Photobucket Photobucket
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Semoga cepat sihat ye..

 Semalam, lepas makan kat kenduri kawen, Siti dan yang lain2 pun terus je menuju ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk ziarah anak kakak Siti, Syahmi. Sian dia, masuk harini dah 6 hari Syahmi kat wad, demam berpanjangan, then jangkitan kuman kat dalam paru-paru.

Tapi Alhamdulillah, semalam masa Siti ziarah Syahmi, die dah semakin sihat dan dah boleh bergurau pun.. heee... Syahmi ni memang aktif dan periang orangnya. So, sakit-sakit pun masih mampu buat orang lain gelak dengan perangai die.. ^^
Tengok... dah boleh ketawa dah die.. hehe...

First time menjejakkan kaki ke Hospital Sultan ISmail ni, rasa kagum pula. Hospital baru, besar, selesa pulak tu.. Huuu.. bila masuk tu langsung tak rasa mcm masuk hospital. Sbb orang ramai, pastu ade kedai2 kat dalam tu. Dah macam masuk ke shopping complex pula.. hee.. 

Untuk Syahmi, harap die cepat sihat. Pastu bolehlah kite g camping mcm yang kita dah plan sebelum ni ea..^^

Wednesday, November 24, 2010

Syurga tu kan di telapak kaki ibu..

Siti: Mak... nak tengok tapak kaki mak jab.. (smbil cuit2 kaki mak)
Mak: Kenape??
Siti: Cikgu kate syurga tu kt tapak kaki ibu.. jadi Siti nak tengokla tapak kaki mak, sbb Siti nak tgk syurga..

Dialog tu dialog zaman Siti baru nak kenal huruf dulu, hehehe... Tu pun mak yg citer balik, kalau tak, Siti tak ingat pun. Betapa tingginya darjat seorang emak tu, smpaikan bau syurga pun kita tak dapat kalau kita menderhaka kpd ibu.

Tapi Siti sangat sedih, bila tengok ade sesetengah anak yg langsung tak cuba membahagiakan mak sendiri... Malah, sanggup menipu, mengherdik, memaki, mengabaikan mak... manelah letaknya rasa hormat dan rasa kasih kt mak kan? Takkan langsung tak teringat mcm mane mak layan anak2 mase kecil dulu.. mcm mane sakitnya mak melahirkan kita.. mak membesarkan kita... mak mendidik kita.... mak sanggup korbankan ape saje utk anak2... 

Siti ingat lagi, masa kecik dulu kalau makan lauk2 yg pedas. Mak sanggup jilatkan dulu makanan tu biar hilang rasa pedas, pastu baru suapkan kat mulut Siti. Dan Siti pun, asalkan ade je makanan atau lauk2 yg pedas, Siti akan cepat2 bagi kat mak: "Mak.. jilatkan... " Akhirnya, mak cume kenyang pedas je.. heeeee.... ^^ Kalau makanan atau air yg panas pula, mak akan tiupkan dulu, barulah suapkan kt mulut kitekan? Siti percaya, semua mak kat dunia ni akan buat mcm tu. 

Siti harap, biarlah semua anak2 yg ade kt dunia ni sygkan mak masing2 sama macam yg mak mereka syg mereka masa kecil dulu... Siti taknak lagi dengar ade anak2 yg menyakitkan hati mak... yg tinggalkan mak kt rumah orang tua.. yg tinggalkan mak dorg sorg2 kt kampung tanpa jagaan... Allah tu Maha Adil... Allah pasti akan balas setiap perbuatan kita sama ada di dunia ataupun di akhirat... Mungkin kalau kita derhaka kpd mak kita  sekrg, anak2 pun akan derhaka kpd kita... Kalau kita mengabaikan mak, mungkin anak2 kita nti pun akan mengabaikan kita juga... Hidup ni ibarat roda kan? Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah... 

Siti tulis ni pun sebagai peringatan kpd diri Siti sendiri juga... Supaya Siti akan sentisa ingat jasa dan pengorbanan mak... sbb Siti SAYANG SGT KT MAK... ^^

Semoga mak sentiasa sihat, bahagia dan dilindungi Allah s.w.t... Aminn...

Thursday, November 18, 2010

Sesi bergambar sempena raya haji

Tahun ni, sambut hari raya Aidiladha sederhana je.. lgpun, masing2 cuti cuma sehari. Siti je yg cuti terus sampai 22hb, heeee... ^^

Asalnya, tahun ni beraya berdua dgn mak je, sbb abang, kakak n adik x dapat balik kampung, cuti sekejab sgt... So cakap kt mak, "Kita xyah masak2la mak.. " Mak pun ok je..

Tiba2, abang yg kat Segamat tu dapat balik, sbb hari Selasa anak2 dh cuti. Hm.. tukar plan la jdnya... So, pagi2 ahad mak dh kejut sbb nak hantar ayam ke tempat sembelihan. Hari Isnin atau Selasa dh x sempat, lgpun Siti sekolah lagi dua hari tu. Jadi, hari ahad Siti pastikan bahan2 kering semua dah sedia.

