Photobucket Photobucket

Tuesday, October 4, 2011

Resepi Sotong Goreng Tepung

Dah lama rasanya Siti tak update resepi kat sini.. hehee... bukan ape, sejak lepas raya ni memang jarang masak kat umah.. sibuk dengan jemputan open house je.. Kalau ade masak kat umah pun, masak yang simple-simple je, so segan pulak nak share kt sini... Tapi yang Siti nak share ni pun sebenarnya resepi yang sangat ringkas. Pendek kata "kacang gorenglahh". Walaupun ringkas dan bahan-bahannya pun tak rumit, tapi rasanya memang sedap! InsyaAllah.. sesape yang makan ni mesti nak tambah berkali-kali, hehee... Sebelum Siti share resepi, sila layan gambar masakan ni dulu ye.. bagi terliur habis!


Maaflah.. tak sempat nak hias cantik-cantik.. heeee... 

Bahan-bahan:
Sotong anggaran 5 @ 6 ekor bergantung kpd saiz
2 biji telur
Tepung goreng ayam Adabi / Tepung serbaguna Adabi 
(jenama lain pun boleh.. tapi Siti dah biasa guna jenama ni.. )
Minyak masak untuk menggoreng

Cara memasak:
1) Potong sotong kepada saiz yang diingini, basuh dan toskan.
2) Pecahkan telur ayam, kacau hingga bersatu putih telur dan kuning telur.
3) Masukkan sotong yang telah dipotong ke dalam telur dan gaul-gaul seketika.
4) Ambil pinggan yang kering dan bersih, tuangkan sedikit tepung goreng ayam.
5) Ambil sotong yang telah dicelup tadi dan golek-golek pada tepung hingga keseluruhan sotong bersalut dengan tepung. 
6)Goreng sehingga berwarna kuning keemasan.
Sedia untuk dihidang.. ^^


* Tepung goreng segera ni dah ada rempah ratus dan garam, so tak perlu lagi tambah apa2. Tapi, jika anda suka sotong goreng yang kurang masin, bolehlah tambahkan beberapa sudu tepung beras atau tepung jagung ke dalam tepung segera tadi untuk mengurangkan kemasinan.


Sunday, October 2, 2011

Kisah KAMI

Sebenarnya cerita ni dah nak basi dah.... Tapi Siti nak cerita jugak! Sebab, Siti nak kongsi saat gembira Siti dengan mereka. Heee.... bukan senang tau nak berkumpul macam ni... setahun sekali pun susah... So, bila dapat peluang, memang Siti hargai sangat-sangat! Tak nak cakap panjang-panjang, tengok dulu gambar-gambar ni ya.. ^^


 Weeee~ Sukanya Siti sebab dapat jumpe Huda dan Nadet, my BFF. Sorang lagi, Atun tak dapat join sebab ade komitmen dgn suami tersayang. So, dapat keluar bertiga jela... huhuuuuu~


Tengok muka Siti betul-betul. Bila dapat bersama dengan diorang ni, senyuman Siti secara automatik terus jadi lebar selebar-lebarnya, heheeee.... Really! Siti dah lama dah senyum lebar macam ni.... But together with them, Siti memang tak dapat nak sorok perasaan gembira ni. Hm... speechless jab.. ^^

Walau pertemuan ni berlaku sebelum hari raya baru-baru, but still.. Siti tak jemu tatap gambar-gambar ni.. Betapalah Siti rindukan dorg.. mengalahkan rindu tunang sendiri (Ops!! Hope he didn't read this... hehee).

To Huda and Nadet --->> Pasni luanglah masa utk turun ke Johor pulak, nanti me and En. Padil akan bawa korang pusing-pusing JB ea.. heheee.... and pastikan cuti tu panjang supaya kita leh berpoya-poya sepuas-puasnya.. ^^




Saturday, October 1, 2011

Cerita kahwin orang dulu-dulu..

