Photobucket Photobucket

Thursday, March 17, 2011

Mari belajar bahasa Jawa

Entry sebelum ni SIti tulis tentang Tarian Zapin Johor, kali ni Siti nak tulis tentang bahasa Jawa pulak.
Kalau Siti pegi mana2 pun, bila Siti cakap je asal dari Johor, mesti orang akan tanye: "Orang jawa ke?"
Haaaaaa.... kenapa ye? Sebab, majoriti penduduk kat Johor ni adalah orang Jawa. Lagi-lagi kalau kat area Batu Pahat, Pontian. Memang susah nak jumpe orang yang bukan Jawa.

Siti sendiri, memang dilahirkan dalam keluarga Jawa. Arwah abah Siti keturunan Jawa dari Sumatera, Mak Siti pulak keturunan Jawa dari Pulau Bentan. Kiranya moyang-moyang Siti memang asal dari Tanah Jawa yang merantau ke Tanah Melayu.

Bahasa Jawa sebenarnya menjadi bahasa kedua Siti kat umah selepas bahasa Melayu. Siti bersyukur sangat sebab, dikalangan adik-beradik Siti la yang paling teror cakap Jawa. Kelebihannya ialah, bila ada perkara yang SIti nak cakap rahsia-rahsia dengan mak, Siti cakap jelah dalam bahasa Jawa, heheeeee...

Bahasa Jawa ni nak kata sama dengan bahasa Melayu, tak juga... sebab ada perkataan yang memang jauh beza dengan bahasa Melayu sama ada dari segi ejaan atau sebutan. Tapi, ade juga yang sama, cuma berbeza sebutan je.

Contoh bahasa Jawa:
Aku = aku
Kau = kue
Dia = De'e
Kakak = yu
Abang = kang
Makan = mangan
Minum = ngombe
Tidur = turu
Tidur berdengkur = ngorok

Siti bagi yang senang-senang dulu ea.. sekarang Siti nak bagi contoh perbualan pulak.

Kabare? 
(Apa khabar?)

Waras... Kue seko endi? 
(Kabar baik. Kau dari mana?)

Aku sekon gede, tuku gulo... gulo nang omah kabeh wes entek. 
(Aku dari kedai, beli gula. Gula kat umah semua dah habis)

Ooo.. yolah. Alon-alon yo. Aku arek lungo disek.
(Ooo.. yelah. Hati-hati ye. Aku pergi dulu)

Macam mane? Boleh tiru? Heheheheeee...
Takpe, lepas ni Siti bagi contoh ayat yang lain pulak ye...
Selamat belajar bahasa Jawa.. ^^



16 comments:

Anonymous said...

eneng dulor la nang kene.. hahaha

Siti Noraisyah said...

wahhh... ade jgk geng jawa.. mesti lagi teror ni.. hikhikhikk... ^^

AH7 said...

wahhhh.....taw ckp wes magan ngurong jer..hahaha...

Cik Bambam said...

tak pandai den dohhhh.. den ckp nogori buleh lar nak kobar.. tapi minang tak pulak den roti...ehheh

BUNGA said...

mantoppp cikgu.. bahasa jawa pun dia ajar jugakk.. hihi

ada mokhtar said...

i cuma tau perkataan keliwon je.. hehehe

zulkbo said...

salam..
wes mangan?
ermmm..
"ngompol"
tu apa erkk?

Syiera Bucuk said...

jom join "contest me & my kesayangan" anjuran syiera bucuk..cekidout okeyh =)

Siti Noraisyah said...

AH7: okla tu, tau jugak sikit2.. boleh dipertingkatkan lagi.. hehee..

Bambam: blajarlah bhs minang, pastu boleh ajar akak pulak..~

Bunga: ni dpt inspirasi drpd Bunga la ni.. hikhikhik..~

Ada: ni mesti byk tgk citer antu ni.. ^^

zulkbo: 'ngompol' tu maknanya kencing malam, hehee.. ade sape2 yg ngompol ke?

syiera: ok, thanks jemput. Nanti Siti join. dah lama gak tak join contest ni.. ^^

Alby said...

I'm very interested with this page..
Nak lebih pandai lagi cakap bahasa jawa? I dah add fb u :D .. Boleh lah bertukar information malay-java

trick2trick said...

lawono tulisan ko hahaha

Unknown said...

orok eneng tu apo? kawan saya selalu ckap gitu..

ligat31 said...

kencing mlm la...kue mlm-mlm ngompol tak?

Unknown said...

hai arek kenal2 keneng?

Aini Faizi Jaslan said...
This comment has been removed by the author.
Let us get lost story! said...

hahahah saya dari indonesia orang jawa asli, ternyata kau juga bisa bercakap jawa :), saya ajarkan ya :
koe : kamu
arep : nak
marang :ke
warung : kedai
kue : itu
bar :selepas
mengko : sebentar
cuil : sikit
bae : je
ora : tak
gelem : mau
ora ana : tak ada
ana : ada

bila nak belajar bahasa jawa dengan saya follow me on twitter @inovacollins / add my facebook : inova collins terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...