. tak tahulahhh...."

"Yea..!! Aku dah dapat keje!! Gaji nanti bolehlah aku beli iPad... "

Kenapa sukar bibir dan lidah kita untuk mengucapkan syukur kepada Allah? Sedangkan kita, kalau ade seseorang yang kita dah tolong, tapi tak ucapkan terima kasih, mesti kita rasa kecik hati kan? Mesti hati kita akan terdetik: "Hish! Cakap terima kasih pun tak!"

Jadi.. di manakah kita? Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya?

*Hanyalah teguran untuk diri sendiri yang sentiasa terlupa...






2 comments:

zulkbo said...

salam..
ermmm..syukur alhamdulillah..
jangan lupa bayar zakat pendapatan
:)

AdaNaz87 said...

melayu kan mudah lupa. ;p jangan kerana terleka dengan nikmat yang Allah kurniakan, nikmat yang sedia ade ditarik balik. ((; thanks kerana ingat-mengingati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...