Photobucket Photobucket

Friday, December 31, 2010

Photo Contest: My Bestfriend Forever!!

Sticky Entry
Sila scroll ke bawah untuk entry terbaru
Terima kasih...^^

Alhamdulillah... tercapai juga hasrat Siti untuk anjurkan contest Siti yang pertama!
Mudah je contest ni, antara syarat-syarat yang perlu dipatuhi:
  • Jadi Follower blog ni.
  • Copy banner di atas dan letakkan pada entry dan sidebar blog anda serta link kan ke entry ini.
  • Buat satu entry tentang contest ini . Tajuk: Photo Contest: My Bestfriend Forever!!
  • Upload gambar anda bersama-sama BFF anda (Tak kisah nak letak berapa ramai dalam satu gambar tu..^^).
  • Tuliskan pada caption:
  1. Mula berkawan sejak tahun berapa?
  2. Kenapa anda rasa dia/mereka BFF anda?
  • Akhir sekali, tinggalkan link entry anda pada komen.
Tarikh Tutup:
31 Disember 2010

Siti akan pilih 3 orang pemenang.

Kalau dah lapar...

Inilah gelagat kucing2 Siti tiap kali Siti dgn mak balik dari pasar.. belum semapt turun dari kereta, dorg dah kejar dahhh...
Yang mane still kt dalam umah tu, terus terjun ikut tingkap...
Tak toleh2 dah.. meluru je... aishhhhh.....
Mujurlah setakat ni tak penah lagi ade kes terlanggar kucing..

Tu diaaaaaa...!!
Tak kira kecik besar tua muda... semua perangai sama je...
pantang dengar bunyi kereta...
macam tau2 je Siti beli ikan...

Tak sempat nak masuk dalam umah.. terus bagi time tu jugak...
kalau takkk... habis kaki ni dorg kejar sampai nak jalan pun susahhh.....
Tu belum lagi dengan 'vokal' dorg yg kuat lagi nyaring....
Jiran-jiran pun dah faham sgt dah...

Inilah gayanya bila dah kenyang... terus membuta jee.....


Thursday, December 30, 2010

Contest Foto Kiut..^^

Jom join contest ni..^^
Siti memang suka masuk contest tentang gambar, heee....
nak tahu syarat2 leh klik SINI

Bawah ni gambar dua orang budak comel.. heee.. ^^

 
 
Dua orang anak buah Siti.. Nadiah anak abg Siti, Syahmi pula anak kakak.. ^^
Kalau dua orang sepupu ni jumpa.. memang menjadi...!!
Ade je benda yang dorang buat.. huru hara jadinya.. haha!

 
 

Tawaran Pertukaran Pinjaman (5% dan 3%) kepada Pembiayaan Ujrah (1%)

Balik dari sekolah tadi, mak kata posmen ada hantar surat 'istimewa' untuk Siti. Alahaiiii... surat ape pulakkkk... takut jugak kalau surat saman ke... dahla gaji dah 'licin' ni... Mak pun sengeh2 semacam je.. ishhhhh.... 

Tengok kat atas meja, takde surat pun? Yang ade cuma poskad kecik. Eh! Dah lama tak dapat poskad. Takkan saman polis sekarang guna poskad je?? Bila tengok dekat2... Ohhhhhh.... Surat Ahlong.... eh bukan!! Surat PTPTN.... Aaaaaa?? PTPTN???!!! Alamak.... kenapa plak ni?? Tau2 jela... Siti memang dah lama tak bayar.. bukan taknak bayar k... tapi akhir2 ni Siti memang 'kekeringan' sangat.... gaji pun bukanlah besar... name je keje swasta... tapi gaji Siti lebih kecik daripada matanya gaji lulusan diploma tau... huhuu.... 

Dah2... banyak pulak citernye... tengok tajuk jab... "Tawaran Pertukaran Pinjaman kepada Pinjaman Ujrah". Oooooo... inilah yang PTPTN war-warkan sebelum ni... tentang kadar peratusan yang diturunkan daripada 3% kepada 1%. Baca isi poskad pulak, hasil semakan PTPTN mendapati Siti bersalah layak untuk dipertimbangkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah (1%). Oleh itu, Siti dikehendaki mengemaskini dengan segera maklumat terkini di dalam laman web PTPTN.

Tak susah sangat pun... Siti cepat2 masuk ke laman web PTPTN, dan ikut arahan dengan betul, kemudian terus kemaskini maklumat yang PTPTN perlukan. Mudah-mudahan permohonan Siti ni diluluskan... Siti pun taknak berhutang lama2 ni... kalau boleh nak cepat2 sattle, supaya kepala dah tak payah fikir ape2 hutang lagi dah... Nak enjoy pun tak senang hati tau, kalau terfikir tentang hutang ni. Siti pun tak fahamlah, macam mane orang yang berhutang boleh buat tak tau je dengan hutang2 yang dorang buat tu. 

