Photobucket Photobucket

Thursday, April 28, 2011

Sukan.. cepatlah berlalu....

Bukannya Siti tak suka atau boikot sukan ea.. sila jangan salah faham.. tapi menguruskan murid-murid dalam acara latihan sukan ni memang memenatkan... Bukan badan je yang penat... otak dan mulut pun penat jugak.. 

Tapi tak dinafikan yang bersukan sambil melayan karenah murid-murid ni memang seronok! Masa ni lah boleh tengok gelagat nakal dan keanak-anakan diorang. Kadang-kadang tu sampai rasa nak terguling-guling gelak, tapi terpaksalah control, kalau tak nanti... aihhhh... takmolah cakap, heheee...

 Ayam tambatan utk acara tarik tali.. ^^

 Sungguh-sungguh berlatih walau panas terik...

 Acara terompah gergasi.. nampak senang, tapi perlukan skill imbangan badan dan kerjasama yang sangat baik untuk berjaya.. ^^

 Hero-hero tarik tali.. tapi just menang sorak je... takpelah.. takde rezeki tahun ni.. ^^


 Ini jelah satu-satunya gambar yang ada muka Siti.. peace.. ^^

Maskot untuk rumah kuning.. heheeee.... ^^
(Murid ni sangat nakal + lasak, walau ade asma yang teruk.. )


Monday, April 25, 2011

[Gambar] Seni Potongan Kertas

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni.. memang mengagumkan betul...
Macam manalah boleh terfikir nak buat seni macam ni ek??

 Menari-nari kat dalam hutan..

 Macam taman burung...

 Kalau ade buku-buku lama, boleh dijadikan hasil seni macam ni...

 Ni bukan bunga hidup tau.. ^^

 Seolah-olah pokok ni tumbuh kat buku pulak...

 Anak sape laaa yang rajin menyapu ni... ^^


Jenuh nak siapkan satu2 ni...

Inilah rupa pemilik karya seni ni.. ^^





Saturday, April 23, 2011

Contest Alya: Aku dan Alam

 Klik BANNER utk baca syarat-syarat contest

Rasa tertarik nak join sebab, Siti memang suka berada dekat dengan alam.. ^^
Sebab tu la Siti selesa tinggal kat kampung je.. heeee....

Gambar ni diambil masa Siti bercuti dengan mak dan anak saudara kat Pulau Sapi, Sabah. Cantik betul pemandangan kat sana.... teringin nak pergi lagi.. ^^

Tarikh tutup:
30 April 2011

Tag:
Cik Bambam
Bunga dan Coklat
Sweet Apple


Contest Mata Paling Cantik


 Contest lagi..!

Memandangkan nak taip entry pun takde idea, so.. join jela contest banyak.. at least, update jugak blog Siti ni.. heheee.... 

Siti join contest ni bukanlah sebab mata Siti cantik.. ramai lagi yang mata cantik-cantik kat luar sana tu.. tapi Siti tergerak nak join sbb tuan blog sendiri yang dah menjemput Siti.. setiap undangan kita kenelah tunaikan, betul tak? 

Maka, dengan confident Siti pertaruhkan 2 keping gambar ni. Nanti pandai2lah Luncai pilih ye.. ^^

 Gambar 1

Gambar 2

Kalau nak ambil dua-dua pun boleh.. heheee... ^^

Nak tag:


Tarikh tutup:
22 Mei 2011


Thursday, April 21, 2011

Semak status pendaftaran MEdSI

Sangat berdebar-debar.. sebab esok adalah tarikh untuk semak status pendaftaran MEdSI. Siti memang sangat berharap yang kali ni, Siti akan dapat sambung DPLI.. dah cuba berapa kali, tapi masih tak berjaya.. belum rezeki lagila kan...

Kepada yang mendaftar juga tu, jangan lupa mulai esok, 22hb April kita dah boleh semak status pendaftaran secara online kat sini:


Monday, April 18, 2011

Segmen Comelnye kite waktu kecil... ^^


Rasa tertarik-tarik pulak nak join segmen dari blogger Kapie ni.. kebetulan Siti pun memang dah lama tak join segmen macam ni.. ^^

Tapi.. syaratnye.. kene letak gambar masa baby atau masa kecik-kecik.. huhuuu.... sebenarnye, Siti tak banyak gambar masa kecik-kecik.. tau-tau jela... zaman Siti lahir dulu kamera ni bukanlah gadget yang murah nak dibeli.. ni pun mujurlah jugak ade tersesat sekeping...

Ishhhh... maluuuuu...
Anak sapelaaaa yang tak pakai baju ni..
Mujurlah baby lagi... kalau sekarang pun perangai macam ni... aihhhhhhh..... :p

Biodata Siti:
Nama penuh: Siti Noraisyah bt Perdan
Tarikh lahir: 06 Mei 1983
Tempat lahir: Hospital Daerah Kluang
Cita-cita: Usahawan wanita yang berjaya.. ^^

Sekarang, kene letak pulak gambar yang terbaru..

Agak-agaknyela, ape persamaan Siti masa kecik dengan Siti sekarang??
Cer cari.. cer cari... heheee...