Sejak lepas raya ni, rasanya tak putus-putus Siti terima kad jemputan untuk majlis kahwin. Ade terima daripada sedara-mara, kawan-kawan, jiran sekampung... Mak kata, zaman mak kecik-kecik dulu nak jumpa majlis kahwin umpama 1 dalam 1000... sebab, bukan semua orang mampu.. yang berkahwin masa tu pun cuma buat kenduri doa selamat kecil-kecilan je.. Walaupun kos barang-barang zaman tu sangat rendah, tapi disebabkan orang kampung zaman dulu sangat susah, hidup pun ibarat 'kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang', jadi mereka tetap tak mampu. Kalau ade orang kampung yang agak mewah sikit, barulah boleh buat majlis yang siap ada sanding-sanding, kompang dan sebagainya. 

Tapi mak kata, yang seronoknya masyarakat masa tu saling tolong-menolong kalau ada orang kampung tu yang nak buat majlis kahwin. 3 bulan sebelum majlis lagi orang kampung dah bergotong-royong. Nanti tiap-tiap hari akan ade jiran-jiran yang datang ke rumah sumbang beras, tepung, gula dan bahan-bahan lain ikut kemampuan masing-masing. Rempah kari dan kurma' pulak, mereka buat sendiri je. Beli rempah, kemudian goreng atau sangai dan tumbuk sendiri. Bukan macam sekarang, semua dah siap dalam paket segera.Tepung beras pun sama, mana ada jual tepung beras macam sekarang ni. Jadi, mereka tumbuk beras tu sama-sama sampai jadi tepung. Bila dah siap semua tu, barulah proses buat kuih dan persiapan-persiapan yang lain. Pendek kata, semuanya bergotong-royong.

Mungkin sebab tu jugaklah perkahwinan orang dulu-dulu boleh kekal lama hingga ke akhir hayat. Sebab, semuanya berkat doa orang kampung yang sama-sama bersusah payah buat persiapan supaya majlis berjalan dengan lancar. Bila dengar cerita mak ni, rasa terharu pun ada...
Sekarang, walau orang bising harga barang-barang keperluan makin naik, tapi dalam bab majlis kahwin, tetap meriah macam artis! Menu pulak macam-macam.. ada nasi minyak, nasi beriani, nasi hujan panas, nasi jagung, nasi pelangi, bla..bla..bla.. banyak sangat sampai tak tau nak sebut.. lauk-pauk pulak... ayam, kambing, lembu, complete semua ada! Belum kira pencuci mulut dan kuih-muih, telur rebus, gula-gula, kek, cenderahati...... pening kepala nak senaraikan semua yang ada... Tapi, tu menunjukkan kemakmuran negara kita. Berkat keamanan ni la, kita dapat nikmati semua kesenangan tu.

Tapi yang tak bestnya, bab hutang dan pembaziranla... ade yang sanggup berhutang sebab nak buat majlis yang gilang-gemilang.. kalau boleh, nak disebut-sebut sampai 7 keturunan! Huh! kalau itulah niatnya, maka ikatan perkahwinan tu takde makna apa-apa pun.. sayangkan?
Tiba-tiba, rasa takut pulak nak kawin! Takut nak berdepan dgn hal-hal majlis ni... eeeeeee~ Tapi, tak boleh diam, memang kene fikir jugak... aduhaiiii.... kan best kalau ada wedding planner yang boleh tolong sattlekan... ade tak? Tapi nak yang free la.. sebab nak elakkan pembaziran... heeeeeee..... ^^


Monday, September 26, 2011

Dgn tak malunya blogging semula.. boleh ke??

Last entry yg Siti post 24 Julai 2011.. Hari ni dah 26 September.. huhuuuu... dah lama rupanya tak update blog ni... 2 bulan lebih! Ishhhhh.... Tapi hal ni memang Siti tak dapat nak elak... walaupun rindu nak berblogging, tapi masa yang ada macam tak cukup je... 

Insyaallah, mulai hari ni Siti nak mula blogging semula. Manelah tahu kalau ade yang rindu... (ade ke?? heeeee....) 

Sekarang pun Siti dah rasa agak lapang, sebab UPSR dah lepas.. tinggal tunggu result anak-anak murid tersayang je.. Pelik kan? Murid yang exam, tapi cikgu pun kena tempiasnya.. 

Harap-harap, kemunculan semula ni dialu-alukan oleh blogger yang lain.. Tiba-tiba rasa kekok.. sebab semuanya dah nampak lain... rasa macam baru blajar blogging pulak..... ^^







Sunday, July 24, 2011

Kita selalu terlupa...

