Photobucket Photobucket

Thursday, December 10, 2009

My LoVe..


Stripey Pashmina in purple..


Shawl mule2 sekali Siti beli...


Pashmina ni kecik sikit, tp mmg cantik! from eDastboutique..


Same jenis dgn pashmina kt atas tu, tp yg ni beli kt radiusite...


Tone Pashmina from eDastboutique... kainnye lembut dan sejuk..


Stripey Pashmina from eDastboutique.. pink..


Shawl yg ni mcm serban, agak besar tp mudah dibentuk...


Shawl Ribbon from Radiusite... reben yg dijahit kt sisi shawl buat ia mudah dipakai..


yang ni Siti gabungkan tudung ikin dgn shawl chiffon

MyEm0.Com
Suspen? Huhu... saje je buat tajuk gempak... Actually Siti nak cerita tentang 'Cinta Hati' Siti skrg... wah...Sapela yg b'tuah tu yek? Bukan lelakila, tapi... jeng..jeng..jeng... my lovely shawls...

Ntah ape2 jela Siti ni, dgn shawl pun leh jatuh cinta... Hahaha! Ramai gak yang dh mula b'tanye, kenape Siti dh tukar imej skrg? Kalau before ni Siti pakai tudung bawal, then tudung ikin, skrg dh jd shawl pulak... Selain dari ikut peredaran fesyen, sebenarnye Siti mmg selesa sgt dgn shawl ni. Bagi yang tak pernah cuba mesti rase lecehla nak pakai shawl ni... kene belit sane sini... silap2 tercekik plak... hihihi... Wahai girls diluar sana, mula2 mmg tanggapan kite mcm tu, Siti pun baru2 nak cube dulu punyela berjam-jam pusing sane, pusing sini kt depan cermin. Then, Siti diperkenalkan dgn satu blog ni, Radiusite... Pemilik blog tu ade tunjukkan cara2 memakai shawls melalui video, simple je rupenye bile kite dah tahu teknik yang betul...

Then sejak tula, Siti mula buat koleksi-koleksi shawl yg kebanyakannya Siti beli melalui online... Lebih mudah dan jimat masa, sbb Siti x payah drive kete g butik2 atau kedai2 untuk pilih satu-satu shawls kt sane... Juz masuk kt blog, pilih and klik mane2 shawl yg Siti berkenan, then buat payment kt bank, tgu jela encik posmen hantar... Senang kan?

Jom belek-belek pulak gambar Siti menggayakan shawl yg Siti ade, kalau sudila yek...hehe...

Wednesday, December 2, 2009

Cuti-cuti Malaysia..!







MyEm0.Com
Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah mula sejak seminggu yg lepas. Lepas dh sattle semua urusan, akhirnya seperti yang dirancang, sekolah tempat aku keje anjurkan satu perkhemahan khusus untuk guru-guru dan murid-murid tahun 6. Program ni aku dan sorang lagi guru dah rancang berbulan-bulan sebelum mula cuti skolah. Yela, nak buat program yang melibatkan murid sekolah ni bukan mudah, banyak perancangan yang kene dibuat.

Langkah yang pertama sekali mestilah lokasi, ade beberapa tempat jugakla yang aku dah tinjau, tapi akhirnye GB setuju nak buat program ni di Mutiara Motors Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kenape tempat ni dipilih? Pertamanya kerana pengurusan tempat ni sangat menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan. Kawasannya lapang, pantai yang landai dan tidak berbatu-batu. Kemudahan kt sini pun lengkap, ade kafe, surau, pentas, tapak khemah yang luas...

Ikut tentatif program yang dh aku susun, sepatutnya kami bertolak jam 830 pagi. Tapi akhirnya jam 9.00 pagi barula kami semua dapat bertolak. Semua sekali ada lebih kurang 40 peserta dengan kenderaan sebanyak 8 buah. Sampai kat sana lebih kurang jam 1130 pagi. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan, laut pun bergelora. Rase sedih jugakla sbb kemungkinan besar tak dapat nak mandi manda kat laut...

Selepas selesai semua urusan pembayaran tapak khemah dan chalet, kami pun mula punggah barang2 yang ada dalam kenderaan ke tapak yang dah disediakan. Rasa lega sangat... akhirnya tercapai juga hasrat nak buat perkhemahan disini. Sangka aku, dengan keadaan laut yang bergelora ni xperlula buat aktiviti mandi manda... tp budak kan.. macam-macam pujuk rayu yang keluar... akhirnya dengan pemantauan daripada beberapa orang guru, dibenarkan jugakla murid-murid ni untuk mandi laut... Biarla, tapi dalam hati ni x putus-putus berdoa, semoga Allah lindungi kami semua daripada sebarang musibah yang tidak diingini....