Hari Selasa, sekolah setengah hari je. Balik, terus bawa mak pegi belanja bahan2 basah pulak. Menu wajib: Sambal goreng, ayam kampung masak kicap, kuah lodeh dan ketupat. Tapi, kalini x dapat pulak cari daun kelapa.. habis satu pekan Simpang Renggam Siti round pun x dapat jugak.. Akhirnya, beli ketupat segera Nona je..
 
Dah ready utk disembelih, heeee...


Pagi raya, sambung masak2 lagi. Pas solat, kami semua siap2 nak ambil gambar kenangan... Yela, bukan selalu dapat kumpul macam ni kan?

Ni family abg yg sulung, ade 4org anak, semua perempuan.. dan semuanya lebih tinggi drpd makciknya ni.. ishhhh... (kecuali yg bongsu tula, baru nak masuk 4thn )

Anak sedara yg sulung tu, baru tingkatan 4, yg no2 tingkatan 2, yg no3 darjah 5 ( ketinggian aku sama dgn budak drjh 5 je?? ish.... ) dan yg kecik sekali, baru umur 4 tahun... 

Berdiri tak sama tinggi, duduk pun x sama rendah.... huhuuu.....

Pagi raya xleh sedih2 tau, so kene ceria je... senyummmmmm.....

'Pose' tak berapa nak 'maut' kt depan pintu umah.. ^^

Sambil tunggu 'dayoh', heee... tau x maksud 'dayoh'?

'dayoh' tu maksudnya tetamu, dalam bahasa jawa.. ^^

'dayoh ea orak teko2.. mangan dewe wae la......'
Maksud: Tetamu tak datang2, makan sendiri jela... ^^

Thursday, November 11, 2010

Single but not Available..

Tarikh: 8 Ogos 2010
Hari: Ahad
Tempat: Simpang Renggam


Sebenarnya, dah lapuk dah cerita ni.. tp Siti baru nak share kt blog ni harini.. hehee.. kalau sesape yang pernah singgah baca kt blogshop Ct's Collections, mesti perasan yg entri ni dah ade kt sane kan? Untuk blog yg ni, Siti karang ayat lain sikit, supaya tak rasa mcm pernah baca jee.. hehee....
 
Kesian.. terpaksa duduk kt luar je..
8 Ogos yg lepas, tarikh Siti bertunang dengan jejaka pilihan hati Siti.. (skemanye ayattt...:p ). Sebelum tu, wakil pihak lelaki datang merisik pada 12 Julai 2010. Dan selepas berbincang, terpilihla tarikh istimewa ni.. Ape yg istimewa?? Sebenarnya xde ape2 pun.. Juz kebetulan tarikh ni je yg Siti free, xde program sekolah, dan adik-beradik serta ahli keluarga yg lain pun dapat datang. 

 Bukan senang nak bertunang ni kan? Lebih-lebih sebab Siti terpaksa buat semuanya sorang.. Beli barang hantaran, gubah hantaran, siti buat sendiri je.. 

Keluarga pihak lelaki
Kenapala xnak tempah atau upah org yg lebih arif je ek?? Ntahla... kononnya, adelah bakat nak menggubah, tapi bila dah mula nak buat, terkial-kial je...hihihiii... Takpela, pengalaman ni bolehla dijadikan pengajaran kat orang lain.. next time, kalau nak gubah hantaran, pastikan anda ada kemahiran asas, idea, lakaran, budget dan yang paling penting adalah MASA! Kalau majlis bertunang tu dekat, baik tempah jela... cuma sediakan 'RM' jela k...
dgn mak, adik n anak2 sedara..

Itulah yang berlaku kat Siti, dalam masa hanya berapa minggu, Siti terpaksa bertungkus-lumus siapkan hantaran. Hasilnya, tengokla ye.. x seperti yg Siti bayangkan.. Malu je.. sebab, hantaran dari pihak lelaki lebih 'ngetop'! Huhuuu.... Dipendekkan cerita, pihak lelaki bagi 7 dulang (tema warna putih) dan Siti balas dengan 9 dulang (tema warna ungu).

Tgh dgr perbincangan

Untuk solekan masa majlis tu, Siti sangat bertuah sebab bakal adik ipar Siti , Nur sudi tolong solekkan.. Kalau nak harapkan Siti solek sendiri, tah jadi apela... setakat bersolek nak g dating tu okla lagi. Veil yang Siti pakai pun, Nur yang pinjamkan.. hehe.. Sebenarnya, Siti nak buat majlis yang sangat simple je.. Jadi, xdela terfikir nak pakai veil atau bersolek lawa2 sangat..

Malu-malu plak...