Bukan ape... sebab ade juga orang yang berhutang dengan Siti dah bertahun-tahun... tapi buat tak tahu je sampai sekarang... Masa nak berhutang, macam-macam dia cakap, Siti ni pun kesianlah kan.. yela... sebagai orang Islam, tak sampai hati rasanya nak biarkan saudara seagama, kawan pulak tu berada dalam kesusahan. Jadi, walaupun amsa tu Siti sendiri belum bekerja, Siti hulurlah beberapa ratus yang ada, dengan harapan dapat meringankan beban dia. Dan tak sangka pula... janji untuk bayar balik dalam tempoh sebulan tu, terus senyap buat tak tau je... awal2 tu selalulah juga Siti minta, SMS, telefon.. tapi lama-lama, SIti sendiri yang rasa segan nak mintak... haihhhhhh...... 

Takpelah... harap2nya, orang yang berhutang dengan SIti tu terbukalah hatinya untuk cari Siti semula dan jelaskan hutang yang dia dah buat.  Dan korang pun, yang ada hutang PTPTN macam Siti ni, kalau berkemampuan, gaji 4angka, boleh pakai kete mahal2, janganlah 'liat' membayar hutang ye... kesian kat adik-adik yang tengah belajar tu.. mungkin ada yang terjejas pinjamannya disebabkan kita ni yang tak bayar balik pinjaman... Malulah kat Siti ni, yang gaji kecik, tapi tetap berusaha tiap2 bulan untuk bayar walaupun dengan jumlah yang sedikit... 

Oh yee... kepada yang tahu lebih lanjut tentang tawaran pertukaran ni, boleh ke web site PTPTN www.ptptn.gov.my

 

Penyertaan hampir ditutup!!

Nampaknye penyertaan peserta untuk "Photo Contest: My Best Friends Forever" semakin giat menjelang saat2 terakhir ni... Hehehee.... Takpe.. takpe.. masih ade masa lagi... selagi jarum jam belum menunjukkan waktu tepat 11:59pm 31 Disember esok, selagi tu penyertaan masih diterima.

InsyaAllah pada 1 Januari 2011, Siti akan mula letakkan senarai bloggers yang menyertai contest untuk anda undi. Siti akan bahagikan kepada beberapa kategori kecil sebab setakat ni bilangan peserta semakin menghampiri angka 200. Jadi, tunggu makluman drpd Siti ye.. ^^



Jumaat public holiday??

Ohhhhh ohhhhhhh...!!! Betul ke ni??
Jumaat ni public holiday utk Malaysia sebab menang piala AFF Suzuki??
Wahahahahah!!!
Tak aci.. tak aci... rugi.. rugi....
sebab Siti memang tengah cuti lagi ni...
Huhuuuuu.....
Kalau betul la cuti.. memang sejarah ni! Sebab rasanya belum pernah lagi ade cuti sebab menang perlawanan bola... (atau sbb sebelum ni mmg tak pernah menang??)

Tapi, kalau cuti pun korang buat ape ek??
Layan tido sampai tengahari buta... pastu bangun makan... pastu tido lagi sampai petang kan??
Ke korang g cuti2 atau shopping mengabiskan duit gaji??
Dahla 1 Jan pun cuti...!! Uihhhh... cuti berganda namanya ni....
Tapi Siti pun tak sure... kita tengok jelah paper esok, mesti ade tulis kalau betul Jumaat public holiday. Ahaks! Ntah2, paper esok pun laku mcm goreng pisang panas.

Ni semua gara-gara bola. Kedai mamak laku.. warung laku.. stesen TV laku.. paper laku.. bagus2... secara tak langsung bola membantu meningkatkan ekonomi negara jugak, hehehe....
Note: Pasni jualan jersi pasukan bolasepak Malaysia pun mesti laku jugak..^^



Wednesday, December 29, 2010

Syabas skuad Malaysia!!

Baru balik dari tengok bola kat warung. Heee.. first time terjebak dgn semangat kesukanan ni.. Semuanya semata-mata nak tengok Harimau Malaysia berentap dengan Garuda. Kalau bukan disebabkan kontroversi "perang laser" penyokong Malaysia vs Indonesia, mungkin tak sekuat ni semangat Siti nak tengok bola.

Terima kasihlaa wahai penyokong2 Indonesia, 'kekecohan' anda tentang laser yg dikatakan menjadi punca kekalahan kepada skuad Malaysia menjadikan kami semua semakin bersemangat nak mendoakan kejayaan pasukan negara kami. Heeee..... cayalah!!
Huaaaa... tetiba Siti jadi 'Minah Bola' plak.. heheee... yela, semangat berkobar-kobar ni, sbb perlawanan akhir kann... Yang paling tersenyum lebar, mestilah penyokong2 lelaki yang ada kat warung tadi tu. Tu sebab menang, kalau kalah?? Mestilah keluar semua maki hamun kan? Heee.... 

Adatlah dalam sukan... ade menang ade kalah... Cuma, rezeki malam ni lebih berpihak kepada Malaysia. Esok, kita bacalah ape komen2 yang keluar kat surat khabar. Tak sabar juga nak tengok penerimaan penyokong Indonesia ni, ade nak buat 'tunjuk perasaan' lagi tak??

Pening.. pening.. siapa pemenangnya??

Tinggal lagi berapa hari je contest Siti "Photo Contest: My Best Friend Forever" akan tamat.. Sehingga ke saat ini, peserta dah menjangkau seramai 173 orang!!! Wowww....!! Siti memang tak sangka yang sambutan sangat menggalakkan... Thanks kepada semua yang menyokong.. terharuuuu... sob.. sob.. sob..

