Photobucket Photobucket

Thursday, March 31, 2011

Sungai Sedim Water Rafting


 Siti yang pakai helmet kaler hitam tu.. ^^
Percaya tak yg dalam ketiga-tiga gambar di atas ada SITI.. ^^
Percaya laaaa.... Siti tak tipu k.. memang Siti ada kat dalam gambar tu. Cuma tak nampak sangat + time tu masih kurus melidi lagi.. hikhikhik....

Siti join aktiviti Sungai Sedim water rafting ni pada tahun 2006 anjuran Persatuan Mahasiswa Ekonomi (ECOSA) UUM. Masa tu Siti sem 7. Best sangat! Rasanya itulah kenangan aktiviti luar paling best sepanjang Siti jadi siswi kat UUM.

Honestly.. itulah aktiviti luar 1st and last bagi Siti. Sebab, Siti memang sangat takut nak join aktiviti-aktiviti camping, masuk hutan dan yang sewaktu dengannya. Haha! Kenapa ye?? Rugi betul kan??

Bila Siti fikir dan kenang balik semua tu, memang Siti rasa sangta rugi. Tak habis-habis Siti menyalahkan diri sebab Siti selalu mengelak untuk sertai aktiviti macam tu. Entahla.. rasa mcm tak larat je nak panjat-panjat gunung, bukit, nak kene bermalam dalam hutan yang takde kemudahan... ditambah pulak dengan 'kegelian' terhadap pacat-pacat, ulat bulu, ulat beluncas atau ape2 je haiwan yang licin... hishhhh... tak sanggup!

Tapi, bila Siti join camping kat Sungai Sedim tu, rupanya Siti bukanlah 'penggeli' seperti yang Siti bayangkan. Dan, hutan tu taklah seteruk dan sesusah yang Siti bayangkan! Rupanya.. tanggapan Siti je yang salah...

Tak kenal maka tak cinta

Memang sesuailah pepatah melayu tu dengan Siti...

Bila dah bekerja ni, jangan haraplah nak merasai peluang mcm tu lagi... dapat berkumpul dengan kawan-kawan, para pensyarah, makan apa je yang ada, takde fikir masalah, semua orang happy dan huha-huha je.. Indahnye kenangan tu.....

Walau ada peluang kedua untuk melakukan aktiviti yang serupa selepas ini, tetap takkan sama dengan yang Siti lalui bersama kawan-kawan masa belajar dulu.....


Tuesday, March 29, 2011

Entry jiwa kacau...

Sejak akhir-akhir ni.. semua rasa serba tak kene... mood keje pun dah merudum.. mood blogging pun dah makin berkurang.. kenapa ye? Ishhhhh.... masalah jiwa kacau betul la.....

Mungkin sebab dah terlalu lama tak berlibur dengan kawan-kawan kot... that's why kawan tu sangat penting... sebab, rasa seronok bersama dengan kawan-kawan ni tak sama tau.. walau cuma bersembang hal-hal biasa, atau sekadar duduk minum-minum kat warung mamak pun dah ok sangat dah.. rasa hilang semua 'beban' yang bersarang kat kepala ni...

Sebab, dengan kawanlah kita akan jadi diri sendiri.. dan hanya kawan je la yang akan bagi pendapat setulus hati.. even kawan cakap benda yang 'pedas' pun, kita tak akan kecik ati.. berbeza kalau partner kita yang tegur something yang tak betul pada mata dia, mesti kita akan ada rasa sikit 'pedih' dalam hati kan?

Huhuhuuu... rindunye nak berfoya-foya dgn bff Siti... jalan-jalan, shopping, gosip-gosip... 

rindunyeee....


