Photobucket Photobucket
Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Jalan-jalan kat Singapore

My first trip to Singapore.. ^^
Excited sebab first time kan.. mujurlah en. Tunang ada interview ni.. kalau tak.. entah bila nak masuk sini...

 Siap sedia dengan passport sebelum masuk kastam Singapore.. ^^

 Dah tengahari pun still ramai.. Jem jugakla kiranya ni.. tp en.Tunang kata, kalau waktu masuk keje area kul 7am~8am, lagi teruk jem nye...

Inilah tempat interviewnya, hotel baru sebelah 'Teluk Blangah House' tu..
Masih byk lagi kesosongan, sesapa yang nak apply, bolehla try.. ^^

 Lepas interview, sesi jalan-jalan kat Vivocity. Berdepan je dgn tmpat interview tadi tu.. ^^

 Cuci mata jela.. sebab bawak dolar sikit je.. huhuhuu....~
(Takpe.. tunggulah en. Tunang dah keje kt sini nanti.. Siti paw dia habis-habisan.. ehheeee.. )

 Berdepan dgn Vivocity ni pulak ialah Pulau Sentosa. Tempat beriadah tu... banyak game kat sana. Ala-ala mcm Genting Highland la.. Tp tak pegi pun....
 Kat belakang Siti tu ada kabel car, menuju ke Pulau Sentosa.

 Muka penat + lapor... huhuhuuu... bila nak makan ntah... 

 Sila sengetkan kepala anda untuk menikmati gambar ni ye.. hahah!
En. Tunang suka amik gambar senget-senget.. seni katanya.. yolahhhhh~

 Heii! Tak faham-faham lagi ke I dah lapar youuu... bila nak g makan ni....

 He promised me that next time, he will sponsor a trip to Sentosa Island.. heeee.... tak sabar rasanya..^^
 Walau jauh di negara orang (jauh ke? hahahah~jauhla tu.. oversea kan....), tak terasa sangat, sebab ada Masjid Sultan Johor kat sini.. ^^

Waktu balik dah.. kene keluar cepat before 5pm.. sebab masa ni kastam akan jem giler-giler dengan pekerja Malaysia yang on their way balik rumah.... 

babai Singapore... ^^


Monday, November 29, 2010

Dah balik.. ^^

Dah selamat pun Program Rehlah dgn murid2 tahun 6.. Huhhhh.. Penatttt sgt... Tapi keseluruhannya, program ni berjaya mengeratkan lagi hubungan guru-guru dan murid2. Ramunia Beach Resort mmg sgt best! Bersih, cantik, makanannya pun sedap2.. :) Sbb tu lah rasanya sejak balik dari sana ni, berat badan mcm dah naik je.. hihiii...


Insyaallah, tahun depan buat program yg sama utk murid tahun 6 2011 pula. Destinasi? Masih tepi pantai, tapi tak decide lg pantai mane pula yg akan jadi destinasi kami.. :) Malas nak taip panjang2, kita layan gambar je la ea.. ^^

Dua org ni anak angkat Siti, Aina n Anati..












Saturday, November 27, 2010

Camping time!!

Entry kalini Siti dah taip awal dan Siti setkan ia utk publish pada tarikh hari ini. Haha! Sebenarnya pada waktu ni Siti dan guru2 lain tengah bawa murid2 tahun 6 bercuti sambil berkhemah kat Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi. 

Ini kali ketiga siti camping kat sini. Mula2 dulu masa siti baru tingkatan 4 (tahun 1999), camping anjuran Koperasi Sekolah. Kali kedua tahun 2008, Siti dah jadi guru dan Siti sebagai guru pengiring utk murid2 tahun 6. Dan sekarang ( 2010 ), Siti datang lagi ke sini.

Siti mmg suka jalan2 atau camping kt kawasan pantai. Bila pandang laut yg luas tu, rasa lapang sgt fikiran... dan bila dengar sayup2 ombak, rasa damai je hati.. (jiwangla pulak...hihihikk). 