Ini menunjukkan yang kebanyakan blogger memang suka contest kan? dan kalau tengok kat senarai peserta, majoriti adalah blogger perempuan. Lelaki sangat kecil bilangannya. Kenapa? Blogger lelaki tak suka contest?? Heeee.... takpelah... contest ni pun juz untuk suka2 je... secara tak langsung Siti dapat juga bantu blogger2 yang tengah kering idea (macam Siti selalu.. huhuuu) untuk tulis entry kat blog masing-masing. Juga sebagai penghargaan kepada sahabat2 yang kita kasihi.
Cuba baca entry mereka tentang sahabat2 mereka, berapa lama mereka berkawan? dan mengapa mereka dianggap sebagai sahabat? Masing-masing ada kisah dan cerita sendiri. Ada yang dah berkawan berpuluh-puluh tahun, ade yang berbelas tahun, ade yang baru beberapa tahun atau berapa bulan... sebenarnya, jangka masa tu tak penting. Tak semestinya yang paling lama kita kenal tu boleh jadi sahabat kita. Sebab yang paling utama adalah bagaimana mereka menerima kita sebagai sahabat dan bagaimana mereka mempengaruhi kehidupan kita.

Dan, tak semestinya sahabat tu adalah orang yang bukan darah daging kita sendiri. Ade entry yang dihantar oleh sorg peserta ni, BFF beliau adalah ibu beliau sendiri. Kagummm... sebab, jarang anak2 nak berkongsi kisah dengan ibu bapa sama macam mereka berkongsi kisah dengan kawan-kawan. Malah, ade yang sanggup mengutamakan kawan melebihi tanggungjawab kpd ibu bapa sendiri.
Jadi, jangan pening-pening tentang siapa yang akan jadi pemenang. Biar Siti yang pening sorang je ea.. heheee... Tapi, memandangkan penyertaan sangat ramai... Jadi Siti rasa Siti nak buat sistem undian. Ok tak? Jadi, Siti nak minta bantuan rakan-rakan blogger untuk tentukan siapa yang lebih layak menjadi pemenang. Peserta kalau nak undi sendiri pun bolehhh... atau kalau nak minta kawan2 tolong undikan pun takde masalah...  Undian akan Siti buka selepas Contets My BFF tamat secara rasminya pada 31 Disember 2010, tepat jam 11:59pm. Jadi, sila bersedia ye... heheeee....

Jika ada cadangan atau pandangan tentang pemilihan pemenang, jangan segan silu untuk tinggalkan komen di bawah ye... jangan takut.. Siti tak makan orang... heheee.... ^^
 

Tuesday, December 28, 2010

Best Friends Forever Giveaway

Sila KLIK banner di atas utk join.. ^^

Ops! Ni bukan contest BFF yg Siti buat tu ye, ni lainnnnn... sbb Siti takleh join contest Siti sendiri, jadi Siti joinlah GA BFF anjuran Neza ni.. heeee.... 

Siti dapat tahu tentang contest ni pun from blog kak eB.
Kalau suka join contest atau GA leh ke blog kak eB sebab beliau memang fanatik dgn contest n GA mcm Siti, ahaks!

Ok, syarat2 utama dah sattle.. dan gambarnye....
v
v
v
v
v
Nahdhatul Akmal bt Abu Bakar...
Itulah pemilik nama gadis yang bergambar dengan Siti.. ^^
Tapi Siti lebih suka panggil dia 'NADET'..
Kenal sejak 1st day masuk kelas kt UUM..

Sama2 suka enjoy..
Sama2 suka shopping..
Sama2 suka makan..
Sama2 suka tido..
Sama2 suka wat assigment last minute..

Walaupun kami tak sama hostel langsung, malah jarak hostel kami berdua lebih kurang 3km lebih... tp Siti selalu tumpang tido kat bilik nadet. Sanggup kongsi satu katil... dan biasenye time tido Siti mesti kene himpit dengan Nadet sebab dia lebih besar, hahahahah!

Banyak sangat sweet memory dengan dia... hampir semua kenangan2 manis zaman belajar dulu, Siti lalui dengan dia... 
Dan yang paling penting, Nadet sentiasa ada disisi waktu Siti gembira, sedih, stress..

Sekarang, kami dah jarang sangat berjumpa.
Siti di Johor.. Nadet di Selangor..
Namun, dalam hati... dia sentiasa menjadi KAWAN yang TERBAIK!

Siti nak tag:
ANDA SEMUA..!!

Tarikh tutup:
31 Januari 2010



Keje.. keje.. keje..

Hari ni menyambung lagi tugasan semalam kutip duit yuran dan buku-buku. Maklumlah... dah diserahkan tugas sebagai guru kelas sesi sekolah tahun depan, so kenelah bertugas dengan penuh dedikasi... cewah! Hee.... 