Resepi Mee Sizzling

Semalam jalan-jalan kat pekan, ternampak pulak cendawan shitake kering. Tak pernah lagi masak guna cendawan ni, so terfikirlah nak cuba masak kat rumah. Kebetulan, mee sanggul cintan ada lagi, maka inilah hasilnya....
Resepi Mee Sizzling
Bahan-bahan:
  • Mee sangul Cintan
  • isi ayam
  • Cendawan Shitake
  • bawang putih
  • halia
  • bawang besar
  • sos tiram
  • kicap
  • lada hitam dan lada sulah
  • lobak merah
  • tomato
  • batang saderi
  • daun bawang
  • tepung jagung dan air
  • minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rendam cendawan shitake kering yang sudah dibasuh ke dalam semangkuk air bersih sehingga lembut dan kembang. Rendam juga mee sanggul Cintan sehingga lembut.
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau, masukkan isi ayam, lobak merah dan sedikit air. Biarkan ayam masak. Kemudian, masukkan lada hitam, lada sulah, cendawan shitake, sos tiram dan kicap.
Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur-sayuran yang lain dan mee sanggul tadi. Bancuhkan sesudu kecil tepung jagung bersama air, siramkan ke dalam mee dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat dan hidangkan ke dalam pinggan, taburkan daun bawang sebagai hiasan.


Monday, March 28, 2011

Main masak-masak - day 3 diet

Sejak stop makan nasi ni, Siti makan oat je utk isi perut. Tapi, makan oat je hari2 pun bosan jugakkan? So, Siti ubahla sikit selera tu, masak mee pulak.. ^^

Tapi oat, Siti tetap ambil sebagai sarapan pagi.

Ni Siti nak share pulak resepi mee sanggul sup sayur.
Bahan-bahan:
  • Mee sanggul Cintan
  • Daging ayam
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada sulah
  • Buah pala
  • Rempah bunjut sup tulang
  • lobak merah
  • kentang
  • brokoli
  • batang saderi
  • daun sup dan daun bawang
  • bawang goreng
Cara memasak:
Mee sanggul tu rendamkan dalam air mentah sampai lembut, didihkan air dan celur mee sekejab, angkat dan toskan.
Isi air dalam periuk, masukkan daging ayam dan rempah bunjut sup tulang. Hidupkan api. Tumbuk halia, bawang putih, buah pala dan lada sulah, kemudian masukkan dalam periuk tadi. Biarkan mendidih.
Selepas air mendidih, masukkan kentang dan lobak merah. 
Bila kentang dan lobak dah empuk, masukkan batang saderi, brokoli, daun sup dan daun bawang. Matikan api. Hidangkan dan tabur bawang goreng sebagai hiasan.



Saturday, March 26, 2011

Tiap-tiap malam Siti join 'Earth Hour'

Saat Siti menaip entry baru ni, acara 'Earth Hour' sedang berjalan. Bila tengok status kawan-kawan kat FB, ramai jugak yg support event ni. Bagusla tu.. kalau bukan kita yg laksanakan, sape lagi kan?
Tapi, secara jujurnya sekarang ni Siti tak matikan lampu pun.. haha! 

Bukan tak nak support ye.. tapi mak Siti nak tengok Majalah Tiga.. so, jangan gatal-gatal tangan nak matikan lampu atau ape2 peralatan elektrik terutamanya TV pada masa ini ye, kalau tak... tadah jela telinga tu dengan bebelan si ibu.. haha!

Tapi, kalau nak tahu, setiap malam memang Siti amalkan 'Earth Hour' ni. Bukan sekali setahun je tau. Sebabnya, waktu tido, memang lampu-lampu kat umah akan dipadamkan terus, Takde satu pun yang menyala. Ada sesetengah orang maybe akan pasang satu lampu kecik kan, tapi kat umah Siti, memang gelap gelita. Dah jadi habit kot, takleh tido kalau ada cahaya lampu. Lagipun, nak suluh ape? Semua dah tido dah...

Ingat lagi masa kat hostel universiti dulu, dapat rumet jenis yang tido nak berlampu.. adehhh.. terpaksalah tutup muka ni dengan bantal. But, mujur jugaklah rumet tu boleh bertolak ansur, so dia on lampu kecik je dekat dengan katil dia.