Dalam hidup ni, Allah sentiasa berikan ujian kepada kita, hamba-Nya. Dan, tatkala menerima ujian, kita sering menganggap yang ujian itu terlalu berat untuk kita.. lalu kita mengeluh.. kita merungut.. Tapi kita selalu terlupa bahawa, Allah tak akan memberi ujian diluar kemampuan hamba-Nya. Allah turunkan ujian sebagai peringatan dan juga sebagai tanda Allah sentiasa mengingati kita.. walau kita sering leka dan lalai atas setiap nikmat yang Allah beri. 

Adakah kita sentiasa mengucapkan syukur disaat Allah kurniakan kita dengan nikmat yang kita tidak jangka? Adakah tangan kita sangat ringan untuk berkongsi kesenangan yang Allah limpahkan kepada kita? Pasti selalunya ungkapan ini yang kita sebut:

"Nasib baiklah ko ade.. kalau tak.. tak tahulahhh...."

"Yea..!! Aku dah dapat keje!! Gaji nanti bolehlah aku beli iPad... "

Kenapa sukar bibir dan lidah kita untuk mengucapkan syukur kepada Allah? Sedangkan kita, kalau ade seseorang yang kita dah tolong, tapi tak ucapkan terima kasih, mesti kita rasa kecik hati kan? Mesti hati kita akan terdetik: "Hish! Cakap terima kasih pun tak!"

Jadi.. di manakah kita? Adakah kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya?

*Hanyalah teguran untuk diri sendiri yang sentiasa terlupa...






Saturday, July 23, 2011

Mudahnya hidup dgn mengambil kesempatan...

Lama betul tak update.. mujurlah bukan rumah.. kalau rumah, mesti dah bersawang dah ni.. heheheee.... So, harini pun Siti sekadar menyinggah sekejab je.. takde idealah nak update... kalau setakat nak merapu-rapu tu mmg banyaklah ideanya.. tapi.. takkanlah nak merapu kat sini.. kesian pembaca-pembaca nanti... 

So today, just nak share kisah tentang orang yg suka sangat ambil kesempatan kat orang lain.. 

Perkara ni sebenarnya berlaku kat orang yg dekat dengan Siti.. walaupun bukan Siti yang kene, tapi Siti tetap rasa geram sangat! Siti tertanya-tanya sendiri, kenapalah manusia macam ni boleh wujud kat muka bumi ni?? Kalau tengok luarannya, memang sangat hebat dan baik. Manis mulut, manis muka, depan orang pijak semut pun tak mati! Tapi dalam pemikiran dia, rupanya penuh dengan idea-idea untuk menipu orang lain dengan tipu helah dia. 

Takutnya dengan orang yg macam ni kan? Takut sangat... sebab kita tak boleh jangka atau agak apa yang dia nak dan akan buat dengan kita. So pada Siti, once kita dah tahu je watak sebenar orang yang macam ni, janganlah baik-baik lagi dengan dia. Dan rasanya tak salah untuk jadi bermuka-muka dengan orang yang macam ni. Bukan niat bermuka-muka tu untuk menjatuhkan dia, tapi kita perlu bermuka-muka supaya kita terselamat drpd jadi mangsa dia.

Sebab Siti yakin, orang macam ni takde langsung perasaan belas kasihan, dia cuma fikirkan kesenangan diri dia je.. bila mangsa dia jadi susah, dia tak akan ambil kisah pun.. malah, dia akan buruk-burukkan pulak mangsa dia tu, supaya semua orang jadi benci dan tak akan tolong dia. Kejam kan?

Mujurlah.. Allah tunjukkan siapa diri dia yang sebenar sebelum kawan Siti tu jadi mangsa. Rupanya ada hikmah Allah beri ujian kat kawan Siti tu.. dengan sebab ujian Allah tu la, kawan Siti dah terselamat. Cuma yang kesiannya, dah ramai yang jadi mangsanya sebelum ni... dan bila sekali terkena, memang susah nak lepaskan diri... 

