Photobucket Photobucket

Tuesday, May 31, 2011

Apa itu kolagen dan apa kepentingannya?

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi. 

Antara kepentingan kolagen:
  1. Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
  2. Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
  3. Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
  4. Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
  5. Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
  6. Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
  7. Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan. 
Collagen Catalyst adalah satu-satunya kolagen yang Siti amalkan sekarang. Alhamdulillah, Siti dah dapat hasil yang Siti mahukan tanpa mengeluarkan belanja yang besar.. ^^





Monday, May 30, 2011

Nak jadi cantik? Cantikkan dulu perangai tu...

Sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak jadi cantik, menarik, yang boleh sesiapa saja tertoleh 2 kali atau berkali-kali. Jangan kata orang dewasa je yang pentingkan cantik... kanak-kanak pun sekarang dah pandai memilih yang cantik-cantik je... 

Memang tak salah kita nak bercantik-cantik... Tapi kalau setakat cantik kat luar je, ape maknanya?
Tak guna harap muka je cantik, kulit licin, gebu, pandai bergaya tapi perangai pulak... suka menyakitkan hati orang lain.... 

Macam telur tembelang. Secara luarannya kalau kita tengok telur tembelang ni takdelah beza sangat dengan telur yang segar. Luarannya sikit pun takde cacat cela.... Tapi, kalau kita pecahkan telur tembelang tu, ape yang akan kita nampak? Isinya yang kehitam-hitaman, ditambah pulak dengan bau yang sangat meloyakan macam bangkai.... Kalau dah tercalit dengan telur tembelang tu, bukan senang kita nak hilangkan bau busuknya. Itulah perumpamaan untuk orang yang muka cantik, tapi busuk hati.

Jadi, sebelum kita sibuk dengan kecantikan luaran, sebelum kita tepek krim, bedak, mekap yang tebal-tebal, sebelum kita sarung pakaian yang terhebat... fikirkan dulu... adakah kita dah cantikkan perangai dan akhlak kita? Adakah kita jaga hubungan baik kita dengan orang di sekeliling kita? Adakah kita melayan semua orang dengan layanan yang sama rata tanpa double standart?

Semoga kita semua tergolongan dalam golongan manusia yang cantik dalaman dan luaran.. ^^



VCO Catalyst



Sekali guna, terus jatuh hati.... I'm really in LOVE.....

Heeee... not in love with other guy, but I'm in love with these VCO Catalyst.. ^^

Honestly, sebelum ni Siti memang susah nak percaya dengan produk-produk baru. Takut tak sesuai, tak serasi.. pulak kebanyakan yang ada kat pasaran semuanya mahal-mahal... nak beli yang murah bimbang ade side effect pulak... ishhhhh.... sebab tu la Siti tak pernah ambil ape-ape supplement pun. Alhamdulillah kulit Siti bukanlah jenis yang bermasalah sangat....

Tapi, bila umur dah semakin meningkat ni Siti mula perasan yang kulit Siti dah tak sama macam dulu. Kulit Siti mulai cepat kering terutamanya kat kawasan mata dan bibir. Lepas tu, waktu tengah hari dan petang je, kulit Siti mula berminyak kat T-zone, iaitu kawasan dahi dan hidung. Maksudnya, rutin penjagaan kulit Siti dah jadi makin ketat. Kalau dulu, tak jaga sangat pun tak ape, tapi sesuailah dengan peningkatan umur, Siti tak boleh terleka kejab... mesti akan timbul masalah-masalah yang tadi tu....

