Photobucket Photobucket

Saturday, March 26, 2011

Resepi sihat berasaskan oat

Hari ni, hari pertama Siti tak makan nasi langsung. Hehehee.... dah lama berhajat nak berhenti makan nasi ni.. tapi, ade je halangan dan dugaan.. mata ni pantang nampak makanan, bila nampak je, automatik perut jadi lapar.. adehhhh... memang tak kuat semangatla Siti ni kan?

Then, bila tengok ade sorang akak kat sekolah tu berjaya turunkan berat badan selepas 3 minggu tak makan nasi, dan digantikan dengan oat, Siti pun terus jadi bersemangat. Haishhh... tercabar tau sebab tengok akak tu dah slim... heheee.... Siti ni pulak, badan makin 'montel'.. baju pun banyak yang dah sendat...

Hari pertama ni memang rasa 'seksa' jugakla.. maklumlah.. tekak ni memang jenis yang hari-hari makan nasi.. tiba-tiba tukar dengan oat pulak.. dan sekarang ni memang dah rajin cari resepi-resepi sihat yang berasaskan oat kat internet. Yela, diet-diet jugak.. tapi janganlah sampai kekurangan zat penting dalam badan pulak kan? Yang penting, Siti diet ni sebab nak jaga kesihatan. Tambahan pula, family Siti ada sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. So, risiko lebih besar kalau Siti tak jaga pemakanan mulai sekarang. Umur pun bukannya makin muda...

So untuk makan malam Siti hari ni, Siti makan sup sayur + oat je. Sedap.... dan yang penting, mengenyangkan.

Bahan-bahan:
  • Sayur bayam
  • Tomato (dipotong 4)
  • Oat segera
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Ikan bilis @ ayam @ daging
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Lebih kurang 1 cawan air
  • secubit garam sebagai perasa
Cara masak:
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau, masukkan air dan tomato, biarkan mendidih. Gunakan api yang besar. Selepas mendidih, masukkan sayur bayam yang telah dicuci bersih dan kacau. Segera matikan api supaya daun bayam tidak terlebih masak dan masukkan oat segera. Kacau rata supaya oat tidak berketul. Masukkan secubit garam sebagai perasa. Sedia untuk dihidang.

Nota: nak tambah bahan-bahan lain pun boleh.. mesti lebih sedap rasanya.. ^^


8 comments:

Cik Bambam said...

oat dah masak leh ker kak? rasanya keupayaan utk menyerap kolestrol dah kurang..heheheheh..

tp tekak nie xleh terima oat lar.. nestum laju jek gatah!uhuk~

Siti Noraisyah said...

boleh je.. haha! akak bantai... ^^

~RizaL~ said...

gud tips.. =)

sakura said...

nak cuba la macam sedap je.. bgs utk diet ni hehe..:)

Chekgu Azrine said...

Blh aplikasikan nti..sya pun tingin nk diet tp xcuba2 lg..huhu

Adzrien Shoppe said...

nampak sedap ni.. tak terfikir pun oat buat sup.. selalu yg manis2 je. harus kak liza cuba ni.

TelingaBulat said...

oat blh buat sup erk?wahh apsal xtau ni..kene try la nanti ;)

Anonymous said...

Siap boleh wat tomyam lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...