Aishwarya Rai
Tersenarai antara 10 wanita tercantik di dunia
Sape yang tak nak cantik macam dia kan?
Hari ini, Siti nak menulis tentang isu kecantikan lagi. Tahla, Siti memang minat bercakap tentang kecantikan, dulu pun kawan-kawan selalu cakap yang Siti ni sesuai keje sebagai promoter kat bahagian alat solek tu.. sebab, Siti kalau promosi barang, siap dengan bukti dan fakta-fakta saintifik lagi! Sampaikan, dorang pun selalu terpengaruh dengan promosi Siti, hehehee....
Tapi kali ni, Siti takde tips atau petua-petua. Cuma, Siti nak share tentang sikap sesetengan wanita yang sangat taksub dengan kecantikan. Ye, kita memang perlu menjaga kecantikan yang Allah kurniakan dan memang fitrah wanita untuk sentiasa kelihatan cantik. Tapi, tak perlulah terlalu taksub sampaikan apa saja iklan yang ada kat majalah atau kat TV yang dikatakan boleh menjadikan kulit kita begitu, begini.. terus nak beli! Padahal kat meja solek tu, dah menimbun dengan segala macam produk.. dah macam kedai Watson pulak....
Pada Siti la kan, bila kita semakin taksub, semakinlah kulit kita jadi tak sihat. Yela... macam-macam bahan kimia yang bertepek kat muka tu 24jam sehari. Macam mane nak sihat?? Atau pun, kita asik duk sental dengan scrub atau pencuci selang 1 jam, dengan alasan, tak nak ada habuk atau kotoran yang menempel kat muka.. kalau macam tu lah caranya, percayala... belum masuk umur 40 tahun pun kulit tu dah berkedut dan kendur.
Masa kat sekolah dulu, Siti ada kenal kawan yang jenis macam ni. Pada Siti, dia memang dah cantik dah. Walaupun kulit dia hitam manis, tapi kulit dia memang sihat, takde jerawat langsung. Cuma, dia terlalu taksub nak putihkan kulit. Masa tu, produk yang tengah femes adalah jenis yang mengelupaskan kulit tu.. (Eee.. sorryla ye.. Siti tak penah guna produk-produk yang mengelupaskan kulit tu.. takut... ) Walau pun harganya beratus-ratus untuk satu set, tapi dia sanggup simpan duit belanja dan beli produk tu. Itu pun guna sembunyi-sembunyi sebab takut mak dia marah.
Akhirnya, bukan je kulit dia tak jadi cerah, malahan makin teruk sampai tak boleh kene cahaya matahari sebab kulit dia dah jadi terlalu nipis! Masa tu baru la dia stop, dan cuba nak pulihkan kulit dia balik... tapi dah terlambat... Walaupun selepas tu, kulit dia tak mengelupas lagi, tapi.. tetap dah tak sama macam yang asal... Itulah akibatnya kalau dah terlalu taksub.
Kita semua ni sebenarnya dah cukup cantik dah. Cuma bila kita tengok artis-artis dan model-model kat majalah tu, kita terasa nak jadi macam mereka. Sebab tu la sekarang ni, kalau kita tengok, kebanyakan produk kecantikan atau kesihatan pasti akan menggunakan artis sebagai duta produk mereka. Kenapa? Sebab, daya penarik yang ada pada artis tu menjadikan golongan wanita mudah terpengaruh. Bagila produk ape pun, asalkan artis je yang jadi dutanya, comfirm masyarakat akan percaya dan beli.
Siti dulu pun macam tu jugak. Lebih-lebih lagi masa umur dalam lingkungan awal 20-an. Dan masa tu Siti rajin beli majalah-majalah kecantikan macam Eh!, Intrend, Rapi dan macam-macam lagila. Bila tengok artis-artis yang cantik bergaya tu, Siti pun nak jadi macam mereka. Apa je produk yang diorang guna, Siti pun nak try jugak. Cuma masa tu, masih belajar, so duit simpanan pun memang takde.. jadi beringatla juga waktu nak membeli tu. Cuma kadang-kadang, rasa membazir juga, yela... beli mahal-mahal tapi hasilnya tak macam yang diharapkan.
Sekarang, bila dah bekerja barulah Siti tahu nilai duit yang sebenarnya. Bila kita sendiri dah nampak duit hasil penat lelah bekerja tu, terus rasa sayang je nak guna. Nak beli produk ape-ape pun dah mula berkira-kira sebab taknak berlaku pembaziran. Pada Siti, ape yang penting ialah kita kenal jenis kulit kita. Lepas tu, barulah decide produk ape yang kita nak guna. Kalau tak, mahal mane pun roduk tu, tetap tak akan dapat mengubah apa-apa, sebab, tak ade keserasian. Lastly, belilah mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan.
4 comments:
cik bambam cantek kannnn~! =)
huahuahuahua... :P
ye.. cantekkkk...^^
saya cantek x..hehehheh....kak ct yg cntek!!!
Lya: Opkoslaaaa cantekkkkk~ ^^
Post a Comment