Then, satu hari Siti terbaca tentang produk VCO Catalyst kat Facebook. Bila baca testimonial pengguna-pengguna tu, tergerak pulak hati ni nak mencuba. Alhamdulillah, gerak hati Siti tak tersilap. Sekarang, dah lebih kurang 2 minggu Siti amalkan VCO Catalyst capsule, sebiji pagi dan sebiji sebelum tidur. Selain tu, Siti ambil jugak VCO Collagen dan VCO Catalyst jenis cecair. Kesannya, memang sangat memuaskan hati dan Siti happy sangat.. ^^
Selepas 2 minggu amalkan VCO Catalyst
Selepas alami sendiri kesannya yang baik, barulah Siti yakin untuk war-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Lagipun, perkara yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain memang elok untuk dikongsikan. Yang paling penting, VCO Catalyst adalah produk tempatan yang sangat berkualiti dan setanding dengan produk-produk antarabangsa. Harganya juga berpatutan dan sesuai untuk semua golongan. So, kalau ada yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang VCO Catalyst, bolehlah mesej kat inbox FB Siti. InsyaAllah, Siti tak akan kedekut berkongsi maklumat dengan anda semua.. ^^
Sangat gembira dengan hasilnya.. ^^



Fashion Disaster aka Mangsa Fesyen

"Huh! Teruknye gaya dia tu.... langsung tak kene! What a FASHION DISASTER!!"

Heheheee.... ayat pendahuluan macam pengkritik fesyen je kan? Takdela.. Siti bukan nak kritik tentang fesyen pun.. yela, sapelah Siti ni kan.. tak tahu ape pun pasal fesyen.. Tapi tetap nak menulis tentang fesyen. Sebab apa? Sebab... Siti pun kira alert jugaklah tentang fesyen ni.. cuma, pada tahap yang minima sahaja.

Pada Siti, tak salah nak berfesyen atau nak ikut perkembangan fesyen semasa. Cuma, kenelah ikut kesesuaian jugak. Kerana tak semua gaya atau fesyen tu sesuai dengan kita. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesesuaian gaya seseorang, contohnya dari segi bentuk badan, warna kulit, ketinggian dan personaliti. Sebab tu lah kadang-kadang kita tengok, gaya tu sangat cantik untuk si A.. tapi bila si B yang mengaplikasikan apa yang digayakan oleh si A, tak kena pulak... dan begitu jugak sebaliknya.

So, tak perlu terlalu mengikuti fesyen sampaikan kita jadi MANGSA FESYEN. Sebab, sekali kita tersalah gaya, selama-lamanya orang akan ingat....

"Ko ingat tak si Minah?"
"Minah mane? Ramai orang nama Minah kat kampung ni..."
"Alahhhh... Minah yang pakai bla..bla..bla.... tu...."

Sesiapa pun di antara kita mesti tak nak diingati kerana gaya kita yang 'buruk' atau salah tempat tu kan? So, kalau nak jugak berfesyen, berfesyenlah dengan ILMU. Maksudnya, rajin-rajinlah buat survey, kaji bentuk badan dan personaliti diri dulu, then barulah pilih gaya yang sesuai. Tak rugi kalau beli satu atau dua majalah sebagai rujukan. Paing mudah, survey je kat google.. macam-macam maklumat yang ada. Jangan disebabkan kita terlalu nak jadi 'lain dari yang lain', sampaikan kita jadi macam orang yang tercampak dari planet lain.... huhuuuu... tak nak kan?


*Pssssttt.... nak tengok gambar artis-artis yang pernah jadi mangsa fesyen? Taip je 'Fashion Disasters' kat google images, then tengok ler sendiri... heheeee..... 


Sunday, May 22, 2011

Kalaulah Siti pandai buat kek....

 [Google images]
 [Google Images]
[Google Images]

Ape perasaannya bila tengok kek-kek yang comel dan cantik-cantik tu? Mesti geram je kan.. Tapi macam tak sanggup pulak nak makan... uihhhh... kalaulah Siti berbakat buat dan hias kek sampai jadi cantik macam tu... Tapi tu la masalahnya... Tangan Siti ni... macam ade sumpahan dengan tepung pulak.. buatlah ape2 kuih atau makanan yang menggunakan tepung, comfirm tak jadi.... bancuh lempeng pun boleh berketul-ketul.. apatah lagi nak bancuh kek....

Honestly, SIti memang sangat cemburu kat orang perempuan yang pandai buat kek atau ape-ape jelah yang berkaitan dengan tepung. Rasa macam nak tukar tangan je dengan dorang.. haha! Kalaulah boleh tukar-tikar ek... mesti habis tangan-tangan pembuat kek tu Siti cuba.. heheeee....