Satu lagi, kalau ade yang join 'Earth Hour' tu.. elakkanlah daripada bakar lilin ye.. yela, lilin tu apabila dibakar akan berasap, dan asap tu mengandungi gas-gas yang boleh memudaratkan.. so bayangkanlah kalau semua yang matikan lampu elektrik skrg ni, dia bakar lilin pulak... lagi banyak kesan buruk kepada bumi nanti... ibarat kita buat pembakaran terbuka beramai-ramaila kan..

Jom kita support 'Earth Hour' tiap-tiap malam waktu tido!


Resepi sihat berasaskan oat

Hari ni, hari pertama Siti tak makan nasi langsung. Hehehee.... dah lama berhajat nak berhenti makan nasi ni.. tapi, ade je halangan dan dugaan.. mata ni pantang nampak makanan, bila nampak je, automatik perut jadi lapar.. adehhhh... memang tak kuat semangatla Siti ni kan?

Then, bila tengok ade sorang akak kat sekolah tu berjaya turunkan berat badan selepas 3 minggu tak makan nasi, dan digantikan dengan oat, Siti pun terus jadi bersemangat. Haishhh... tercabar tau sebab tengok akak tu dah slim... heheee.... Siti ni pulak, badan makin 'montel'.. baju pun banyak yang dah sendat...

Hari pertama ni memang rasa 'seksa' jugakla.. maklumlah.. tekak ni memang jenis yang hari-hari makan nasi.. tiba-tiba tukar dengan oat pulak.. dan sekarang ni memang dah rajin cari resepi-resepi sihat yang berasaskan oat kat internet. Yela, diet-diet jugak.. tapi janganlah sampai kekurangan zat penting dalam badan pulak kan? Yang penting, Siti diet ni sebab nak jaga kesihatan. Tambahan pula, family Siti ada sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. So, risiko lebih besar kalau Siti tak jaga pemakanan mulai sekarang. Umur pun bukannya makin muda...

So untuk makan malam Siti hari ni, Siti makan sup sayur + oat je. Sedap.... dan yang penting, mengenyangkan.

Bahan-bahan:
  • Sayur bayam
  • Tomato (dipotong 4)
  • Oat segera
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Ikan bilis @ ayam @ daging
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Lebih kurang 1 cawan air
  • secubit garam sebagai perasa
Cara masak:
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau, masukkan air dan tomato, biarkan mendidih. Gunakan api yang besar. Selepas mendidih, masukkan sayur bayam yang telah dicuci bersih dan kacau. Segera matikan api supaya daun bayam tidak terlebih masak dan masukkan oat segera. Kacau rata supaya oat tidak berketul. Masukkan secubit garam sebagai perasa. Sedia untuk dihidang.

Nota: nak tambah bahan-bahan lain pun boleh.. mesti lebih sedap rasanya.. ^^


Thursday, March 24, 2011

Internet lembab. mood blogging pun kurang...

Line internet akhir-akhir ni memang mengecewakan... Tak tahulah.. ade yang kaitkan dengan gempa bumi, tsunami.. hm.. mungkin jugakla... Bila internet slow, secara tak langsung mood nak blogging pun jadi slow jugak.. ape tak nye... nak loading pun amik masa.. kadang-kadang bila nak taip new post, tiba-tiba tak boleh nak post pulak... adehhhh... lagilah hangin....

Bila dah fade-up sangat, Siti terus shut down je laptop ni.. Maybe disebabkan mood keje pun tak bape ok skrg ni, jadi semua benda pun jadi tak ok..

*pendek je entry malam ni.. kan?



Tuesday, March 22, 2011

Patut atau tak patut marah?