Harap2, segala perancangan utk hari ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Dan semoga kami semua dapat beriadah dgn tenang. Hishhh... tak sabar rasanya nak membasahkan badan.... ^^


Tuesday, November 23, 2010

Ke Tanjung Balau (2).. ^^

Ingat lagi tak entry "ke Tanjung Balau" semalam? Siti tak sempat nak upload gambar pantai, so harini Siti masukkan gambar2 yg Siti sempat ambil kt sane.

 Ape yg femes kt Tanjung Balau ni? Pd Siti, Siti suka pantai ni sbb ombak mmg kuat, pantainya landai, cume ade sebahagian tempat yg mmg banyak batu. Dan kawasan yg berbatu tu menjadi tempat utk pemancing memancing ikan.
 Compare dgn 10 tahun masa Siti pergi dgn rombongan kelas, tempat ni dah semakin cantik dan tersusun. Semua lengkap. Ade resort, ade tandas awam yg mencukupi ( kene bayarla ye..^^), kedai makan dan tapak khemah. So bagi yg nak camping kt sane, mmg sesuai..
 Masa ni baru sampai, ambil gambar dr tempat parking kereta je. Banyak pokok rendang, so taklah panas sgt..^^
 Waktu air surut, boleh jalan2 kt batu2 sini. Kalau air dah pasang, batu ni tak nampak dah..^^
Cume, ada papan tanda amaran kat sini bertulis : Tidak sesuai utk aktiviti berenang/ mandi-manda. Maksudnya, kalau nak berenang juga, risiko perlu ditanggung sendiri. Mungkin sbb ombaknya yg kuat. Ape pun, ade menara kawalan dan marshal yg sentiasa memantau para pengunjung kt sini.
Tetap nak tunjuk muke kt sini..^^

Ke Tanjung Balau..^^



Huh! Bukan senang tau Siti nak kuar jalan2 makan angin.. Walau Siti banyak cuti pun, cuti Siti selalunya tak sama dgn org lain.. Huuu.. yela, jadi cikgu kt mmg byk cuti, lebih2 lagi time ujung tahun ni..

Masalahnya, Siti takde kawan yg boleh diajak... yela.. antara kawan2 Siti yg rapat kt sini, Siti je yg masih berstatus ‘Cik’.. yg lain dah ‘Puan’ lama dh.. dan kawan2 yg rapat masa belajar kt UUM pula, keje kt KL... bukan senang nak jumpe..

Nak berjalan sorg2?? Erk..!! Tak biasa dan tak seronok pula kan? Hm.. bila memasing dh bekerja dan berkeluarga, inilah jadinya.. Mujurlah harini, tunang Siti pun cuti juga, sempena hari keputeraan Sultan Johor. So, dapat jugakla cuti2 Malaysia..^^

Plan asal nak ke Desaru, ikut trip memancing kt sane. But last minute, destinasi ditukar ke Tanjung Balau sbb kt Desaru terlalu ramai org.. camne nak memancing?? Jarak Desaru dgn Tanjung Balau pun taklah jauh sgt.. so, tak kisahla. Lagipun, secara peribadi Siti lebih suka pegi ke Tanjung Balau berbanding Desaru..^^

Bagi yg tak pernah dengar atau tak pernah sampai lagi, tanjung Balau ni terletak di Kota Tinggi, Johor. Kalau dari tempat Siti (Simpang Renggam), Siti boleh pilih sama ada nak lalu jalan biasa atau lebuh raya. Kalini Siti pilih lebuh raya sbb jarak perjalanan lebih dekat.