Semalam je kutip yuran + duit2 buku dah hampir RM7 ribu.. Berpinar mata tengok duit banyak2 ni.. tak masuk lagi dengan rasa gigilnya. Yela, takut pegang duit banyak2 ni... dahlah bukan duit Siti... kalau hilang ke... terkurang ke... atau bila kira balik akaun tak balance ke... haaaa.... tak ke naya.. huhuuuu..... 
Siti mengajar kat sekolah swasta, sebab tu la yuran awal tahun ni memang besar. Untuk tahun satu je, untuk seorang murid yurannya termasuk semua buku akademik dan agama yang kene dibeli dah mencecah RM700. Ini ade family tu yang anaknye 4 orang sekolah kat tempat siti. Jadi bayangkanlahhh...

Sebenarnya, ibu bapa ni cuma nak yang terbaik je untuk anak2 mereka. Tak kisahlah walau kene keluarkan kos yang tinggi pun, asalkan anak2 dapat didikan agama dan akademik yang seimbang, duit tak akan menjadi penghalang. Kagum betul Siti... walaupun ade sesetengah ibu bapa tu yang kerjanya hanyalah sebagai peniaga pasar tani... pekerja kontrak... kalau yang kerja dalam bidang professional tu, memang tak menjadi masalah, sebab mereka memang mampu.

Hm.. oklah, panjang pulak ceritanya. Nanti tak pasal2 Siti lambat.... Kul8:30 kaunter yuran dah buka.. tapi ade juga ibu bapa yang datang awal sebelum kaunter buka sebab ade komitmen lain.. huhuuu... Siti pegi dulu.. ^^

Monday, December 27, 2010

Bola sepak: Malaysia vs Indonesia

Dendam terbalas?? Hahaaaa... !! Patutlahhhh umah rasa bergegar semalam, rupanya skuad bola sepak Malaysia berjaya mengalahkan skuad Indonesia dgn 3-0. Nasib baiklaaaa bukan rumah atas, kalau tak......
 
Sebelum perlawanan lagi, masing2 dah buat ramalan... yang pasti, ramai yang yakin skuad Malaysia akan menang, alasannya: mandrem Indon tak boleh masuk kat Malaysia. Heee... yeke?? 
Siti takdelah percaya sangat dgn benda2 mcm ni, tapi ramai yang kata kekalahan Malaysia dengan Indonesia kat Jakarta dulu sebab Indon main mandrem atau dalam bahasa mudahnya ilmu hitamlahh.... Ishhhh... Siti tak berani nak komen lebih2... kang tak pasal2 Siti lak yg kene mandrem...
 
Ape pun, tahniah skuad bola sepak Malaysia sbb berjaya menumpaskan Indonesia. Cuma harap2nya, janganlah terlalu berpuas hati dan bermegah-megah... sama2lah kita mendoakan kejayaan skuad bola sepak negara pada perlawanan seterusnya menentang Indonesia di Jakarta Rabu depan.


3 hari tanpa laptop...

Lega.. syukur alhamdulillah... akhirnya penantian selama 3 hari berakhir jugak... huhuuu..... Actually, sejak hari khamis lepas Siti tak dapat nak online... laptop kesayangan ni lah.... tiba2 'meninggal' kerana masalah 'kegagalan fungsi' internal hard disk... nak menangis rasanya... ape taknye, baru berazam nak update 3 entry sehari... bila dah rosak. takleh nak update dah... nak ganti baru memang tak mampu lagi... mujurlah ade encik tunang tersayang.... die tolong gantikan hard disk baru je... heheee.... bolehlaaaaa..... walaupun hard disk 'second-hand'... 

Habis semua file yang Siti simpan kat 'D' hilang... tak dapat diselamatkan.... Mujur file yang penting2, Siti memang save kat external hard disk... So, kepada yang baru join Contest BFF Siti, sorry sgt sebab tak berpeluang nak jenguk blog anda. InsyaAllah, hari ni Siti ziarah satu-satu ye...


Thursday, December 23, 2010

Contest Aku dan Masa Silam...

Ade contest lagiiiiii!!!


Tapi masa silam kat sini bukan masa silam yang kelam ye.. jgn fikir Siti ade mase silam yg 'gelap' plak... hahaha!

Ini contest gambarla... gambar dolu2 vs gambar terkini..^^

Puas selongkar album gambar dolu2.. aishhhh... tak byk gambar lama2 pun... sbb dulu manelah mampu nak beli kamera kan... lainlah sekarang ni....
Akhirnya, jumpa yang ni je... huhuu...

sila scrool ke bawah ye... 
( bagi bersenam sikit jari2 tuh.. heee...)

V
V
V
V
V
V
V
V
V

 Taraaaaa....!!!

Gambar dulu dan gambar sekarang.. ^^

Malu sebenarnya nak tunjuk, sebab kecik2 dulu Siti memang comot, hahah!
Suka main dgn budak2 lelaki, lasak, nakal, selalu berkubang kat parit sampai badan kecut, suka panjat pokok, suka main kejar-kejar.. semua yang lasak2, heeee....

Tapi sape sangka? Apabila makin dewasa, hilang semua perangai yang lasak2 tu dan beralih minat kepada seni lukis, tarian melayu, memasak, berhias, bersolek dan warna purple...
Pengaruh hormon ke?? Mungkinlahh..... hehehe....

Tapi, yang tetap tak boleh berubah ialah... Siti sukaaaa sangat bergambar! Pantang ade orang nak amik gambar, mesti Siti nak tunjuk muka... dan bila dah mampu beli kamera sendiri ni, lagilah parahhhhh... kat mane2 pun nak bergambar je.... huhuuuu....