Assalamualaikum readers.. ^^

Semalam, tak sempat nak update pun.. ape la kan.. baru hari pertama mula sekolah sejak cuti seminggu. Hari ni.. ingatkan nak mulakan la hari dengan penuh semangat, sebab semalam dah 'Monday Blues' kan.. Tapi berlaku sesuatu yang buat Siti terus moody.. huh!

Ade ke patut, fius dalam soket wire extention hak milik Siti kene curi!! Macam tak masuk akal je kan??
Yup, Siti pun rasa pelik+heran sangat... sape la yang rajin tangan ambik wire extention yang Siti letak kat bawah meja Siti, pastu curik pulak fius kat dalamnya tu. Patutla masa Siti nak guna pagi tadi, untuk sambungkan wayar laptop dengan suis, wire extention Siti tu tak berfungsi. Padahal, hari sebelum-sebelumnya ok je.. 
Patutlah tak berfungsi.. dah 'rompong' dah...
Sebenarnya, wire Siti tu memang dah hilang sebelum cuti sekolah yang lepas. Dah kecoh-kecoh jugak masa tu sebab Siti memang tak suka sesiapa yang alih atau ambil barang Siti tanpa izin. Then, wire extention tu Siti jumpe balik kat dalam stor.. ntah sape ntah yang amik.. takde sape pun yang nak mengaku... Bila dah jumpe, Siti simpan jela kat dalam loker Siti sebab masa tu takde sibuk2 nak guna laptop.

Then, bila nak guna pagi tadi tu la baru tahu yang fiusnya dah diambil... boleh macam tu ek??
Hishhh... geramnye... geramnyeee..... tapi sabar je la kan.. nak marah-marah pun.. Siti tak tahu sape yang salah....



Sunday, March 20, 2011

Resepi Ketam Kukus

 Nak share resepi Ketam Kukus yang Siti masak untuk lunch tadi.
Sangat sedap dan menu yang sangat sesuai untuk yang sedang diet.. ^^

Jom kita tengok ape bahan-bahannya:

 
Mestilah kena ada ketam, kalau takde ketam.. tak jadi resepi 'Ketam Kukus' la kan.. hehehee... kalau boleh cari ketam bunga@ketam biru macam kat dalam gambar ni. Beli yang fresh ye.. Dapat tangkap sendiri kat laut lagi bagus.. hehehee... ^^

 Seterusnya ialah bahan penyedapnya:
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili padi
- Asam keping
- Serai (diketuk)
- Garam
- Daun bawang (hiasan)

Hiris semua bawang dan halia, serai pula diketuk hingga pecah, then masukkan je semua bahan-bahan tadi (kecuali daun bawang) dan ketam ke dalam loyang atau bekas yang tahan panas. Jangan lupa taburkan garam secukup rasa.

Yang ni dah ready untuk dikukus..^^

Didihkan dulu air, kemudian baru masukkan loyang yang ada ketam tadi tu. Kukus lebih kurang 15-20 minit.

dan hasilnya...
v
v
v
v
v
v
v

Taraaaa.......!!

Siap sedia untuk diratah... nyum.. nyum.. ^^

Banyaknye musim kat Malaysia ni...

Kalau kat negara beriklim sederhana panas, kita akan jumpa dengan 4 musim dalam setahun, iaitu musim panas (summer), musim luruh (autumn), musim salji (winter) dan musim bunga (spring).

Tapi kat Malaysia yang beriklim Khatulistiwa ni pun ada musim-musim gak.. dan musim kt negara kita ni pun lebih banyak berbanding musim yang ada kat negara beriklim sederhana sejuk tu. Nak tahu apa musim-musimnya?

Musim buah (termasuklah musim durian, musim rambutan, musim manggis dsb)
 
Musim pilihan raya
 
Musim YES (year end sales)
 
Musim banjir @ tengkujuh
 
Musim kemarau
(Alhamdulillah sbb di Malaysia tak pernah sampai ke tahap mcm dlm gambar ni..)
 
