Dah lama rasanya tak makan lauk daging... Hari-hari makan lauk ayam atau ikan je.. Sebab, kat rumah ni memang sangat jarang beli daging. Kalau beli pun, untuk raya atau kalau ada majlis-majlis istimewa. Tapi entah kenapa, emak ada beli sikit daging kat pasar hari Jumaat yang lepas. So, hari ni masak daging pulaklah. Then, terjumpa pulak baki cendawan shitake kering yang Siti simpan. Resepi ni pun, pertama kali Siti buat. Tak tahulah ape rasanya.. heheee....
Bahan-bahan:
Daging lembu (dihiris nipis)
Cendawan Shitake kering (rendam sehingga lembut)
Halia
Bawang putih
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Bawang besar
Daun bawang
Garam dan sedikit gula sebagai perasa
Cara memasak:
Rebus daging bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan sehingga empuk.
Selepas daging empuk, tumiskan bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan daging yang telah direbus tadi dan kacau goreng sekejab. Masukkan cendawan shitake, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos tiram, kicap dan sedikit air rebusan daging tadi. Biarkan seketika hingga kuah menjadi pekat. Masukkan bawang besar dan sedikit garam serta gula. Setelah cukup semua rasa, matikan api dan tabur daun bawang.
Sedapnyeeee.... ! |
1 comment:
nampak sedap...boleh buat lauk buka puasa ni :)
Post a Comment