Walaupun letih, tapi seronok. Mungkin sbb dapat jalankan aktiviti beramai-ramai, tengok gelagat-gelagat murid, terhibur rase hati. Layanan dari pihak resort pun sangat memuaskan, rase mcm VIP plak. Terima kasih banyakla kepada para pekerja resort yang sentiasa laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik... Bab makan pulak, mmg x penah kelaparan kami kt sini... sampaikan bekal yang kami bawa ade yang x terusik langsung. Mujurla aku cume ambil pakej makan 5 kali, tapi x sangka pulak kalau menunya sangatla pelbagai...

Waktu malam, selepas dijamukan dengan makan malam yang disediakan oleh pihak resort, kami berBBQ plak. Biasenye BBQ dgn daging ayam, tapi kalini buat kelainan sikit, kami BBQ ikan dan jagung pilak... gotong royongla semuanya... ade yang hiris bawang, dan cili api untuk buat pencicah, ade yang gaul kunyit garam kat ikan, ade yang bersihkan jagung, ade yang hidupkan api...mmg meriah... mcm kenduri kawen, hehe...Diiringi pulak oleh deruan ombak dan angin...cuma x dapat nak tengok bintang sbb malam tu mendung...nak tunggu semuanya siap, mate aku ni dah mengantuk sangat2... akhirnya aku makan setongkol je jagung, paerut pun mmg dh penuh sangat, then aku terus tnggalkan yang lain-lain dan masuk ke chalet untuk tido.

Esok paginya, pas subuh aku terus keluar, kononnya nak tengok matahari terbit. Alhamdulillah... cuaca nampak cerah, jadi dapatla tengok matahari terbit... Best jalan-jalan kt pantai waktu pagi-pagi ni... sejuk, nyaman, tenteram...Terdetik jugak kt dalam hati, bestnye kalau tinggal kt tepi pantai, hehe... murid-murid pun, bile nampak je air laut agak tenag pagi ni, ape lagi... terjun ke lautla...Biarlah dorang mandi puas-puas, lagipun mungkin inilah kenangan terakhir dorang bersama rakan-rakan sekelas, abb lepas ni masing-masing dh perpisah ke sekolah menengah yang berbeza-beza. Aku malas nak mndi laut, so juz jalan sorang-sorang kat tepi pantai sambil ambil gmbar yang menarik.

Dipendekkan cerita, selepas selesai semuanya, jam 130 kami mula beredar pulang... Bile nak buat aktiviti mcm ni lg? Tak tahula.. tapi harapnye lepas ni jangan aku yang jadi pengarah program lg.. pening kepala la...
MyEm0.Com

Friday, November 20, 2009

The missions...


Suke tgk murid2 yg ceria ni..^^

Pemain bola jaring amatur..^^

Saje je, wat aksi comel, hehe... comel ke?

Guru-guru cemerlang ni, hehe..

MyEm0.Com

Kali ni Siti tunjukkan beberapa aksi warga sekolah tempat Siti bekerja. Dah dua tahun Siti kat sini, rase mcm baru semalam Siti ditemuduga, hihi... Honestly, mule2 masuk dulu rase x best je.. yela, pengalaman xde.. kwn2 pun xde... tp skrg, bile cuti skolah je Siti rase rindu pulak nak ke sekolah, rindu kat anak2 murid.. Agaknye mase Siti sekolah dulu, cikgu2 rindu x kat Siti?

Dulu Siti penah juga mengajar kt sekolah menengag sebagai guru ganti utk kelas tingkatan 4, 5 dan 6. Kalau nak dibandingkan suasananya, Siti lebih seronok kt sekolah rendah. Kenape? Sebabnye, murid-murid sekolah rendah comel sangat2... walaupun nakal, manje.. Tp itula yang buat guru2 kt sini rase rindu kt dorg.. huhu...
Yela, kanak-kanak ni hati dorg suci, bersih.. Kate2 yang keluar dr mulut dorg sumenye tulus dari hati...

Hari ini, murid-murid kt sekolah Siti sume dh cuti, baru sehari tapi dah rase rindu dgn gelagat dorg... Harap2 murid-murid Siti pun rindu kt Siti jgk, hehe...
MyEm0.Com

Tuesday, November 17, 2009

Makan angin


Jom! Siti nak ajak naik kereta api ni ^^



Sabar menanti kereta api ^^



Ehhhh... nantiiii!! Siti x sempat naik lg!!