Musim cuti sekolah
 
Musim kahwin

Musim cuti sekolah dan musim kahwin tu biasanya memang seiring dan sejalan. Macam kita tengok sekarangla kan, asal cuti sekolah je ada majlis kawen, asal ada majlis kawen je time cuti sekolah. Hahaha! Siti tak buat cerita ok.....

Sebab tu la, bila Siti tengok maklumat murid-murid kat sekolah tu, kebanyakannya lahir dalam sekitar bulan Feb-April dan Ogos-Oktober. Tapi, apa kaitannya?? Eh, memang ada kaitan.. sebab kalau kita kira 9 bulan ke belakang dari bulan2 yang Siti nyatakan tadi tu, ia akan membawa kepada bulan Mei-Jun dan Nov-Dis. Kan bulan2 tu musim cuti sekolah=musim majlis kahwin.. betul tak? Hahaha! Andaian Siti je.. tapi ada kebenarannya, kan?

 Okla, ni memang entry saje-saje je.. heeee.. sebenarnya lepas ni Siti nak pegi majlis kawen kat Air Hitam. Esok dah start sekolah dah.. cuti sekolah dah habis..... (kalau boleh nak tambah cuti lagi...huhuuuu). 

Lepas naik sekolah ni, akan sepilah daripada majlis-majlis kawen.. yela.. masing-masing akan fokus kepada kerja pulak. Tapi takpe.. bulan 5 dan 6 nanti, kita akan jumpa lagi dengan musim majlis kawen. Kumpul jelah duit daripada sekarang ye.. ^^


Saturday, March 19, 2011

Hidayah milik Allah...

Firman Allah dalam Surah al-An'am ayat 125 yang bermaksud:
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempinya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Mudah-mudahan kita sentiasa tergolong dalam orang yang menerima hidayah daripada Allah. Amin...

Apa yang dimaksudkan dengan hidayah?

Hidayah ialah petunjuk yang dikurnikana oleh Allah kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan yang sejati dan abadi di dunia dan di akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kepda sesiapa yang dikehendaki, tetapi kita hendaklah berusaha untuk mendapatkannya dengan syarat ia benar-benar beriman.

Demikianlah tazkirah tengah hari ini.. heheee....

Sebenarnya Siti nak ulas sikit tentang penghijrahan pelakon Irma Hasmie tu. Siti tahu, dah ramai blogger yang tulis pasal ni, tapi Siti tetap nak ulas sebab Siti sangat kagum dengan penghijrahan beliau. 
Tak ramai artis yang sanggup berubah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kariernya tengah meningkat naik dan masih muda pulak tu. Tapi alhamdulilah.. sebab Irma sanggup membelakangkan semua kegemilangan dunia tu demi mendapatkan keredhaan Allah.

Kalau kita tengok senario sekarang ni, orang cuma nak berubah bila umur dah masuk 50an, rambut dah beruban, kulit dah berkedut, badan pun dah lenguh-lenguh. Masa muda bertenaga, nak nikmati hidup ni puas-puas katanya... Hidayah tu memang milik Allah, tapi kita sebagai manusia ni juga diberi hak untuk berusaha. Kalau kita sendiri tak usaha nak dapatkan hidayah Allah, jangan haraplah yang hidayah tu akan datang dengan sendirinya...

Cuma Siti harap, penghijrahan Irma ni akan kekal selama-lamanya. Jangan pulak balik dari umrah atau haji je bertudung.. pastu tudung tu makin ke belakang.. ke belakang dan ke belakang mengikut peredaran masa.. dan akhirnya 'tertanggal' semula...
Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk beliau...


Kita ni pun, entah dah laksanakan ke tugas kita sebagai hamba-Nya?



Friday, March 18, 2011

Suka vs Duka

Pesan orang tua:
"Jangan suka sangat, nanti dapat duka"
Maksudnya, kalau ada perkara yang menggembirakan hati kita, janganlah sampai over acting.. berpada-padalah.. lebih afdhal kalau kita ucapkan "Syukur Alhamdulillah..."

