Photobucket Photobucket

Tuesday, November 17, 2009

Makan angin


Jom! Siti nak ajak naik kereta api ni ^^



Sabar menanti kereta api ^^



Ehhhh... nantiiii!! Siti x sempat naik lg!!



Uih.. penat Siti kejar, tp xnk berenti pun..huhu.. dudukla dulu, tgu ketapi lain plak ^^


MyEm0.Com
Paloh railway station


Pernah dengar tempat name Paloh kt Johor? Walau tak penah sampai pun, tp mesti sume penah dengar. Tambahan pulak name Paloh ni penah jd satu nama filem yang berciri
kan sejarah zaman perang. Hm, Siti pun baru berapa kali je jejak kaki kt sini.
Pada Siti, Paloh ni tempat yang nampak klasik sgt. masih penuh dgn ciri2 kampung. Yang pasti, Paloh ni dikelilingi oleh estate @ ladang2 kelapa sawit. Rasenye sepanjang jalan ke sini memang sentiasa dipenuhi dengan pemandangan pokok sawit.
Setakat yang Siti tahu, ade tiga laluan yang boleh digunakan untuk kesini. Pertamanya dari jalan Yong Peng, kalau ikut lebuhraya Utara-Selatan, boleh keluar kt susur Yong Peng (U) dan b'gerak kearah Segamat. Boleh juga kalau nak gunakan jalan dari Kluang, ade dua laluan kt sini. Tp yang paling senang dan selamat, dari arah jalan Niyor, Kluang. Lagipun Siti lebih dekat dgn Kluang.
Bile ade kesempatan singgah kt Paloh, Siti terus ambik peluang b'gambar kt stesen ketapi ni, hehe... mesti pelik je orang2 yang ade kat situ, ntah makhluk dr planet mane pulakla yang dok b'gambo kt sini... Sebenarnye kt tempat asal Siti xde stesen ketapi ni.. paling dekat pun kt Renggam. Kan seronok bile sekali sekala pegi jalan2 kt tempat mcm ni, rase mcm org dulu-dulu. T'bayang pulak betapa pentingnya ketapi pada mase tu... stesen sentiasa penuh, tiket pun sampai x cukup. Masyarakat sekarang dah makin bertuahkan? Kita dh ade mcm2 pilihan pengangkutan, sama ada yang awam atau persendirian. Apepun, Siti sendiri dh ade pengalaman dua kali naik ketapi ni. Mule2 dulu dr Kluang ke Gua Musang, kali kedua pulak dr Alor Star ke Kluang. Pengalaman yang sangat istimewa, hehe...
Harap-harapnye, Siti akan dapat peluang lagi melancong dengan ketapi. Dan mungkin, KTM boleh buat pakej istimewa, lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan.. nanti bolehla Siti ajak kawan2 sume, kite travel same2 ea, hehe...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...