Ok, cukuplah rasanya... tulis panjang2 nanti bengkak mata plak nak baca.. hehe...
Kita bagi peluang kat orang lain bercerita pulak ea... ^^

Tarikh tutup:
29 Disember 2010


Siti nak tag:
Semua yang baca.... bolehkan??

 
Note: Thanks Suya sebab buat contest yang best mcm ni.. teruskan blogging ya! Gud Luck.. ^^

Sesi mengemas meja guru

Hari ni rasa penat sikit.. baru je balik dari sekolah ni.. sesi mengemas bilik guru. Tapi Siti cuma kemas meja sendiri je, hehee... Itu pun, 2 beg plastik sampah yang paling besar, penuhhhhhhh!! Adoihhhhh..... Tak sangka mcm ni punye banyak sampah Siti... Erk! Jangan salah faham ye, sampah2 ni semuanya kertas2 lembaran kerja murid-murid dan barang2 untuk recyle je. Pastu kongsi plastik dengan cikgu lagi sorang, heeee.... agak2 kalau hantar kat pusat recycle ni, dapat bape ringgit ek?

Siti siap bawa vacum cleaner dari umah lagi. Malas nak menyapu.. lagipun nanti habuk terbang2, kene alahan plak.... (alasan je nih...). Tapi nak kemas lebih-lebih pun tak boleh, sebab tadi Siti berdua je. Tunggu gotong-royong perdana 26hb nanti, barulah boleh mengemas habis-habisan. 

Tahun depan, Siti kene jadi guru kelas pulak... Adehhhh... dah setahun rasa selesa sebab tak pegang kelas, tahun depan kene pulakkkk..... Dah lupa dah macam mana nak jadi guru kelas.. heeee..... Jadinya, kenelah uruskan hal jualan buku tulis dan buku teks Isnin akan datang ni... Tak boleh nak bantah dah, sebab arahan guru besar. Takpe... InsyaAllah Siti boleh buat yang terbaik, lagipun dah ade pengalaman jadi guru kelas sebelum ni. Cuma, kali ni kali pertama Siti pegang kelas tahap 2.

Tepat pukul 2 petang, Siti pun siap2 berkemas balik ke rumah. Ingat nak sattlekan buku2 tulis dan buku teks sekali, tapi cari2 kunci bilik stor buku, tak jumpe pulak... kerani pun dah balik... so balik jela... esok atau lusa, kalau rajin, sambung keje lagi. Alahhhh... jarak sekolah dgn rumah bukan jauh pun... 5 minit je kalau naik kete....

Bersih tak meja Siti? Hahaa... dah mcm nak pindah keje plak.. ^^


Wednesday, December 22, 2010

Contest Mata Stylo Mylo Dinamik Wow!!


Ahaks! Contest lagi..heee...^^
Nak join sila klik SINI

 
Ni gambar masa Siti bertunang.. ^^
Siap pakai bulu mata sekali tau!
Heee... hasil sentuhan tangan bakal adik ipar Siti.. suka sangat!
Sebab.. Siti nampak berbeza dan tunang Siti pun suka.. ^^

Tarikh tutup contest:
2 Januari 2011
Siti nak tag:
Semua yang baca..^^

Bila dah terlalu banyak kucing....

Ohhhh... ade entry pasal saya la... ^^
Sape yang suka sangat2 kat kucing?? Angkat tangan cepatttt!!!! Tau dahhh... rakyat Malaysia ni memang pecinta haiwan, sebab tu ramai peminat kucing kan?? Heeee.... Sape yg kate kucing tu huduh, tak comel, pengotor, mesti orang tu tak suka kucing kan? Takpela, masing2 ade pendapat sendiri. Tapi pada Siti, kucing ni memang sangat COMELLL...!!

Yeah, kucing memang menyenangkan hati, mendamaikan jiwa kalau setakat sekor dua... Tapi macam mana kalau dah membiak sampai berbelas-belas ekor?? Masih menyenangkankah?? Haaaa... inilah yang menjadi isu Siti sekarang. Huhuuuu... kucing2 Siti sekarang semuanya dah berjumlah 15 ekor.. 9 kucing dewasa, 6 lagi anak kucing.. semuanya memang comel sangat. Tapi menjadi masalah apabila nak uruskan: Makan, minum, najis, dan kerosakan harta benda.

Kucing2 Siti ni semua sangat demand bab makan tau... Siti sendiri pun kadang makan nasi sekali je dalam sehari, tapi kucing2 ni mesti nak makan nasi 3kali sehari.. Tu pun belum termasuk dorang punye friskis dan kadang2 ikan mentah. Bab dorang punye 'bahan buangan' pula paling Siti tak tahan.... Walau dah sediakan pasir khas pun, kadang2 ade jugak yang 'terlepas' kat ceruk2 dapur... adehhhhh.... tu yang kadang2 amuk satu umah.... Tapi kucing2 ni walau dah kene marah pun, muka mcm tu jugak... dah namanya pun kucing kan.... heheee....