Kadang-kadang tu.. malu dan segan jugak.. rasa macam tak lengkap je seorang perempuan tu kalau tak pandai buat kuih.... Sedangkan anak sedara Siti yang baru umur 17 dan 15 tahun tu pun pandai buat kek.. siap sponsor kek lagi masa Siti bertunang tahun lepas.... aihhhh... malunye...... Bukan tak belajar atau tak cuba... Dah cuba dah... ikut resepi, belajar dengan mak... tapi entahla.. macam yang Siti tulis tadi, Siti ni ade sumpahan tepung agaknye..... (hehe.. merepek lagi...)

Setakat ni, kuih yang Siti pandai buat pun, semua yang tak menggunakan tepung sebagai bahan utama. Contohnya agar-agar... puding... dan kuih abok-abok. Yang lain-lain.. sama ada tak jadi, atau tak sedap... atau langsung tak jadi dan tak sedap. Haha! 

So, adik-adik yang muda belia tu... rajin-rajinlah belajar buat kek atau kuih dengan mak sementara muda ye.. Kalau dah bekerja nanti, memang agak susah nak luangkan masa. Nak belajar pun otak dah liat...  Siti ni dulu sebab pandai makan je.. time mak buat kuih Siti duk depan tengok TV sampai lebam biji mata. Bila kuih dah siap, pegi dapur, then bedal sampai licin.. memang buruk betul perangai.... 



Saturday, May 21, 2011

Bestnyeeee dapat hadiah banyak....

Hari ini, genap seminggu Siti tak update blog.. huhuuuuu.... sedih.. sedihhhh..... sian blog Siti Manis terabai.. bukan niat Siti ye.. tapi kesibukan memaksa Siti untuk lupakan sekejab tentang hal2 blog... 
Sekolah tempat Siti kerja ni, bila dekat2 nak exam je memang sibuk sangat-sangat.. sebab, semua guru kene gubal soklan pekse sendiri... tak macam sekolah kerajaan yang semua dah tersedia... 
Paling mencabar, bila kene menaip soklan dalam jawi... aduhaiiii.. pening! Sampai tak cukup tido dibuatnya... tapi takpelah... semua tu dah berlalu.... sebab tu lah Siti dapat luangkan masa untuk update hari ni..

Semalam (Jumaat 20 Mei), sekolah Siti buat sambutan Hari Guru. Kecil-kecilan je, tapi tetap meriah... menyaksikan persembahan murid dari setiap kelas.. ade yang comel, ade yang memang berbakat, ade yang lucu, ade juga yang buat cikgu-cikgu terharu... 
dan... kalau Hari Guru, memang takkan terlepas daripada menerima hadiah drpd murid-murid... walaupun dorang ni dah dipesan supaya tak payah susah-susahkan diri beli hadiah, tetap dorang nak bagi jugak.. hm.. terima jela.... 
Rasanya, mereka ni yang terlebih excited bila sambut Hari Guru.. haha!

Tiap-tiap tahun, Siti mesti akan dapat hadiah yang lucu dan pelik.. tahun ni, dapat tong beras pulak.. hehe...
Hadiah paling BESAR tahun ni.. TONG BERAS.. ^^
Yang lain-lain tu biaselah.. mug, buku nota, pen, frame, bunga, coklat... dah boleh buka kedai cenderamata dah ni.. ^^
Bertambahlahhh koleksi hadiah dalam almari...



Saturday, May 14, 2011

Tips Penjagaan Rambut bagi yang Bertudung

Bertudung tapi menghadapi masalah gatal-gatal kulit kepala dan rambut rosak?
Jom cuba salah satu daripada tips dibawah ni..

1. Lepas seharian bekerja, rambut pun mesti terperap lama jugakan? Jadi, sampai je ke rumah, bukalah tudung dengan segera dan buka juga ikatan rambut bagi yang berambut panjang. Bebaskan rambut dan sisir-sisirkan rambut dengan jari supaya kulit kepala boleh bernafas semula. 