Dari lebuh raya Utara-Selatan, Siti keluar kt susur Kulai Jaya. Kemudian, dari Kulai menuju pula ke Kota Tinggi. Lebih kurang 1 jam atau kurang (bergantung kpd jenis kenderaan dan kelajuan), akan ada simpang menuju ke arah Desaru berdekatan dgn stesen minyak Petronas. Lebih kurang 5km dari simpang tadi, akan jumpe bulatan (roundabout) yg pertama, dan masuk simpang yg tertulis “Tanjung Balau”. InsyaAllah, tak susah utk sampai ke Tanjung Balau ni, sbb ade banyak signboard utk membantu pengunjung yg tak pernah ke sini. 

Ni kali kedua Siti ke sini, dulu Siti dtg dgn rombongan pelajar2 tingkatan 6 (tahun 2002),. Huuuu... dh hampir 10 tahun.. dh banyak sgt perubahan.. yg bagusnya, sekarang dah banyak tandas awam, tapak perkhemahan, resort dan kedai makan. Ade juga menara kawalan supaya bantuan dapat diberikan dengan segera jika berlaku kecemasan. Cuma, kalini Siti tak dapat nak ambil gambar2 pemandangan.. sebab.. waktu mandi-manda, takde sape nak ambilkan gambar..huhuuu...






Note: Esok, Siti akan cuba update gambar Pantai tanjung Balau ye.. skrg ni dh mengantuk sgt.. huhuu.. daaa... ^^

Monday, November 22, 2010

Jom makan angin!

Muka pucat giler! Heee...



Best2..!! Harini dapat g jalan2.. tgh bersiap2 lgni, sempat pula update blog dulu, hehehe… Tgh tgu tunang tersayang dtg.. tgh dok mekap tak siap2 lg agaknye.. Destinasi kalini? Hm.. mungkin Desaru. Mesti ramai org.. yela, sbb hari ni Johor cuti Hol Sultan Johor.

Siti pun dah ready bawa kamera, tripod, baju dan beberapa helai shawls.. hajat hati nak posing sakanla.. heheee… bile lagi kan.. okla.. daaaa….

Tak sabar dh.. ^^

Tuesday, November 9, 2010

Saya suka pantai...

Rasa nak terjun je bila tengok laut.. ishhh...
Jom kite citer tentang pantai yg best..^^
Me with my sis..^^
Now is November 2010.. jab je dhnk masuk ujung tahun.. Yeay!! Suka sgt.. sbb.. SCHOOL HOLIDAY!! Bukan murid je yg excited nak cuti tau, cikgu pun seronok nak cuti, hehe... Dalam kepala aku ni dah terbayang tempat2 best utk bercuti.. and ofcoz, tempat yg Siti paling suka ialah PANTAI.

Siti sanggup habiskan masa berjam-jam memandu, asalkan dapat menikmati keindahan tepi pantai.. Kalau di Johor ni, ade banyak pilihan pantai yang boleh dilawati, contohnya Kota Tinggi, Mersing, Pontian, dan Batu Pahat. Tapi, Siti paling suka pantai di sekitar Mersing. Lautnya luas.. air yang bersih.. pantai memutih.. angin sepoi-sepoi bahasa.. uishhhh.. tak terluah dengan kata-kata.. (cewahh!!)

Cuma, kalau nak ke Mersing ni ade bulan-bulan yang tertentu, kalau tersilap bulan, kita mungkin akan pergi masa musim tengkujuh.. dan waktu tu jangan haraplah nak berenang, bermandi-manda atau menyelam sbb laut memang sangat bergelora. ( Pengalaman sendiri sbb pernah pergi masa musim tengkujuh.. duduk dalam bilik jela.. )

Siti cadangkan, kalau nak pergi bermandi-manda kt pantai Mersing, pergilah sekitar bulan Jun hingga Oktober. Sama juga kalau nak pergi ke pulau-pulau sekitar Mersing. Disember hingga Februari adalah bulan yang perlu dielakkan sbb waktu ni musim hujan, angin sangat kuat dan laut terlalu bahaya. 