Bab kerosakan harta benda pula, memang banyak.... Tak taulah, memang dah jadi habit dorang ni suka mencakar kusyen, langsir, karpet... habis berbulu-bulu semua barang yang dorang cakar tu... Belum lagi kes menjatuhkan barang2 hiasan, koyakkan majalah, suratkhabar, tisu... penah sekali tu, bila bangun pagi je tengok ruang tamu penuhhhhh dengan tisu yang dicarik-carik!! Kucing2 tu pulak, dah penat sangat main sepanjang malam, tido lena je kat atas sofa... aihhhh.... nak marah pun tak guna kan......
Walaupun banyak karenah dorang ni, tapi tetap juga bela dengan penuh kasih sayang... kalau ade yang sakit je, cepat2 carikan ubat... kalau ade yang kurus tak lalu makan je, cepat2 belikan ikan atau makanan yang sedap2, time sunyi2 takde teman kat umah, dorang ni jugaklah yang jadi teman bergurau.. Itulah, sebab dah sayang kan.....


Saya mau GA dari Miss Librarian

Sangat takde idea nak taip entry baru.. huhuuu....
So, daripada sepi tanpa entry, baik Siti join contest.. kan? kan?
Kali ni GA dari Miss Librarian

Syarat2nya sangatlah senang....
Kalau tak pecaya leh terus klik kat banner di atas.

Siti nak tag:

Bambam
Kak eB

Tarikh tutup:
10 januari 2011

Contest Birthday Lina

 Jumpa satu lagi contest yg best hari ni.. Tak sia2 Siti online sejak pagi tadi, nak tulis entry tgh xde idea.. so layan contest jela.. heheee... ^^

Kali ni contest anjuran Lina Jalil sempena birthday beliau..
Nak join?? Ape syarat2nya??
Klik SINI

Dan... gambar yang Siti nak masukkan ialahhhh......
*
*
*
*
*

 INI!!!!

Huh! Suspen je lebihhh... heheee.....

Gambar tangkap sendiri je.. maklumlahhh... Siti ni pemalu, kalau orang lain nak ambikkan mesti gambar Siti jadi gambar yang tersipu-sipu malu...

Now, Siti nak tag:

Bambam
Shuhada Othman
Noor Azura Aman
Tarikh tutup:
24 Disember 2010


Candid itu cunlaaaa....!!


Sape kate gambar candid tu tak cun?? Cunla..... sbb tu blog Miss Dilla ni boleh buat contest gambar candid... heeee.... ^^

Sesape nak join, leh klik je kat nama miss dilla di atas ye..
Nama pun Contest Candid, so.... kat bawah ni gambar candid Siti..

*
*
*
*
*
*
Hahaa..!! Memang zalim orang yg amik gambar ni, Siti tgh syok2 bercakap die leh amik gambar plak... tak sempat nak pose gediks.. ^^
Sekali pandang, gambar ni mcm orang jual tudung...
Tapi dua kali pandang.. mcm orang jual jamu plak..... Boleh ke mcm tu??

Sekadar memeriahkan contest anjuran empunya blog je.. menang atau tak.... Siti tak kisahhhhhhh..... 

Oleh sebab Siti taknak bolot hadiah sorang2 (macam comfirm leh mennag je... ^^), so Siti nak tag:

Bambam 
Kak eB
Aishah AR
Iqa Sensei

Tarikh contest melabuhkan tirai:
10 Januari 2011




Tuesday, December 21, 2010

Anak dijadikan alat untuk menipu..!!

Apalah nak jadi dengan mak bapak sekarang ni?? Anak yang sepatutnya dididik dan diberi perlindungan, dijadikan alat untu menipu orang pula.... Kesian anak tu... Tak mustahil, bila dah besar nanti, anak tu pun akan jadi penjenayah. Kenapa?? Sebab dah dididik mcm tu sejak kecil lagi.... So, sape yang nak dipersalahkan??

JOHOR BAHRU 20 Dis. - Ibu bapa seharusnya menjadi pelindung kepada anak-anak, namun sebaliknya yang dilakukan oleh sepasang suami isteri ini apabila menggunakan anak perempuan mereka berusia lima tahun untuk menipu dan menyamun orang ramai.
Bagaimanapun, kegiatan kedua-dua suspek berusia 44 tahun itu terbongkar apabila mereka bersama anak perempuannya ditahan polis di dalam sebuah kereta di sekitar Jalan Wong Ah Fook di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, modus operandi pasangan itu adalah meminta simpati orang ramai termasuk menggunakan anak perempuannya sebelum menyamun mangsa.
"Kita tidak menolak kemungkinan mangsa seolah-olah 'dipukau' oleh kedua-dua suspek sebelum barang berharga miliknya dilarikan.
"Setakat ini, kita syak pasangan itu terlibat dalam tujuh kes memperdayakan orang ramai di sekitar bandar raya ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, susulan penahanan pasangan berkenaan, pihaknya merampas tiga utas rantai emas, lima cincin emas, dua subang emas, seutas jam tangan berjenama, dua utas gelang emas, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM2,100 dipercayai milik mangsa.
Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati suspek lelaki memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk kes samun.
Pasangan itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan, manakala anak mereka diserahkan kepada ahli keluarga terdekat, katanya.
Dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar memberitahu, polis menahan dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun kerana disyaki terlibat dalam 27 kes pecah kereta di negeri ini.
Beliau berkata, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau kerana mencuri itu ditahan dalam kereta Perodua Viva pukul 3.50 petang di Jalan Pantai Lido di sini semalam.
Polis turut menemui sebuah komputer riba dipercayai milik mangsa dan beberapa peralatan yang disyaki digunakan semasa melakukan jenayah berkenaan termasuk pemutar skru, katanya.
Sumber: Utusan Online