Kenapa? 

Sebab, secara logiknya manusia ni mudah lupa bila dia tengah happy sangat. Mungkin masa gelak kuat-kuat, bertepuk-tampar sampai tertolak member kat sebelah.. atau terlompat-lompat sebab terlalu happy sampai jatuh tergolek.. haaaa.... tak mustahil kan?

 Ok, itu hanya mukadimahnya ye pembaca sekalian..
Sebenarnya Siti nak kongsi tentang apa yang berlaku semalam. 
Semalam, memang Siti sangat happy sebab 1st time menjejakkan kaki ke Singapura. Tapi takdelah sampai terkinja-kinja atau terlompat-lompat... perasaan gembira tu cuma dalam hati je pun. 
But then, bila Siti balik rumah.. belum sempat nak share kegembiraan dengan mak dan adik, tiba-tiba adik bagitau:
"Tu.. Abu tengah nazak nak mati kat luar..."
 Abu tu adalah nama salah sekor kucing yang ada kat umah ni. Kecik lagi.. umur baru around 4bulan.. Pagi sebelum Siti ke Singapore tu memang nampak yang dia dah tak sihat.. dia muntah-muntah.. pastu bagi friskies pun dia tak nak makan.. dia tido je.. Ingatkan Abu demam biasa je.. So, Siti just usap-usap dan belek-belek badan dia, mana tahu kalau ade kecederaan yang buat dia jadi tak sihat mcm tu... Tapi, takde ape-ape yang luar biasa pun.. Then, Siti pun terus keluar.

Bila adik Siti cakap yang dia tengah nazak, memang terkejut sangat! Siti pun cepat-cepat keluar tengok keadaan dia. Dan, memang Abu tengah nazak... dia terbaring, mata dia tertutup rapat, tapi still bernafas.. cuma dah lemah sangat... Siti pun usap-usap dan bercakap-cakap dengan dia (ye, Siti tahu Abu hanyalah seekor kucing...). No respon. So, Siti fahamlah yang 'Masa' dia memang dah sampai... Huuuuu... sedih sangat... 

Pagi ni, bila Siti check, dia dah tak bernyawa pun... Hm.. Memang dah ajal dia. Padahal sehari sebelum tu dia sihat dan aktif macam biasa. Apa pun, Siti bersyukur sebab Abu sakit sekejab je.. so, dia taklah menderita kan? Walaupun Abu hanyalah salah seekor kucing daripada 18ekor kucing yang ada ni.. tapi Siti tetap sedih dengan kehilangan Abu...


Jalan-jalan kat Singapore

My first trip to Singapore.. ^^
Excited sebab first time kan.. mujurlah en. Tunang ada interview ni.. kalau tak.. entah bila nak masuk sini...

 Siap sedia dengan passport sebelum masuk kastam Singapore.. ^^

 Dah tengahari pun still ramai.. Jem jugakla kiranya ni.. tp en.Tunang kata, kalau waktu masuk keje area kul 7am~8am, lagi teruk jem nye...

Inilah tempat interviewnya, hotel baru sebelah 'Teluk Blangah House' tu..
Masih byk lagi kesosongan, sesapa yang nak apply, bolehla try.. ^^

 Lepas interview, sesi jalan-jalan kat Vivocity. Berdepan je dgn tmpat interview tadi tu.. ^^

 Cuci mata jela.. sebab bawak dolar sikit je.. huhuhuu....~
(Takpe.. tunggulah en. Tunang dah keje kt sini nanti.. Siti paw dia habis-habisan.. ehheeee.. )

 Berdepan dgn Vivocity ni pulak ialah Pulau Sentosa. Tempat beriadah tu... banyak game kat sana. Ala-ala mcm Genting Highland la.. Tp tak pegi pun....
 Kat belakang Siti tu ada kabel car, menuju ke Pulau Sentosa.