Kepada orang tu.. mungkin takde undang-undang kat dunia ni yang boleh menghukum dia.. Tapi hukuman Allah, tak mungkin dia akan terlepas. Siti harap, dia akan cepat-cepat insaf.. Takde gunanya pun hidup dengan mengambil kesempatan atas orang. Mungkin sekarang dia terlepas. Persoalannya, sampai bila??
Sedangkan "sepandai-pandai tupai melompat pun, akhirnya jatuh ke tanah juga"....



Sunday, June 26, 2011

5 Keys to a Flawless Complexion..

Setiap orang mesti mengimpikan kulit yang cerah berseri, halus, mulus, dan sempurna tanpa cacat cela kan? Lebih-lebih lagi bila tengok gambar model-model kat majalah atau artis-artis kat TV tu.. macam patung lilin.. eeeeee.... memang jeles!! Dan sekarang ni, fenomena artis Korea. Kalau tengok kulit dorg yang sangat cantik tu.. rasa nak cubit-cubit je.. haha! 
Tapi.. boleh ke kita orang biasa2 ni nak dapat kulit macam tu? Pada Siti, BOLEH! 
Nak tahu caranya? Sila baca satu persatu:

1st key: FOOD (makanan)
Rakyat Malaysia ni memang suka makan. Sebab tula, Malaysia ni antara negara yang memiliki ramai penduduk obes. Ops! Siti bukan nak cerita pasal obes kat sini. Tapi, pada Siti makanan yang kita makan pun memang sangat mempengaruhi keadaan kulit kita. Makanan-makanan segera terutamanya, mengandungi garam dan lemak yang sangat tinggi berbanding makanan yang kita sediakan sendiri. Kandungan nutriennya pun, tak seberapa. Dan, bagi mereka yang kerap sangat makan makanan segera, badan akan kekurangan nutrien-nutrien penting. So, kalau badan kita tak sihat, dah tentulah kulit kita pun jadi tak sihat... Then, kalau kulit dah tak sihat, macam mane nak dapat kulit yang licin sempurna kan? 
So, kalau busy sangat pun, jangan abaikan pemakanan yang seimbang. At least, kalau tak sempat masak, ratah jelah buah-buahan atau sayuran. Segera juga kan? Tapi segera yang lebih sihat.. heheee...

2nd key: EXERCISE (senaman)
Senaman bukan hanya untuk kurus dan menguatkan otot. Sebenarnya, banyak lagi kebaikan yang kita dapat kalau kita amalkan senaman. Alasannya, senaman boleh melancarkan peredaran darah dalam badan. Ia juga mampu membuang toksin daripada badan melalui perpeluhan. So, apabila perjalanan darah kita lancar, oksigen akan sampai ke seluruh sistem badan kita, dan kulit-kulit kita juga akan mendapat oksigen yang mencukupi. Toksin-toksin yang terbuang juga menjadikan badan kita lebih 'bersih' dan hasilnya, kulit pun lebih sihat... Oleh itu, jangan abaikan senaman ye.. ^^

3rd key: ATTITUDE (sikap)
Kalau anda betul-betul serius nak dapatkan kulit yang cantik, please.. please.. please... jangan sekali-kali jadi pemalas ye. Sebab, Siti dapati ramai antara kita ni sebenarnya sangat malas nak uruskan kulit. Yela, nak cuci.. sapu toner.. pastu nak moisturise lagi.. aduhhh... lecehkan? Sebenarnya TAK LECEH pun. Yang penting, tanamkan azam dalam diri bahawa apa yang kita buat ni untuk kebaikan jangka panjang. Bukan untuk diri sendiri je, tapi juga untuk orang yang kita sayang. Terutamanya untuk para isteri. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi yang nak jaga kulit kita sendiri kan?
Satu lagi, jadilah seorang yang pembersih. Make sure you clean up your fingers before touching your face. Kenapa? Sebab, jari dan tapak tangan adalah tempat untuk bakteria dan kuman berpindah randah. Alasannya? Jari berfungsi untuk menyentuh dan memegangkan? So, entah berapa banyak bakteria dan kuman yang melekat kat jari dan tangan kita. Tak mustahil bakteria-bakteria ni boleh je berpindah kat kulit muka melalui sentuhan kita tadi. Dan, bagi mereka yang memiliki kulit sensitif, kenelah lebih berhati-hati ye.