Tips Shopping Online

Zaman dah berubah.. dunia makin maju..
Ingat lagi tak dengan tagline satu iklan ni dulu? Siti tak ingatla iklan ape.. tapi kalau tak silap, iklan surat khabar Berita Harian. Tapi Siti bukan nak cerita pasal berita harian ni, tapi nak cerita tentang cara shopping zaman sekarang.

Shopping Online vs Shopping Offline
Agaknye... yang mane satu lebih memuaskan hati?? Ok, jom kita kaji kebaikan dan keburukan pembelian secara online ni.

Satu masa dulu, pembelian secara online ni memang agak janggal pada kita, lagipun masa tu prosesnya tak semudah sekarang. Kalau tak silap, dulu semuanya kene ade kad kredit. Lagipun masa tu belum ada mesin Cash Deposit, jadi kalau nak membayar pun kenelah beratur dekat kaunter... Tapi sekarang, semuanya dah lebih mudah. Yang takde kad kredit pun boleh. Sekarang dah ade Maybank2u, transfer, CDM, paypal dan mcm2la.. kadang2 sampai Siti pun xtau nak sebut...

Monday, December 20, 2010

Segmen: Kenanganku sebagai blogger...

En. Ben Ashaari buat segmen lagi!! Kali ni BA nak blogger yang join ni imbas balik kenangan lama.. 

  • Tarikh lahir blog anda?
9 Oktober 2008
(Cuba check kat kalendar, hari apa?? Hee... )
  • Punca kelahiran blog anda?
Masa ni Siti baru beli hp baru (Sony Ericsson k800i), so ade satu function kat picture hp tu yg kita boleh send terus gambar ke blog. Dan dari situlah blog Siti Manis wujud.. ^^
  • Orang pertama yang menjadi follower anda?
IkaShawl.. Tapi Siti sendiri tak pernah jumpa blog dia.. maybe dia bukan seorang blogger...
  • Entry pertama anda sebagai blogger?
Entry pertama Siti hanya sekeping gambar langit yang Siti ambil dengan HP baru masa tu.. hehee.. kemaruk betul nak bergambar.. xde tulis ape2 pun, juz caption ' blue blue sky '.. Hee... lawak je rasanya.....
  • Entry pertama anda yang mendapat banyak komen?
Segmen BA - Cerita Kreatif: Saya nak bagi BA hadiah... Masa ni dah dekat2 dgn birthday BA, so BA pun buat segmen yang best nih.. hehee... ^^
 
  • Blogger pertama yang anda jumpe?
Belum pernah lagi. Kecuali.... iqasensei sebab dia satu tempat keje dgn Siti, so selalulah jumpe... ^^

  • Blog yang anda minat?
Rasanya dah banyak kali dah promote blog ni, hehehe... 
Kenape??
Sebab dia cute sangat!!

  • Ceritakan kenangan manis anda sebagai blogger?
Bila ramai yang singgah, baca entry Siti dan tinggalkan komen2 yang menyenangkan hati... manisssss sangat..!!

  • Ceritakan kenangan pahit anda sebagai blogger?
Setakat ni belum ada dan Siti harap memang takkan ada pun sampai bila2.. heeee... ^^

  • Impian anda terhadap blog anda?
Siti harap blog Siti bukan saje ada ramai follower, tapi yang paling penting follower yang follow Siti tu ingat blog Siti dan sentiasa menunggu entry2 terbaru dari Siti.. heee... insyaAllah, Siti akan usahakan untuk itu... ^^


Harini Monday laa...~

Isnin yang membosankan.... Kenape?? Sebab, pagi2 ISnin ni dah ade mesyuarat... adehhhhh.... Takpelah, rasanya memang banyak yang nak dibincangkan, sebab cuti sekolah pun dahnak habis. Minggu depan pun Siti dah sibuk dengan guru-guru lain utk uruskan penjualan buku tulis dan buku teks. Berdebar juga rasanya nak ke mensyuarat ni... Sebab, mungkin hari ni lah penentuan subjek ape yang Siti akan Siti ajar tahun depan...

Kalau sebelum ni, Siti mengajar Bahasa Inggeris tahun 2 dan 3, serta Bahasa Melayu utk tahun 6... apakah masih kekal tahun depan atau pun berubah?? Kalau kekal, alhamdulillah... sbb Siti tak perlu ulangkaji banyak sangat... tapi kalau berubah... nampaknye kenelah buka buku dan ulangkaji semula dari awal.....
Tapi takpe.. walau ape pun subjek yang diberikan, Siti akan jadikan ia sebagai satu cabaran sebagai guru dan Siti akan cuba yang terbaik. InsyaAllah.. Yang pastinya, setiap tugas itu adalah satu amanah, dan wajib utk kita laksanakan amanah itu sebaiknya....