 Muka penat + lapor... huhuhuuu... bila nak makan ntah... 

 Sila sengetkan kepala anda untuk menikmati gambar ni ye.. hahah!
En. Tunang suka amik gambar senget-senget.. seni katanya.. yolahhhhh~

 Heii! Tak faham-faham lagi ke I dah lapar youuu... bila nak g makan ni....

 He promised me that next time, he will sponsor a trip to Sentosa Island.. heeee.... tak sabar rasanya..^^
 Walau jauh di negara orang (jauh ke? hahahah~jauhla tu.. oversea kan....), tak terasa sangat, sebab ada Masjid Sultan Johor kat sini.. ^^

Waktu balik dah.. kene keluar cepat before 5pm.. sebab masa ni kastam akan jem giler-giler dengan pekerja Malaysia yang on their way balik rumah.... 

babai Singapore... ^^


Thursday, March 17, 2011

Mari belajar bahasa Jawa

Entry sebelum ni SIti tulis tentang Tarian Zapin Johor, kali ni Siti nak tulis tentang bahasa Jawa pulak.
Kalau Siti pegi mana2 pun, bila Siti cakap je asal dari Johor, mesti orang akan tanye: "Orang jawa ke?"
Haaaaaa.... kenapa ye? Sebab, majoriti penduduk kat Johor ni adalah orang Jawa. Lagi-lagi kalau kat area Batu Pahat, Pontian. Memang susah nak jumpe orang yang bukan Jawa.

Siti sendiri, memang dilahirkan dalam keluarga Jawa. Arwah abah Siti keturunan Jawa dari Sumatera, Mak Siti pulak keturunan Jawa dari Pulau Bentan. Kiranya moyang-moyang Siti memang asal dari Tanah Jawa yang merantau ke Tanah Melayu.

Bahasa Jawa sebenarnya menjadi bahasa kedua Siti kat umah selepas bahasa Melayu. Siti bersyukur sangat sebab, dikalangan adik-beradik Siti la yang paling teror cakap Jawa. Kelebihannya ialah, bila ada perkara yang SIti nak cakap rahsia-rahsia dengan mak, Siti cakap jelah dalam bahasa Jawa, heheeeee...

Bahasa Jawa ni nak kata sama dengan bahasa Melayu, tak juga... sebab ada perkataan yang memang jauh beza dengan bahasa Melayu sama ada dari segi ejaan atau sebutan. Tapi, ade juga yang sama, cuma berbeza sebutan je.

Contoh bahasa Jawa:
Aku = aku
Kau = kue
Dia = De'e
Kakak = yu
Abang = kang
Makan = mangan
Minum = ngombe
Tidur = turu
Tidur berdengkur = ngorok

Siti bagi yang senang-senang dulu ea.. sekarang Siti nak bagi contoh perbualan pulak.

Kabare? 
(Apa khabar?)

Waras... Kue seko endi? 
(Kabar baik. Kau dari mana?)

Aku sekon gede, tuku gulo... gulo nang omah kabeh wes entek. 
(Aku dari kedai, beli gula. Gula kat umah semua dah habis)

Ooo.. yolah. Alon-alon yo. Aku arek lungo disek.
(Ooo.. yelah. Hati-hati ye. Aku pergi dulu)

Macam mane? Boleh tiru? Heheheheeee...
Takpe, lepas ni Siti bagi contoh ayat yang lain pulak ye...
Selamat belajar bahasa Jawa.. ^^



Wednesday, March 16, 2011

Orang Johor dan Zapin

Sebut je negeri Johor, tarian apa yang akan tergambar kat fikiran?
Mestilah Zapin dan Kuda Kepang, kan?
Pandaiiiii.... Siti tahu, readers Siti semua mmg pandai-pandai sangat, heheheee....