4th key: PRODUCT
Pastikan setiap produk yang kita sapu kat kulit tu, betul-betul bersesuaian dengan jenis kulit. Secara umumnya, ade 3 jenis kulit iaitu berminyak, kering dan kombinasi. Kalau kulit berminyak, janganlah pakai produk yang berasaskan minyak. Dan bagi yang berkulit kering pula, elakkan daripada memakai produk yang berasaskan mint. Ambil masa untuk kaji setiap produk yang nak dibeli supaya tak menyesal kemudian hari. Kalau dah terbeli? Once dah nampak yang ia tak serasi, cepat-cepat stop. Sebab tu biasanya Siti akan beli bekas yang paling kecik dulu untuk dicuba. Kalau serasi dengan kulit, barulah Siti akan beli yang lebih besar pula.

5th key: FREE (bebas)
Jangan terlalu memaksa dan menyeksa kulit. Sesekali, kene bebaskan jugak kulit tu. Actually, semakin kita memaksa kulit, semakin ia tak jadi seperti apa yang kita harapkan. Usaha, usaha jugak. Tapi, jangan sampai menyeksa ye. Untuk cuci muka, sehari 2 kali je dah cukup. Kalau terlalu kerap, kulit akan jadi hilang kelembapan semulajadinya. Scrubbing pulak, cukup setakat seminggu sekali. Makin kerap kita scrubbing kulit, makin kasar jadinya nanti. Masker, sekali atau 2kali seminggu pun dah cukup. 
So, asalkan kita baik dengan kulit kita, ia pun akan baik dengan kita jugak.. heee.. ^^





Saturday, June 25, 2011

Resepi Jantung Lembu Masak Kari (kering)


Hari ni, Siti nak share resepi Jantung Lembu Masak Kari pulak. Tapi, kari ni Siti tak letak kuah, so bagi kering-kering je macam rendang. Sedap makan dengan nasi panas-panas atau cicah dengan roti je.. ^^
Disebabkan kering, menu ni memang sesuai untuk dibuat bekal kalau terpaksa travel jauh. Lagipun takde santan, dan takde tumis-tumis. Bahan-bahan pun very simple je..

Bahan-bahan:
Jantung lembu
2 peket kecil serbuk kari
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
Halia anggaran 4cm
Bawang besar
Cili hijau
Air asam jawa
sedikit minyak masak
garam dan gula

Cara memasak:
1. Potong jantung lembu dan cuci bersih. Masukkan ke dalam kuali. 

2. Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian, masukkan serbuk kari. Masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk lumat ke dalam kuali, tuang air sehingga jantung tenggelam. Hidupkan api sederhana besar dan biarkan sampai air kering. 

3. Selepas air kering, masukkan pula air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan lagi hingga air kering. Akhir sekali, barulah masukkan bawang besar dan lada hijau yang telah dihiris kasar. Kacau rata, matikan api dan sedia untuk dihidang.



Friday, June 24, 2011

Apabila manusia semakin tak berakal...

Kes 1: Remaja mahu jual DARA beli iPhone4


Inilah yang berlaku apabila manusia sekarang semakin materialistik dan mengejar kebendaan. Manusia sanggup gadaikan apa sahaja walaupun maruah diri sendiri demi mendapatkan 'objek' yang diidamkan. Dalam contoh kes ini, memang tidak melibatkan orang Melayu atau Islam. Tapi, tak mustahil benda-benda macam ni boleh berlaku atau mungkin memang dah berlaku. Cuma kita je yang tak tahu...


Kes 2: Bapa, anak bersekedudukan hingga lahirkan 3 anak.


Bapa jenis ape agaknye ni? Dan anak tu pula.. kenapa sanggup diperlakukan macam tu? Dah hilang langsung batasan antara ayah dan anak... Lupa terus halal haram... Entah apalah yang difikirkan mereka ni kan? Tapi itulah.. Allah dah berikan akal kepada manusia supaya boleh berfikir baik dan buruk.. jadi, mungkin mereka ni bukan tergolong dalam golongan manusia kot...