2. Jika boleh, mandilah dengar air yang sejuk dan basahkan rambut secara menyeluruh. Air suam jika kerap terkena pada rambut akan menyebabkan rambut jadi kering dan mudah terbelah hujungnya.

3. Untuk merawat kegatalan kulit kepala, cuba basuhkan rambut dengan air basuhan beras. Pastikan air basuhan beras mengenai kulit kepala. Urut-urut kulit kepala supaya aliran darah menjadi lancar. Bungkus kepala dengan tuala, dan bilas selepas beberapa minit. Amalkan selalu supaya masalah kegatalan tidak berulang.

4. Boleh juga gunakan limau purut untuk atasi masalah yang sama seperti di atas. Caranya, basahkan rambut, belah limau purut kepada dua dan gosokkan limau purut tadi secara rata ke atas kepala. Sambil menggosok, perahkan limau supaya jusnya keluar. Bungkus kepala dengan tuala, dan bilas selepas beberapa minit.

5. Supaya rambut sentiasa harum walaupun bertudung, ramas beberapa helai daun pandan ke dalam semangkuk air, jadikan air itu sebagai bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah rambut akan berbau harum.

6. Bagi mengatasi masalah rambut yang kasar, ambil beberapa helai daun bunga raya, ramas di dalam semangkuk air. Daun bunga raya akan mengeluarkan lendir. Lumurkan ke atas kepala, urut perlahan supaya khasiatnya meresap. Bungkuskan rambut dengan tuala, dan bilas selepas beberapa minit. Selain daun bunga raya, kangkung juga boleh digunakan sebagai ganti.

7. Pastikan rambut dan kulit kepala betul-betul kering sebelum memakai anak tudung atau pun tudung. Lembapan yang tertinggal pada rambut akan menyebabkan kulit kepala berbau, berkelemumur dan rambut akan menjadi berbiji-biji.

8. Pakailah anak tudung, tudung atau selendang daripada jenis kain yang tidak terlalu tebal dan berat, terutamanya untuk pemakaian dalam tempoh masa yang panjang. Jika tudung atau selendang yang dipakai daripada jenis kain yang tebal, pakailah anak tudung yang terbuka dibelakangnya seperti inner syria yang banyak dijual sekarang.


Rambut dan kulit kepala yang sihat secara tak langsung menjadikan pemakaian tudung kita lebih kemas, rapi dan selesa. Penampilan kita juga akan jadi lebih berkeyakinan. Cuba bayangkan, bertudung tapi dalam masa yang sama tangan kita asyik menggaru-garu kepala je.. mesti tak selesa kan? Dan, orang lain yang memandang pun mesti akan beri persepsi yang buruk tentang kita. Jadi, tak salah mencuba tips yang Siti kongsikan di atas. Yang penting, lakukan secara berterusan supaya hasilnya juga akan kekal..

Setakat ini dulu perkongsian Siti. Semua anda semua mendapat manfaat..
Daaa.......^^
~peace~



Segmen: Selamat Hari Guru, Cikgu...

Klik BANNER utk join

Dimanakah anda belajar dulu .. sekolah rendah , menengah kemudian menyambungkan pelajaran di ... Tahun jangan lupa yer ..

Mula-mula sekali, Siti bersekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tuan Poon. Bermula dari darjah 1 sampailah darjah 6. Sebab tu la, keputusan UPSR Siti ade 6 mata pelajaran. Tamat sekolah rendah, Siti mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam. Tamat SPM, Siti sambung pula ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj. Hassan Yunos, Renggam.

Cikgu yang anda masih ingat sampai sekarang , dan mengapa...