Kalau nak tahu (kalau taknak tahu pun kene tahu jugak!) Siti dulu pernah menjadi penari zapin. Ingat lagi, kali pertama belajar masa Siti baru tingkatan 2. Tempat belajar pula kat area Parit Hassan (Simpang Renggam). Nak kesana, Siti perlu naik bas Benut dengan tambang 70sen. Sanggup pergi setiap hari Sabtu dan Ahad sebab Siti emmang minat sangat menari. 

Yang mengajar pun, kakak-kakak penduduk situ juga. Mula-mula mmg kekok, sampaikan sakit2 dan melecet-lecet tapak kaki ni sebab tarian zapin mmg banyak gunakan pergerakan kaki. Tapi, bila Siti dah mula hafal setiap step, barulah rasa sangat seronok dan masa ni asal dengar je lagu ghazal, mesti terus rasa nak menari.. heheeee....

Ok, meh Siti nak share sikit info tentang Zapin ni, sekadar buat pengetahuan je la ye.. ^^

Tarian Zapin dipercayai berasal dari Tanah Arab iaitu Yaman. Dikatakan bahawa pedagang-pedagang drpd Yaman yang singgah ke Pelabuhan Johor pada masa itu sering menjadikan tarian ini sebagai hiburan sementara mereka berdagang di sini. Tarian Zapin Johor dikenali dalam 2 bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. 

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Daripada pengalaman Siti sendiri, gerakan zapin tidaklah terlalu sukar kerana ia lebih banyak menggunakan pergerakan kaki yang cepat. Setiap gerak tari atau bunga yang ada dalam zapin ada nama-nama yang unik untuk memudahkan penari mengingati setiap gerakan yang perlu dilakukan dalam tarian Zapin. Antara nama-nama gerak tari yang ada dalam tarian zapin ialah:
  • Titi batang
  • Ayam patah
  • Belanak kecil
  • Belanak besar
Pakaian penari zapin lelaki
Pakaian untuk penari-penari Zapin pula ialah baju Melayu Teluk Belanga yang lengkap dengan songkok, sampin (untuk lelaki) dan kain sarung atau songket untuk perempuan. Untuk penari perempuan, ada aksesori tambahan seperti bunga atau cucuk sanggul yang perlu dipakai mengikut taraf perkahwinan seseorang perempuan. Umpamanya, bunga atau cucuk sanggul perlu dipakai disebelah kiri bagi yang belum berkahwin, manakala untuk yang dah berkahwin pula, ia dipakai disebelah kanan. Selain itu, ada tambahan kain sarung atau kain batik yang perlu dipakai oleh penari perempuan. Tapi, kain ini akan dililitkan ditangan kiri selepas ia disarungkan.
Pakaian penari zapin wanita
Dlu, Siti memang serius dalam tarian zapin ni. Selalu juga buat persembahan di luar sekolah. Antara persembahan besar yang pernah Siti sertai ialah persembahan sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Kluang dan Perhimpuan Zapin di Stadium Tertutup, Johor Bahru. 

Tamat je persekolahan, Siti terus berhenti menari zapin. Sebab, kawan-kawan pun ramai yang dah sambung belajar ke tempat yang berbeza-beza, dan ada juga yang dah bekerja atau berkahwin. Jadi, group tarian Siti terus terkubur macam tu je.. 

Bila beralih ke alam Universiti, Siti masuk juga kumpulan tarian. Tapi masa ni group tarian Siti lebih kepada tarian Melayu kontemporari, dan dah tak mengkhususkan kepada tarian Zapin.

Sekarang ni, ada juga rasa rindu nak menari. Tapi, cuma menari sorang-sorang kat umah jela. Nak buat persembahan macam dulu-dulu, dah tak kot... Cuma, kalau ada yang nak tahu tentang zapin atau nak Siti tunjukkan pergerakan-pergerakannya, bolehla tunjuk sikit-sikit.. tu pun untuk perempuan jela ye.. ^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...