Kes 3: Bayi baru lahir mati dicampak


Apalah dosa bayi tu kan? Pandai buat je.. lepas tu bila dah 'termengandung', senang-senang je campak bayi tu macam tu... Sedangkan binatang yang takde akal tu pun ade perasaan sayangkan anak...


Setiap hari baca suratkhabar, ade je berita-berita macam ni yang sebenarnya menunjukkan bahawa, semakin ramai manusia yang hilang pertimbangan akal. Sanggup buat apa je asalkan tuntutan nafsu dapat dipenuhi. Salah siapa??






Saturday, June 18, 2011

Resepi Pencuk

Hari ni, buat menu yang ringkas je.. ikan bakar, sambal kicap, dan pencuk. Pencuk ni istilah dalam bahasa Jawa, dalam bahasa Melayu Siti tak pasti pulak.. heheee... Biasanya, pencuk ni dijadikan hidangan dalam majlis-majlis kenduri kawen kat Johor. So, hari ni Siti share resepi pencuk ni.


Bahan-bahan:
Nenas
Timun
Bawang besar
Cili merah dan hijau
Limau kasturi
Gula
Garam

Cara-cara:
Mula, hiris nenas, timun, bawang besar, cili merah, cili hijau dan limau kasturi, saiznya agak-agaklah ye.. yg penting jangan terlalu tebal. Kemudian, taburkan 3 sudu besar gula, sedudu kecil garam. Rasa manis dan masin, kalau kurang tambah lagi. Hidangkan dan makan dengan nasi panas.. Selamat mencuba.. ^^






Friday, June 10, 2011

Ke Singapore lagi! Yeahhhh~

Tarikh: 08 Jun 2011
Tempat: Stesen Kereta Api Tanjong Pagar, Singapura.

Siti kembali lagi ke Singapura! Actually, takde plan langsung pun utk ke Singapura ni. Ini pun, tersampai kat sana sebab en.Tunang ada assessment kat ESCOTT, Newton. Nak pegi sendiri dah terlambat sangat, so terpaksalah Siti ikut sekali sebab naik kereta lebih cepat sampai.

Kali ni, supaya lebih cepat, kami masuk ke Singapura melalui Tuas. memang lebih cepat dan kastam pun tak jem. Tapi.. ade mahal sikitla... Then, kami terus ke Teluk Blangah Road dan park kereta kat Masjid Temenggung Daeng Ibrahim aka Masjid Johor. Siti penah tulis tentang masjid istimewa ni kat SINI. Dari masjid, kami terpaksa berjalan sikit dan naik MRT (Mass Rapid Transit) kat HarbourFront MRT Station. Untuk naik MRT ni, kene beli kad 'eZlink', harga utk dewasa ialah $15. Kad 'eZlink' ni juz beli sekali je, then bolehlah guna utk naik MRT, bas, beli makanan kat 7eleven, lalu kat ERP utk kereta atau motorsikal. Kalau nilai dalam kad tu habis, juz top up jelah. 
Inilah rupa ezLink card
HarbourFront MRT Station
Tengah tunggu MRT
Habis je assessment kat ASCOTT, kami pun balik semula ke Teluk Blangah dan pegi ke ofis kat sana. Sementara tunggu en.Tunang uruskan hal-hal dia dengan HR, Siti pulak juz tunggu kat luar ofis. Selesai urusan dia kat ofis, dia bagitahu yang lepas ni kene terus pegi ke Jabatan Tenaga Kerja untuk uruskan work permit pulak. Dan, ofisnya kat Tanjung Pagar. So, kami pun terus ke sana. Kali ni, drive kereta je sebab dah tak jauh dari tempat kami parking and boleh terus balik lepas tu.