Eh! Dah 8:30 pagi!! Lambat nanti.... Huhuuu... Siti pegi dulu... ^^


Sunday, December 19, 2010

Contest Nak Menang Header dan Blog Makeover!!

Wahhhh... sangat teruja nak join contest ni!! Kenapa?? Sebab.... pemenang yang bertuah akan dapat header dan blog makeover... ^^
Nak join?? Cepat klik SINI.

kenapa anda nak makeover header atau tukar rupa blog anda?

Kenape nak tukar?? kan dah ok header & blog Siti ni... Erk!!! Ok ke?? 
Hmm... rasanya macam kurang ok laa.... 

Sebenarnya, Siti nak jadikan blog Siti ni lebih mesra pengguna, lebih tersusun, lebih kemas dan yang penting... LEBIH RINGAN. Kalau Siti menang, Siti nak semua yang Siti senaraikan tadi ade kat blog Siti.. hehe...

Lagipun, owner contest ni sangat kreatif orangnya, banyak betul header dan blog makeover yang beliau dah buat. Dan hasilnya.... memang SUPERB!!

Bertuah sungguh sebab beliau mempunyai daya imaginasi dan kemahiran yang sangat tinggi! Siti nak buat header yang simple mcm tu pun dah berpeluh-peluh dahi, hidung... tu belum campur dgn pening kepala, sakit mata, sakit ati.... heeee... ^^

So, cicakdanlelabah... pilihlah blog SIti Manis untuk anda buat make over ye.. sbb Siti sangat suka dengan hasil yang anda dah buat kat blog2 lain tu.. huhuuu... sangat jeles tau... dan kalau Siti tak menang pun, buatlah satu tutorial ringkas supaya yang tak berjaya menjadi pemenang akan dapat cuba make over sendiri ikut tutorial yang anda buat.. bolehkan? Kalau jawapan ada 'BOLEH!', Sitilah orang yang paling bahagia kat dunia blog ni.... heheeee... ^^

Akhir sekali, Siti nak tag:

 


Lontong Johor


Dah lama tak makan lontong.. biasenye mak masak lontong time ade ramai ahli keluarga atau time ade majlis-majlis istimewa je. Kebetulan, hari ni adik Siti dan anak2 sedara pun ade, so mak pun buatlah lontong.

Lontong wajib kene ada kuah lodeh dan sambal tumis. Kalau takde dua ni, haishhhh... bukan lontonglah namanya. Zaman sekarang, orang buat lontong guna ketupat segera je. Tapi sebenarnya lontong yang original ialah nasi yang dibungkus dalam daun pisang yang dijadikan bentuk silinder, kemudian direbus mcm rebus ketupat tu. Kalau dekat kampung, masih ade lagi warga2 tua yang buat mcm mcm ni, generasi muda mcm Siti ni dah tak pandai nak buat dah...

Sumber: http://psittacula.wordpress.com/2007/07/20/lontong-johor/

Saturday, December 18, 2010

GA from blog MummyChacha..!!

Siti telah di'tag' oleh Cik Misi yg cute tadi ni.. hehee..

1st GA anjuran MummyChaha.

GA yg sangat simple sebab tak payah pikir slogan, entry panjang berjela dan tak payah susah2 nak korek album gambar lama2.. (macam contest Siti Manis tuu.. hehee.. )

Kalau tak percaya, leh klik SINI.


Tarikh akhir:
11 Januari 2011 

Siti nak tag:
Bambam
Cik Tomato
 


Mee Sanggul Goreng

Bangun pagi hari ni, tiba2 terasa sangat lapar pulak.. Mungkin sbb semalam tak makan malam.. (dietla kononnye.. ^^). Terfikir-fikir nak buat sarapan ape yang ringkas, cepat dan sedap. Then, ternampak pula mee sanggul Cintan yang Siti beli minggu lepas. Hm.. bolehla... cuma nak kene ke pasar cari bahan2 sampingan sikit.

Sumber: Google
Inilah mee sanggul yang Siti guna. Tak susah nak sediakan mee ni, cuma kuarkan dari plastik, kemuadian rendam sekejab. Kalau nak lebih cepat, celur je mcm masak mee maggi tu.. ^^

Friday, December 17, 2010

Lala masak pedas

Memang dah lama sangat tak jumpe 'lala' ni.. kenape ntah, dah susah sangat.. agaknye dah hampir pupus kot... Kalau dulu, bila g pasar je mesti ade 'lala' ni, tapi skrg.... 
Tapi, dah rezeki harini agaknya, masa Siti pegi pasar dgn mak tadi, terjumpa pulak orang jual lala... tak pikir panjang, terus beli je, walaupun harganya sekilo RM6.. mahal kan? Hmm.. dah teringin punya pasal, beli jugakla... kan kempunan, lagi susah.. hehe...

Segmen: Dulu aku nakal..!!


 Harini Encik Ben berhajat nak buat kita semua mengimbau balik zaman-zaman nakal masa sekolah dulu.. hahahah! Ade je idea kreatif En. Ben ni kan? Bagus.. bagus.. segmen2 macam ni dah terbukti buat blog2 baru semakin dikenali.. Thanks En. Ben!

Ok, sekarang Siti nak imbau balik kenangan masa nakal dulu..^^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...