Tapi, kalau nak pergi jugak, memandangkan cuti sekolah paling lama ialah pada bulan Disember, ada satu alternatif lain iaitu Kota Tinggi. Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili di Kota Tinggi adalah antara lokasi yang Siti rasakan agak selamat sbb pantai ni lebih terlindung drpd angin monsun. Apa pun, segalanya Allah yang tentukan.. kita sebagai manusia sekadar merancang dan berusaha je.. ^^
Pantai Penyabung, Mersing 2009
Bertuahnya Malaysia sbb dikelilingi oleh laut kan? Tapi sangat menyedihkan apabila kita sendiri sebagai manusia yg dikurniakan akal  xtau nak menjaga dan menghargai anugerah yg Allah dah beri.. Kat tepi-tepi pantai tu, kita leh nampak mcm2 sampah sarap.. kalau bukan manusia yg buat, siapa lg? takkan semut2 atau beruk2 yang angkut sampah2 tu dari tong sampah kan? Apelah salahnya, kalau kita berkelah kita bawa sekali plastik sampai hitam tu. Before balik, kemas tempat yg kita duduk dan sampah tu kita bawalah balik atau buang kat tong sampah yang terdekat. Susah ke?? Kalau kita tak jaga, sape lagi nak jaga? Sampai bila kita asyik nak mengharapkan orang lain utk buat sesuatu yang sebenarnya kita sendiri boleh lakukan tanpa masalah. 
Trip with coursemate
Sejak kecil lagi, masa di sekolah, cikgu-cikgu dah ajar dah kepentingan menjaga kebersihan. Malahan, dalam Islam pun, menjaga kebersihan dan kesucian itu  adalah wajib. Dan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.. Kadang-kadang rasa malu dengan pelancong-pelancong asing.. kita dah war-warkan kt seluruh dunia bahawa kita adalah negara yang maju, negara Islam, negara yang mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidikan.. tapi kenapa mentaliti kita ni masih berada dalam 'kemunduran'? Ishh.. terbagi ceramah panjang pulak....

Air Papan, Mersing.
Ape pun, moralnya kt sini.. jagalah kebersihan tak kira di mana pun kita berada.. kalau rumah kita boleh jaga sebersih-bersihnya.. sampaikan anak atau adik jatuhkan plastik gula-gula sehelai pun kita dah bising satu hari, kenapa BUMI kita tak jaga pula? Bukankah bumi ni juga merupakan rumah bagi kita di dunia ni? Sapa tahu, mungkin dengan menjaga daripada sekarang, generasi-generasi seterusnya, anak, cucu, cicit akan dapat melihat sama mcm yg kita lihat sekarang.. Janganlah kita zalimi mereka dengan meninggalkan sampah sarap, kekotoran dan kemusnahan utk dijadikan tatapan buat mereka pada masa depan..

Tunggu redup sikit, baru terjun ke laut ye..

Alangkah bagusnya kalau pantai2 seluruh Malaysia bersih mcm ni..

Wednesday, December 2, 2009

Cuti-cuti Malaysia..!







MyEm0.Com
Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah mula sejak seminggu yg lepas. Lepas dh sattle semua urusan, akhirnya seperti yang dirancang, sekolah tempat aku keje anjurkan satu perkhemahan khusus untuk guru-guru dan murid-murid tahun 6. Program ni aku dan sorang lagi guru dah rancang berbulan-bulan sebelum mula cuti skolah. Yela, nak buat program yang melibatkan murid sekolah ni bukan mudah, banyak perancangan yang kene dibuat.

Langkah yang pertama sekali mestilah lokasi, ade beberapa tempat jugakla yang aku dah tinjau, tapi akhirnye GB setuju nak buat program ni di Mutiara Motors Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kenape tempat ni dipilih? Pertamanya kerana pengurusan tempat ni sangat menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan. Kawasannya lapang, pantai yang landai dan tidak berbatu-batu. Kemudahan kt sini pun lengkap, ade kafe, surau, pentas, tapak khemah yang luas...