Disebabkan pejabat tu dekat je, so kami park kereta kat sini dan jalan kaki ke Pejabat Tenaga Kerja. Urusan siap dalam masa kurang sejam. Memang sangat cepat urusan kat sini. Bayangkanlah, kaunter yang dibuka ada 40 semuanya! Baru duduk tak sampai 10 minit dah sattle. Kalau kat Malaysia, ade cepat macam ni tak? Heeeee....
Dah siap semua urusan, barulah selesa nak jalan-jalan. Stesen ni pun, bakal ditutup berkuatkuasa pada 1 Julai. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir Siti dapat tengok Stesen KTM yang penuh dengan nilai sejarah ni. 
 Selepas KTM menghentikan operasinya berkuat kuasa pada 1 Julai, bangunan ni akan berubah fungsi dan diwartakan sebagai monumen kebangsaan. 
Tulisan kat dalam bangunan ni masih mengekalkan ejaan Melayu lama. Rasa macam kembali ke zaman sebelum merdeka pulak... heheeee.... ^^
 Laparlahh.... jom kita makan dulu.. ^^
 Err... tak tau nak letak caption ape...
Mee Rebus versi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar
 Kastam Malaysia. Penumpang kene tunjukkan passport dan isytihar barang jika ada kat sini.
Dapat snap dari jauh je.. kamera tak canggih.. huhuuu...
 Terpegun jab dengan mural kat atas tu... klasik betul...
 Kat dalam ni sangat luas. Cuba tengok kaunter tiker kat belakang Siti tu, unik kan?
 Pose terakhir kat sini...
Rasa mcm berada kat kota sejarah...

Well... sekian sajalah coretan perjalanan Siti kat Tanjung Pagar, Singapura. Daripada apa yang Siti baca kat surat khabar, sejak 80 tahun yang lalu, Stesen KTMB Tanjung Pagar menjadi satu-satunya nadi pengangkutan kereta api yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Sekurang-kurangnya, adalah jugak memori Siti kat sini. Mungkin selepas ni kalau dapat pergi lagi ke sini pun, dah mula kene beli tiket masuk agaknye... who knows, right?


Thursday, June 9, 2011

Syurga Beli-Belah

Girls...!! Sape yg minat shopping angkat tangan!!!
Heeeee.... I bet semua mesti angkat tangankan? Kalau tak pun mesti dalam hati anda menjerit-jerit: "Saya! Saya!!" Kalau adelah wanita kat luar sana yang tak minat shopping, sungguh bertuah suami dia.. hahah!

Ape pun, rakyat Malaysia ni memang sangat suka shopping.. kalau tidak, takkanlah pusat beli-belah.. pasaraya.. tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan kan? 

Siti sendiri, memang sangat suka shopping. Malah, kalau takde duit nak shopping pun.. 'window shopping' pun dah cukup... dapat jugak layan mata tengok barang cantik-cantik.. walau sebenarnya 'batin' sangat terseksa sebab tak dapat nak beli.. haha!

nak tahu kat mana tempat yang Siti paling suka shopping?? Cer teka dulu.. 

City Square JB?
BP Mall?
Kluang Mall?
Jucso Tebrau?

Senarai kat atas ni tempat yang Siti pegi setahun sekali je kot... hahah!

Actually, tempat yang Siti rasa paling 'heaven' ialah......

PASAR LAMBAK!

Euwwwww....~ Tak kelaslah shopping kat pasar lambak......
Memanglah kan, kalau nak dibandingkan dengan barang-barang kat Shopping Compleks dalam negara ni, memang tak setanding pun... shopping compleks ade aircond.. barang-barang berjenama.. buatan Italy, London, Milan.. bla..bla.. bla... girls n guys yg sofisticated.. 
Kat Pasar Lambak?? Semuanya open. Panas berbahang pulak tu.. kalau hujan pulak, terpaksalah berhimpit-himpit kat bawah khemah... Jenama? Ade Adidas, Nike, Levis, Bonia, Mac dan lain-lain.. Tapi semuanya made in China atau Thailand. Penjualnya pulak, ade yang menyanyi.. memuji-muji pelanggan yang lalu lalang, menjerit pun ade.. hanya untuk menarik perhatian sesapa yang lalu supaya singgah.

Tapi entahlahh.... walau kat mane-mane pun yang Siti pegi, tetap pasar lambak jugak yang menarik minat di hati.... Mungkin sebab utamanya, harga barang-barang kat sini sangat murah. So, sesuailah dengan budget kecik Siti ni kan... Kalau bijak tawar-menawar, memang boleh dapat harga yang sangat murah! Bawa RM100, macam-macam barang boleh dapat.

See.. my mom pun sangat teruja sampai tertinggal anak gadisnya kat belakang ni....

