Photobucket Photobucket
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Mari belajar bahasa Jawa

Entry sebelum ni SIti tulis tentang Tarian Zapin Johor, kali ni Siti nak tulis tentang bahasa Jawa pulak.
Kalau Siti pegi mana2 pun, bila Siti cakap je asal dari Johor, mesti orang akan tanye: "Orang jawa ke?"
Haaaaaa.... kenapa ye? Sebab, majoriti penduduk kat Johor ni adalah orang Jawa. Lagi-lagi kalau kat area Batu Pahat, Pontian. Memang susah nak jumpe orang yang bukan Jawa.

Siti sendiri, memang dilahirkan dalam keluarga Jawa. Arwah abah Siti keturunan Jawa dari Sumatera, Mak Siti pulak keturunan Jawa dari Pulau Bentan. Kiranya moyang-moyang Siti memang asal dari Tanah Jawa yang merantau ke Tanah Melayu.

Bahasa Jawa sebenarnya menjadi bahasa kedua Siti kat umah selepas bahasa Melayu. Siti bersyukur sangat sebab, dikalangan adik-beradik Siti la yang paling teror cakap Jawa. Kelebihannya ialah, bila ada perkara yang SIti nak cakap rahsia-rahsia dengan mak, Siti cakap jelah dalam bahasa Jawa, heheeeee...

Bahasa Jawa ni nak kata sama dengan bahasa Melayu, tak juga... sebab ada perkataan yang memang jauh beza dengan bahasa Melayu sama ada dari segi ejaan atau sebutan. Tapi, ade juga yang sama, cuma berbeza sebutan je.

Contoh bahasa Jawa:
Aku = aku
Kau = kue
Dia = De'e
Kakak = yu
Abang = kang
Makan = mangan
Minum = ngombe
Tidur = turu
Tidur berdengkur = ngorok

Siti bagi yang senang-senang dulu ea.. sekarang Siti nak bagi contoh perbualan pulak.

Kabare? 
(Apa khabar?)

Waras... Kue seko endi? 
(Kabar baik. Kau dari mana?)

Aku sekon gede, tuku gulo... gulo nang omah kabeh wes entek. 
(Aku dari kedai, beli gula. Gula kat umah semua dah habis)

Ooo.. yolah. Alon-alon yo. Aku arek lungo disek.
(Ooo.. yelah. Hati-hati ye. Aku pergi dulu)

Macam mane? Boleh tiru? Heheheheeee...
Takpe, lepas ni Siti bagi contoh ayat yang lain pulak ye...
Selamat belajar bahasa Jawa.. ^^



Friday, February 25, 2011

Petua untuk bakal pengantin perempuan

Bagi perempuan yang bakal berkahwin, mesti dari awal lagi dah fikirkan tentang konsep pakaian, jenis mekap, pelamin dan macam-macam lagi. Semua tu untuk memastikan yang kita akan kelihatan berseri dan cantik. Tapi, jangan lupa, selain semua persediaan luaran tadi tu, persedian dalaman juga penting. Dan biasanya, amalan-amalan seperti petua tradisional akan menjadi pilihan.

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin.


Bunga Mawar
  Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak 
 Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado
 Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut
 Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap



Wednesday, February 23, 2011

Sama-sama kita hayati...


Sumber: Google images
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan."

Sumber: Google images
"Dia telah menciptakan manusia daripada mani, ternyata dia menjadi pembantah yang nyata."

Sumber: Google images
"Dan haiwan-haiwan ternakan telah diciptakan-Nya untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan pelbagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan."

Sumber: Google images
"Dan kamu memperoleh keindahan padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya (ke tempat pengembalaan)."

Sumber: Google images
"Dan ia mengangkut beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup mencapainya, kecuali dengan susah payah. Sungguh, Tuhanmu Maha Pengasih, Maha Penyayang."

Sumber: Google images
"Dan, (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keldai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan, Allah menciptakan apa yang kamu tidak ketahui."

Sumber: Google images
"Dan hak Allah menerangkan jalan yang lurus, dan di antaranya ada (jalan) yang menyimpang. Dan jika Dia menghendaki, tentu Dia memberi petunjuk kamu semua (ke jalan yang benar)."

Sumber: Google images
"Dialah yang telah menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembalakan ternakanmu."

Sumber: Google images
"Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir."

~Surah An-Nahl ayat 3-11.~


Monday, February 21, 2011

Tak salah menggunakan perkataan "SALAM"

Siti nak share nota yang Siti dapat melaui Facebook tentang "Penggunaan perkataan SALAM". Artikel ni menjelaskan kekeliruan yang berlaku akhir-akhir ni. Sama-samalah kita baca dan sebarkan ye.. ^^

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Sumber: Ustaz Mohd Fadli Yusof

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...