Ikut tentatif program yang dh aku susun, sepatutnya kami bertolak jam 830 pagi. Tapi akhirnya jam 9.00 pagi barula kami semua dapat bertolak. Semua sekali ada lebih kurang 40 peserta dengan kenderaan sebanyak 8 buah. Sampai kat sana lebih kurang jam 1130 pagi. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan, laut pun bergelora. Rase sedih jugakla sbb kemungkinan besar tak dapat nak mandi manda kat laut...

Selepas selesai semua urusan pembayaran tapak khemah dan chalet, kami pun mula punggah barang2 yang ada dalam kenderaan ke tapak yang dah disediakan. Rasa lega sangat... akhirnya tercapai juga hasrat nak buat perkhemahan disini. Sangka aku, dengan keadaan laut yang bergelora ni xperlula buat aktiviti mandi manda... tp budak kan.. macam-macam pujuk rayu yang keluar... akhirnya dengan pemantauan daripada beberapa orang guru, dibenarkan jugakla murid-murid ni untuk mandi laut... Biarla, tapi dalam hati ni x putus-putus berdoa, semoga Allah lindungi kami semua daripada sebarang musibah yang tidak diingini....

Walaupun letih, tapi seronok. Mungkin sbb dapat jalankan aktiviti beramai-ramai, tengok gelagat-gelagat murid, terhibur rase hati. Layanan dari pihak resort pun sangat memuaskan, rase mcm VIP plak. Terima kasih banyakla kepada para pekerja resort yang sentiasa laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik... Bab makan pulak, mmg x penah kelaparan kami kt sini... sampaikan bekal yang kami bawa ade yang x terusik langsung. Mujurla aku cume ambil pakej makan 5 kali, tapi x sangka pulak kalau menunya sangatla pelbagai...

Waktu malam, selepas dijamukan dengan makan malam yang disediakan oleh pihak resort, kami berBBQ plak. Biasenye BBQ dgn daging ayam, tapi kalini buat kelainan sikit, kami BBQ ikan dan jagung pilak... gotong royongla semuanya... ade yang hiris bawang, dan cili api untuk buat pencicah, ade yang gaul kunyit garam kat ikan, ade yang bersihkan jagung, ade yang hidupkan api...mmg meriah... mcm kenduri kawen, hehe...Diiringi pulak oleh deruan ombak dan angin...cuma x dapat nak tengok bintang sbb malam tu mendung...nak tunggu semuanya siap, mate aku ni dah mengantuk sangat2... akhirnya aku makan setongkol je jagung, paerut pun mmg dh penuh sangat, then aku terus tnggalkan yang lain-lain dan masuk ke chalet untuk tido.

Esok paginya, pas subuh aku terus keluar, kononnya nak tengok matahari terbit. Alhamdulillah... cuaca nampak cerah, jadi dapatla tengok matahari terbit... Best jalan-jalan kt pantai waktu pagi-pagi ni... sejuk, nyaman, tenteram...Terdetik jugak kt dalam hati, bestnye kalau tinggal kt tepi pantai, hehe... murid-murid pun, bile nampak je air laut agak tenag pagi ni, ape lagi... terjun ke lautla...Biarlah dorang mandi puas-puas, lagipun mungkin inilah kenangan terakhir dorang bersama rakan-rakan sekelas, abb lepas ni masing-masing dh perpisah ke sekolah menengah yang berbeza-beza. Aku malas nak mndi laut, so juz jalan sorang-sorang kat tepi pantai sambil ambil gmbar yang menarik.

Dipendekkan cerita, selepas selesai semuanya, jam 130 kami mula beredar pulang... Bile nak buat aktiviti mcm ni lg? Tak tahula.. tapi harapnye lepas ni jangan aku yang jadi pengarah program lg.. pening kepala la...
MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...