Kat sini takde aircond.. open je.. lagi bagus, udara segar tau.. ^^

Dahlah cantik, murah-murah pulak tu.... boleh gugur jantung ni.....

Nice to see... n nice to hold.... heheee....

Ayunya patung tu pakai tudung....

Boleh kurus kalau hari-hari jalan kat pasar mcm ni....

Tempat: Air Hitam, Johor.
Hari: Rabu
Masa: 7am - 12noon


Tuesday, June 7, 2011

Daging dan Cendawan Shitake Masak Lada Hitam

 Dah lama rasanya tak makan lauk daging... Hari-hari makan lauk ayam atau ikan je.. Sebab, kat rumah ni memang sangat jarang beli daging. Kalau beli pun, untuk raya atau kalau ada majlis-majlis istimewa. Tapi entah kenapa, emak ada beli sikit daging kat pasar hari Jumaat yang lepas. So, hari ni masak daging pulaklah. Then, terjumpa pulak baki cendawan shitake kering yang Siti simpan.  Resepi ni pun, pertama kali Siti buat. Tak tahulah ape rasanya.. heheee....

Bahan-bahan:
Daging lembu (dihiris nipis)
Cendawan Shitake kering (rendam sehingga lembut)
Halia
Bawang putih
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Bawang besar
Daun bawang
Garam dan sedikit gula sebagai perasa

Cara memasak:
Rebus daging bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk. Biarkan sehingga empuk.
Selepas daging empuk, tumiskan bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan daging yang telah direbus tadi dan kacau goreng sekejab. Masukkan cendawan shitake, sos lada hitam, lada hitam tumbuk, sos tiram, kicap dan sedikit air rebusan daging tadi. Biarkan seketika hingga kuah menjadi pekat. Masukkan bawang besar dan sedikit garam serta gula. Setelah cukup semua rasa, matikan api dan tabur daun bawang. 

Sedapnyeeee.... !




Thursday, June 2, 2011

Resepi Roti Sumbat

Errr... tak ingatlah ape nama menu ni.... Bagi nama Roti Sumbat jela.. boleh tak? hahahah!

Inilah menu sarapan pagi merangkap lunch sekali. Sebabnya, hari ni mak puasa sunat, anaknye ni pulak boleh tak bangun sahur.. so terpaksalah mak puasa sorang-sorang.. Oleh itu, sebagai alas perut kerana menghormati mak yang berpuasa, terhasillah menu ini... heheheeee......

Betul-betul versi malas punye, sebab baha-bahan pun sangat simple.

Cuma perlukan:
Roti serat 
( yang ade sekam tu.. )
bread crump atau serbuk roti
telur ayam 
( tak taulah kalau ade yg nak guna telur lain kan... )
Tuna dalam tin
Daun salad
mayonis

Cara buat roti yang mcm 'beg dompet' tu:
Ambil 2 keping roti, tindihkan bersama dan canai atau lenyekkan dengan penggelek sampai betul-betul leper. Kalau takde penggelek, guna botol kicap atau sos pun boleh.. takde sape nak marah....

Kalau bentuknya tak rata, potonglah sikit tepi-tepi roti tu atau buang kerak kat tepinya supaya senang nak gelek. Pastikan bahagian paling tepi, tekan kuat-kuat supaya tak terbuka masa digoreng nanti.

Next, celupkan dalam telur yang dah dipukul dan salutkan pulak dengan serbuk roti rata-rata. Gorengkan dalam kuali berisi minyak panas. Masa menggoreng ni, roti tu akan menggelembung tengahbya. Jangan takut dan jangan lari, ia tak akan meletop. Malah, itulah yang menandakan bahawa roti tu dah berjaya dihasilkan.... heheeee... 

Agak-agak dah kuning keemasan tu, angkat dan tos. Jangan terhangus pulak ye...

Seterusnya, potong dua roti tadi. Ikut sukalah nak potong bentuk macam mane pun... nak potong 3 segi mcm sandwich pun bolehhh..... Akhir sekali, masukkan tuna segera dan hiaslah dengan daun salad dan mayonis. 

Nak ubah supaya jadi lebih special? Gantilah isi roti tu dengan ape-ape... sardin, daging hancur masak stail kebab ke... or ape-ape jela... Selamat mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...