Uih.. penat Siti kejar, tp xnk berenti pun..huhu.. dudukla dulu, tgu ketapi lain plak ^^


MyEm0.Com
Paloh railway station


Pernah dengar tempat name Paloh kt Johor? Walau tak penah sampai pun, tp mesti sume penah dengar. Tambahan pulak name Paloh ni penah jd satu nama filem yang berciri
kan sejarah zaman perang. Hm, Siti pun baru berapa kali je jejak kaki kt sini.
Pada Siti, Paloh ni tempat yang nampak klasik sgt. masih penuh dgn ciri2 kampung. Yang pasti, Paloh ni dikelilingi oleh estate @ ladang2 kelapa sawit. Rasenye sepanjang jalan ke sini memang sentiasa dipenuhi dengan pemandangan pokok sawit.
Setakat yang Siti tahu, ade tiga laluan yang boleh digunakan untuk kesini. Pertamanya dari jalan Yong Peng, kalau ikut lebuhraya Utara-Selatan, boleh keluar kt susur Yong Peng (U) dan b'gerak kearah Segamat. Boleh juga kalau nak gunakan jalan dari Kluang, ade dua laluan kt sini. Tp yang paling senang dan selamat, dari arah jalan Niyor, Kluang. Lagipun Siti lebih dekat dgn Kluang.
Bile ade kesempatan singgah kt Paloh, Siti terus ambik peluang b'gambar kt stesen ketapi ni, hehe... mesti pelik je orang2 yang ade kat situ, ntah makhluk dr planet mane pulakla yang dok b'gambo kt sini... Sebenarnye kt tempat asal Siti xde stesen ketapi ni.. paling dekat pun kt Renggam. Kan seronok bile sekali sekala pegi jalan2 kt tempat mcm ni, rase mcm org dulu-dulu. T'bayang pulak betapa pentingnya ketapi pada mase tu... stesen sentiasa penuh, tiket pun sampai x cukup. Masyarakat sekarang dah makin bertuahkan? Kita dh ade mcm2 pilihan pengangkutan, sama ada yang awam atau persendirian. Apepun, Siti sendiri dh ade pengalaman dua kali naik ketapi ni. Mule2 dulu dr Kluang ke Gua Musang, kali kedua pulak dr Alor Star ke Kluang. Pengalaman yang sangat istimewa, hehe...
Harap-harapnye, Siti akan dapat peluang lagi melancong dengan ketapi. Dan mungkin, KTM boleh buat pakej istimewa, lebih-lebih lagi cuti sekolah ni kan.. nanti bolehla Siti ajak kawan2 sume, kite travel same2 ea, hehe...

Friday, November 13, 2009

Segala Yang Indah Ada di BUTIK eDast


MyEm0.Com Peace..

Apa yang indah kt BUTIK eDast? Hm.. mule Siti pun tak yakin nak buka blog ni, yela, Siti ingat blog ni sama mcm blog2 lain, yang biase2 je tu... Tapi first skali yg Siti tertarik kt blog ni adalah layout die, nampak gempak gitu, hihihi... then bile dh survey yang lain2, ha.... mate ni mule terlekat kt page 'selendang'.

Kenape selendang? Sbb Siti ni peminat selendang, shawl, dan semua yng sewaktu dgnnya, hehe... (Dalam gambar kt atas contoh Siti tgh b'gaya dgn salah satu koleksi shawl yang Siti ade.) Buat wanita2 yang tak pernah pakai selendang atau shawl ni pun janganla bimbang, sbb kt blog butik edast pun ade ditunjukkan cara2 nak menggayakan selendang. Simple n Trendy. Rasenye itula perkataan yng sesuai.

Tak lama lg nak raye haji, so jomla kite same2 b'gaya dgn shawl yng cantik menawan dr butik ni ye..!Yang berminat, klik je kt banner Butik eDast kt sebelah tu. Pasti tak mengecewakan, hehe...

Friday, November 6, 2009

My interest




Kebanyakkan kwn2 n sape2 yg rapat dgn aku dh tahu sgt yg aku ni mmg suke b'gambar. Pantang ade tudung baru, baju baru atau bile ade kamera kt tgn, mesti akan b'gambar. Skrg ni minat aku ni dh makin menjadi-jadi sebab aku dah ade kamera sendiri. Seronok sgt! Tapi aku bukanla jenis yg pandai b'gaya..huhu...dan tak la pandai sgt ambik gambar. Belum dpt teknik yg betul lgla... ni antara gambar aku yg aku ambik sendiri:

Tuesday, January 27, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...