Alhamdulillah.. dah lepas satu perkara yang besar.. barulah boleh 'bernafas' dengan selesa..
Gara-gara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) datang buat lawatan kat sekolah, teruk kami guru-guru dan semua kakitangan bekerja habis-habisan.
Dapat makluman tentang lawatan ni hari Khamis lepas. Haritu jugaklah kami ni dipanggil oleh guru besar dan terus lantik jawatankuasa-jawatankuasa pelaksana.
Maklumlah.. pertama kali sekolah tempat SIti mengajar ni dilawati oleh KPM dan JPN, jadi memang gementar, seram sejuk, risau.. semua ada. Masa mesyuarat tu, selain daripada bertugas mengurus dan menghias kelas, Siti juga dipertanggungjawabkan untuk menghias perpustakaan.
Tapi, bukan itu saja keje Siti ye.. sebagai guru panitia Bahasa Melayu, Siti juga perlu mengemaskini fail-fail panitia BM dan PLBS. Huh.... memang betul-betul bekerja Siti kali ni....
Mula daripada hari Jumaat lagi kami semua dah sibuk menghias, meng'update', menyusun. hari Sabtu dan Ahad pun pergi sekolah jugak. Kemuncaknya, malam tadi Siti pegi sekolah lagi, buat susun atur yang terakhir untuk kelas dan balik rumah tepat jam 11:00 malam. Sebab tu la semalam Siti memang tak sempat nak online, apatah lagi nak update blog...
Dan pagi tadi, jam 6:30am Siti dah sampai sekolah, memang awal sangat.. sebab selalunya paling awal Siti sampai pun dalam jam 7:10am. Ingatkan SIti paling awal dah, tapi rupanya timbalan guru besar pun dah ade, dan yang paling SIti terkejut dan terharu, ade 2 orang murid Siti yang datang awal sebab nak menyapu dan lap tingkap kelas dorang. Bagusnyaaaa.... bangga jab guru kelasnya ni.. hehee....
Akhirnya, lebih kurang jam 9:00 wakil-wakil KPM dan JPN pun sampai. Proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan seperti biasa, so dalam hati ni memang sangat risau kalau tiba-tiba dorang masuk ke kelas dan observe Siti masa mengajar... Tapi alhamdulillah, mereka tak observe guru pun. Cuma pusing-pusing keliling kawasan sekolah dan periksa kelas, bilik guru, pejabat, kantin, perpustakaan dan fail-fail.
Ada jugaklah wakil JPN ni yang jumpe beberapa orang guru secara persendirian dan ditanya tentang hal-hal kebajikan sebagai pekerja, contohnya gaji, kursus-kursus dan macam-macam lagi. Mujurla Siti tak ditanya... heheee... memang seboleh-bolehnya nak mengelak pun... ^^
Dipendekkan cerita, lebih kurang jam 11:00am, tamatlah sesi lawatan wakil-wakil KPM dan JPN ni. Bila tengok kereta-kereta dorang keluar je dari kawasan sekolah, kitorang guru-guru yang kat dalam bilik guru ni terus rasa lega, dan masing-masing ketawa seronok. Yela, seronok sebab takde komen-komen negatif daripada pihak mereka, dan yang keduanya kami seronok sebab hasil susah payah kami ni berbaloi jugak.. Tak sia-sialah kami ni bertungkus-lumus siang malam. Hehehee.....
So, dah lepaslahhhh satu tekanan.... tapi.. hujung minggu ni ada satu lagi acara besar yang kami kene laksanakan... haishhhhh.... kene bekerja keras lagila nampaknye....
2 comments:
tahniah cikgu ct.. akhirnya pengorbanan balik sekolah lambat membuahkan hasil yg mmbanggakan :)
Thanks bunga.. ^^
Tp dia punya penat tu, sampai skrg tak hilang lagi.. huhuhuuu...
Post a Comment