Ramai juga cikgu yang Siti masih ingat sampai sekarang. Cikgu yang paling Siti ingat masa sekolah rendah dulu dah tentulah guru kelas Siti, namanya Mrs Tong. Cikgu Tong seorang yang sangat tegas dan garang. Siti sendiri selalu kene rotan sebab salah buat kerja sekolah. Walau pun garang, tp beliau sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak muridnya, dan setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, Siti akan dapat angpau dan buah tangan.
Masuk ke sekolah menengah pula, Siti paling ingat dengan cikgu yang mengajar subjek Biologi iaitu Cikgu Tasmirah. Beliau sangat baik dan mesra dengan pelajar-pelajar. Selain tu, Siti jugak masih ingat dengan Cikgu  Hanafi iaitu cikgu subjek Fizik.
Tingkatan Enam, lebih ramai cikgu yang Siti ingat sebab cikgu yang mengajar tingkatan Enam tak ramai sangat. Ade Cikgu Vasanthy (sejarah), Cikgu Ali(Pengajian Am), Cikgu Hatta(Pengajian Am), Cikgu Razilah(BM), Cikgu Chin(Ekonomi), Cikgu Yusuf (Seni Visual), Mrs Ong (MUET). Memang enjoy sangat jadi pelajar kpd mereka ni, otak pun tak stress sebab cara pengajaran santai je.

Ceritakan segala kenangan anda sebagai seorang guru ..

Tahun ni, dah genap 4 tahun Siti bergelar seorang guru. Tapi Siti tak rasa yang pengalaman Siti ni dah banyak sebab setiap hari ade je pengalaman baru yang SIti dapat. Kenangan yang paling Siti ingat, apabila salah seorang murid SIti yang boleh dianggap lemah, boleh dapat A dalam penulisan BM untuk UPSR 2010. Sangat terharu bila SIti pandang mata mak murid Siti tu yang bergenang dengan air mata kerana terlalu gembira. Semua tu jadikan SIti semakin bersemangat untuk bantu murid-murid Siti yang lemah kerana mereka pun boleh berjaya kalau kene dengan caranya.

Akhir sekali...

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa hingga berjaya.. Terima Kasih... ^^






Monday, May 9, 2011

 Klik BANNER utk join.. ^^

Masa untuk contest lagi.. selepas menyepi untuk beberapa minggu, heee... hari ni Siti cuba-cuba join contest gambar vintage pulak. 



Takdelah vintage sangat... 
mudah-mudahan adelah rezeki untuk gambar lama ni.. ^^

Tarih tutup:
30 Jun 2011

Tag:
Cik Bambam



Sunday, May 8, 2011

Suprise Party untuk cikgu.. ^^

Terharu dan sangat happy!
First time dalam hidup Siti, anak-anak murid anjurkan majlis hari lahir yang sangat istimewa.. ^^
Selama 4 tahun Siti bergelar guru, inilah pengalaman yang pertama. Sebelum ni pun, murid just wish and bagi hadiah je, but this year.. memang lain dari yang lain...

Sehari sebelum tu, dorang dah pesan kat Siti supaya datang ke sekolah pukul 12:10pm. Bila tanye kenape, dorang tak nak bagi jawapan, cuma senyum-senyum je. Sebenarnya, Siti dah jangka jugak, mesti dorang nak buat sesuatu sempena birthday Siti. So, sebab tak nak kecewakan usaha dorang, Siti setujulah untuk datang.

Tapi, sebelum ke sekolah, Siti singgah dulu kat KFC. Beli sikit makanan, manalah tahu kalau budak2 ni tak makan lagi kan. Then, sampai je sekolah, 2 orang mentee Siti dah tunggu dengan kain penutup mata. Adehhh!! Siap kene tutup-tutup mata pulak..... Layankan jelahhhhh......

Disebabkan mata dah tertutup rapat, terpaksalah dorang pimpin tangan Siti ni bawa ke tingkat atas. Ishhhh... suspen jugak... Jangnn dorang ni buat benda yag pelik-pelik sudahhhhh...... Sampai kat kelas, dorang bukak ikatan kain kat mata Siti and..... 

"POM!!!"

Dorang pecahkan belon betul2 kat atas kepala Siti! Uihhhhh..... terperanjatlah jugakkk.... then ramai-ramai jerit:

"Supriseeeeeeeee...!!!!!"

Kat atas meja SIti tengok dah siap terhidang dengan kek, muffin, potato wedges, dadih, air... amboiiii... betul-betul punye party ni....

Yang paling Siti kagum, dorang siap dah ade MC, baca doa, ucapan alu-aluan.. pandai betul dorang ni arrage majlis kan?