Sebelum majlis, Siti dah pastikan dulu dengan bakal tunang berapa ramai wakil yang akan datang. Masa berbincang tu, dia kata mungkin dalam 3buah kereta je. So, Siti anggarkan ada dalam 15 orang. Tapi, nak dijadikan cerita, yang datang bukan 3 buah kereta, tapi 10 buah!!! Kecoh jugakla orang kt dapur sebab tak sangka yang datang ramai mcm tu... (orang kt dapur dh budget masak utk sekitar 30orang je.. sbb sedara mara pun ramai yg dtg). Siti pun tak boleh nak kata ape dah.. orang dtg sbb nak meraikan majlis Siti kan?
 Kat ruang tamu, berlakulah urusan/proses perbincangan antara wakil pihak lelaki dan pihak perempuan. Pihak Siti diwakilkan oleh Pak Long dan abg Siti yang sulung, manakala pihak lelaki pula diwakilkan oleh ahli keluarga terdekat. Apa yang mereka bincangkan, Siti pun xtau.. sbb sepanjang proses tu Siti duduk kat bilik je.. dahla sorang2 pulak tu.. huhuu... Selesai perbincangan, barulah cincin pertunangan disarungkan kat jari manis Siti...

Nasib baik muat.. hikhikhik..
Alhamdulillah, selepas jamuan makan sikit, semua pun dah selesai... Siti bersyukur sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar.. Walaupun ade sedikit kekecohan kat dapur ( nasi tak masak2 walaupun dah berjam-jam dimasak.. ) Tapi semuanya dapat diatasi dengan baik...

Walaupun majlis Siti simple je, tapi tetap nampak meriah dengan kehadiran saudara-mara, ahli keluarga dan jiran-jiran.. Terima kasih sgt sebab semua dah bertungkus-lumus utk pastikan majlis siti berjalan lancar... Terharu.... sobsobsob... "Barangsiapa yang mempermudahkan urusan orang lain di dunia, Allah akan permudahkan urusannya di dunia dan di akhirat..." InsyaAllah...

Siti gubah sendiri ni tau..
Pengapit cilik..!!
Pengacau masa bersolek ni..
My ring..
Nur as my makeup artist
Lirikan bulu mata palsu yg berat, haha!
Habis sudah...







Tuesday, November 9, 2010

Love them so much..!

Finally.. selepas hampir setahun tak jumpa, abg and his family balik juga... happy sangat, lebih2 lagi mak la, sbb dah terlalu rindu agaknya.. yela, sejak abg pindah kerana kerja di Kota Kinabalu, Sabah, memang susah sangat nak jumpa.. raya baru-baru ni pun abg tak balik beraya sbb dapat cuti 3 hari je..

Aku pun hampir menitis gak air mata ni bila mula nampak abang sampai.. huhuu.. yang lain2 semua dah ke depan, menyambut abg, tapi aku stay kat dapur sorang2, sbb aku xnak orang nampak air mata aku mengalir.. lepas semua dah ok, dah xde suasana sayu kt depan, barula aku menunjukkan diri, hehe...

Rasa macam perjumpaan raya pulak.. sbb semua balik berkumpul kt umah.. abg sulung yang kt Segamat pun balik. Cuma adik yg keje kt KL je tak dapat balik sbb keje.. huhu.. kalau tak, memang dh jadi mcm "Family Day" dah..

Sangat seronok bila dapat berkumpul ramai2 mcm ni kan? mcm2 gelagat dan cerita yang ada. paling seronok bila tengok anak2 sedara semua bermain dengan sepupu2 dorg.. wahhh.. teringat plak zaman nakal2 dulu, pantang jumpe sepupu2..

Geng budak nakal.. ^^



Bila dah ramai, makanan pun banyakla.. dari pagi dh masak mcm2 menu.. utk sarapan, mee goreng 2kg.. licinnnn... utk lunch mak 'korbankan' ayam 3 ekor.. masak sup and 'ungkep' + bayam goreng.. petang plak bakar otak2 n pisang goreng.. air kopi, teh o.. semua ada.. time ramai2 mcm ni, makan ape pun habis je... hahaha!



seb baikla lori bapak ko.. haha!


Main atas lori je sbb nk elakkan dorg ni main kt jalan.. haha!
Dan disebabkan raya lepas abang tak balik, so kitorang pun berpakatla pakai baju raya, dan amik gambar family,ala-ala raya la pulak.. kebetulan, tengah Deeepavali, so mak kate, ni gambar raya sempena Deepavali.. hahaha! tak sesuaiii..... mujurla ade my Mr. Fiancee.. hihihii... die la yg jadi 'Photographer' tak rasmi..

Mr. Fiancee a.k.a Mr. Photographer

With Aini..
Suka betul Aini dgn 'tiger' belaan mak ni.. siap posing lg.. hihihii..

Jab je dhnk berpisah semula...

Kat airport Senai, nak terbang ke KL..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...