Dan satu lagi, siap ade bartender lagi! Hahaha.. kagum.. kagum....

 Adam - sebagai MC.. ^^

 Fateih - bacaan doa selamat.. ^^

 Maisarah - wakil mentee.. ^^

 Seronok dpt potong kek.. hehee...

Kek coklat buatan ibu saudara Maisarah.. sedap!

Siap dapat bunga lagi.. ^^

 Cikgu pun sayang kamu.. ^^

Inilah dia dua orang 'bartender' tu.. Afiq n Zabir.. ^^

Antara hidangan yang ada:



Majlis yang sangat ringkas, tapi amat bermakna... Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian, anak-anak murid cikgu... Semoga sentiasa berada dibawah rahmat Allah.. ^^


Saturday, May 7, 2011

Yeke umo dah 28tahun?? Dah tua rupanya.. apsal tak kawen lagi??

Sila baca tajuk di atas dengan gaya pipi mintak pelempang ye...
Heheheee......

Dah agak dah.. mesti ayat di atas tu lah yang akan Siti dengar.. tapi takpe.. Siti tak kecik ati pun.. sebab ati ni memang dah original kecik.. Kalau mulut tempayan tu bolehla jugak ditutup, kalau mulut orang ni... hm.. lantak dia lah nak cakap ape pun... simpan-simpan dalam ati pun buat rasa sakit je kan... haha!

But, honestly.. bila tgk tahun SIti dilahirkan tu... rasa gerun jugakla.... bukan Siti takut tua, tapi memikirkan selama 28 tahun ape yang SIti dah buat? Ape sumbangan Siti? Ape yang Siti dah capai?? Jawapannya, takde ape-ape pun.... Masih jugak macam ni... apply keje sana sini... duit gaji cukup-cukup untuk tampung hidup selama sebulan... hm.... 

Dalam pada tu, sempat jugak mak membebel...
" Mak dulu umo 16 tahun dah kawen dah.. tapi anaknye ni kawen lambat-lambat pulak... "
Aduhhh makkk.... bukan Siti tak nak kawen... atau sengaja nak kawen lambat-lambat... tapi dah jodohnye belum sampai, nak buat macam mane???
Tapi kata-kata tu Siti simpan dalam hati jela....

Ape pun, jangan fikirkan sangat kata-kata orang.. buat je ape yang kita rasa terbaik untuk diri kita. Sebab akhirnya nanti bukan mereka yang menanggung susah senang kita kan? Orang cuma boleh komen, gosip, beri pandangan dan nasihat... yang akan melalui hidup ni adalah diri kita sendiri jugak akhirnya. So, biarlah Siti enjoy dengan apa yang SIti ada sekarang, dan dalam masa yang sama berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah dan meningkatkan apa-apa juga kekurangan dalam diri Siti. 

Ops! Sebelum tu, nak jugak tunjuk Cheese Cake yang ditaja oleh encik Tunang tersayang ni.. heheee....
Errr... why cheese cake??
Sebab... en.Tunang tahu yang Siti sangat suka makan cheese cake...
So, say "cheeseeeeeeee" everyone.... ^^


Tapi yang kelakarnya, nyaris-nyaris Siti tak potong kek semalam, semuanya gara-gara en. Tunang sangat sibuk repair motor customer dia kat JB. Mujurlah ada sahabat yang mengingatkan beliau. So, terpaksalah beliau merempit dari Taman Perling, JB ke Simpang Renggam... Ishh... ishhhh.... Tapi takpe, Siti faham keadaan dia. Yela, dia jadi super busy macam tu pun untuk Siti jugak... bukan senang tau nak kumpul duit hantaran ni.. banyak pengorbanan yang dia dah buat... huhuuu.... terharu jab....

Sambil tu, jomlah makan kek sekali.. ^^




Thursday, May 5, 2011

Cepatnye masa berlalu.. dah 28 tahun dah...

Cepatnye masa berlalu.. pejam.. celik.. dah 28 tahun rupanya Siti hidup kat dunia ni... Rasa macam baru semalam Siti main jadi-jadi, main masak-masak, main getah dengan kawan-kawan.. pastu dari jauh dah dengar dah suara mak menjerit: 

"Sitiiiiiii!! Balikkkkk....!! Dah nak maghrib ni...!!"

Adehhhh... dengan muka kelat Siti pun balik umah, sempat lagi berjanji dengan kawan yang malam lepas maghrib pegi mengaji sama-sama kat umah Pak Andak...

Lepas je solat maghrib, terus siap-siap dengan baju kurung, pakai tudung tiga segi ikat belakang... ambik al-Quran, pastu tunggu kawan sambil tengok kartun Doraemon kat TV.

"Assalamualaikum... Sitiii... jom pegi ngaji!" 
"Waalaikumussalam... Ok, jom!"

Sampai umah Pak Andak, Pak Andak belum habis wirid lagi.. jadi kenelah tunggu kat luar sambil main kejar-kejar.. ada Reen, Milah, Lan, Izan, Rid... Sape kene cuit, dia kalah.. haha! Tengah syok main kejar-kejar, Pak Andak pun buka pintu.. terus kitorang berhenti main dan bagi salam sebelum masuk umah. Macam biasalah, kalau mengaji Pak Andak dah standby dengan rotan halus kat tepi dia, sape-sape yang baca tak betul, Pak Andak akan ketuk kat rehal kayu tu.. huhuuu.... Jadi sebelum sampai giliran ngaji, semua berlatih baca sendiri, sebab tak nak kene sergah masa ngaji...

Habis je ngaji, terus balik umah. Alaaa... malam ni bulan takde, jadi jalan gelap sangat.. Mujurlah ade bawa lampu suluh... Bimbang jugak kalau terpijak kayu atau benda-benda tajam.. maklumlah... balik pun lalu celah-celah umah... jalan pun kene laju sebab sepanjang perjalanan tu kene lalu bawah pokok kelapa, kalau gugurlah buah kelapa tu.. aihhhh... boleh bocor kepala.. ^^


Itulah kenangan yang Siti lalui lebih kurang 20 tahun yang lalu... biasalah.. zaman kanak-kanak yang nakal, kenangan bermain dan mengaji tu memang ada dalam ingatan sampai sekarang. Kalau nak cerita semua, rasanya 100 muka surat pun tak cukup.. heheee...

So, nak pendekkan cerita, layan jelah gambar-gambar Siti kat bawah ni.. mula dari umur beberapa bulan, sampailah dah 28 tahun ni ha.... ^^


1983
Masa ni tak pastilah berapa bulan agaknya umur Siti. Baru pandai meniarap kot.. Mak kata, Siti lambat tumbuh rambut.. yang ada pun halus dan jarang-jarang... comel tak? hehe...



1986
Yang ni dah besar sikit, umur 3 tahun.. Pantang jumpa tangga, mesti nak panjat... ^^

1992
Gambar sekolah rendah yang dah rosak, huhuuu.. sayang betul... Siti dulu bersekolah kat SRJK (C) Tuan Poon, tu yang dikelilingi oleh kaum Cina tu..^^
(Carilah Siti yang mana.. hehe)

1999
Ok, ini gambar Siti form 4.. berangan nak jadi saintis, tu yang bergambar dalam makmal sains.. ^^

2000
Siti masa form 5. 
Murid baik ni.. tak penah ada rekod buruk kat sekolah.. ^^

2001
Masa form 6 yang sangat ceria..!!

2002
Murid yang rajin buat kerja amal kat sekolah.. ^^

2003
Semester pertama kat UUM.. muka malu-malu kucing lagi.. ^^

2006
Rajin pegi library bila dah masuk hujung-hujung sem je.. haha!

Dengan geng paling kamceng.. ^^

2007
Akhirnya konvo jugak... ^^

2008
Dah bekerja dan sentiasa dikelilingi oleh murid-murid yang nakal dan comel.. ^^

2009

2010

08/08/10
Bertunang sudah...

2011

01/05/11
My Best Friend's Wedding.. ^^

Alhamdulillah... semoga hari yang mendatang lebih indah dan membahagiakan.. amin... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...