Resepi Murtabak Mini


Murtabak mini?? Haaa... bukan karipap je ade karipap mini, atau popia mini, murtabak pun ade mini tau.. heheee... Resepi ni simple sangat, dan langsung takde penggunaan tepung. Sebaliknya, Siti gunakan kulit popia sebagai ganti. So, bagi yang malas nak menguli macam Siti ni, bolehla cuba.. ^^

Bahan-bahan:
3 biji kentang (potong dadu)
bawang besar
bawang merah*
bawang putih*
halia*
rempah kari daging
daging kisar
air asam jawa
garam
gulaminyak untuk menumis
air secukupnya
(Tumbuk bahan yang bertanda *)
Kulit popia
Telur ayam (ikut suka nak banyak mana)

Cara memasak inti murtabak mini:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.

Cara menyediakan murtabak mini:
Pecahkan telur dalam mangkuk, ambil sedikit inti yang telah disejukkan dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi, masukkan juga hirisan bawang besar dan gaul rata. Ambil kulit popia, letakkan di atas bekas yang rata ( pinggan atau dulang ). Tuangkan 2 sudu inti di tengah-tengah kulit popia dan lipat. Goreng di atas kuali leper (macam goreng murtabak), balik-balikkan. Angkat apabila kulit popia sudah berwarna kuning keemasan.

Nota: Selain daripada digoreng, boleh juga dibakar dalam oven dgn suhu 180 darjah selama 30 minit. Tapi popia perlu dibalik-balikkan setiap 10 minit, dan dulang pembakar perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.



Saturday, April 16, 2011

Mee Sanggul Sup Sayur

Sejak akhir-akhir ni blog Siti dah macam blog masakan pulak.. haha! Yela.. dah berapa banyak entry resepi yang Siti post.. Tapi.. seperti satu kepuasan apabila Siti dapat kongsi resepi-resepi ringkas. Yang pastinya, resepi ni semuanya adalah yang Siti pernah masak. So, xdelah just copy n paste je.. ^^

Kali ni, nak share mee sanggul sup sayur pulak. Kenapa Siti suka gunakan mee sanggul dalam masakan? Sebab, mee ni kita boleh simpan berbulan-bulan dan bebas nak masak dalam kuantiti yang sikit. Berbanding mee kuning atau mee basah, kalau dah beli sekilo, kenelah masak sekilo tu habiskan.. tak boleh simpan sangat dalam peti sejuk, kalau lama sangat, rasanya pun dah tak sedap...

Bahan-bahan:
Mee sanggul Cintan
(rendam dalam sampai kembang then bolehlah dicelur atau campurkan je sekali dalam kuah sup nanti.)
Bawang putih*
Halia*
Lada sulah*
Ikan bilis*
(boleh juga dihantikan dgn ayam, daging atau sea food yg lain)
Bawang merah (dihiris)
Lobak merah
Bunga kobis
batang saderi
fishball
Kentang
Tomato
Sawi
Daun sup
Taugeh
Air

Cara-cara memasak:
Tumbuk bahan2 yang bertanda * dan tumiskan bersama hirisan bawang merah hingga wangi. Masukkan air dan sayur-sayur yang lambat empuk. Selepas lebih kurang 10 minit (bergantung kepada saiz potongan lobak dan kentang, sebab semakin besar saiz potongan, semakin lama untuk empuk) masukkan pula sayur-sayuran yang lain. Perasakan dengan garam. Matikan api dan taburkan taugeh serta daun sup. Tuangkan sup sayur ke atas mee sanggul dan hidangkan bersama sambal kicap.

Bahan dan cara-cara membuat sambal kicap:
Cili padi*
(kuantiti ikut ketahanan pedas..^^)
Gula pasir*
Bawang putih saiz kecil*
Kicap

Tumbuk kesemua bahan yang bertanda *. Tuangkan kicap dan gaul hingga sebati. Kalau terlalu pedas, tambahkan gula.



Contest I Love My Eyes

Jom ramai-ramai join contest by Ieja.. ^^
Senang je contest ni.. juz klik BANNER di atas.


Nak tag:
Cik Bambam

Tarikh tutup:
30 April 2011


*Err.. Cik Ieja... boleh ke letak gambar time btunang ni?? Kalau tak boleh, Siti tukar pic lain.. ^^


Popia Goreng

Dah lama tak makan popia goreng.. 2, 3 hari jugak Siti teringat-ingat tentang popia ni, tapi bila keluar asik lupa je nak beli kulit popia...

Sekarang dah puas hati dah, sebab dah dapat buat ape yang Siti teringin, heeee.. bukan susah sangat pun.. cuma inti kat dalam tu je yang agak leceh sikit.. macam masak sayur goreng biasa je.. ade orang mungkin suka beli sayur yang dah siap potong-potong tu, tapi Siti pulak lebih suka beli sayuran segar dan Siti potong sendiri. Sebab kadang-kadang, sayur campur dalam paket tu macam ade baula... bau ape tah.. tu yang Siti tak suka...

Bahan-bahan inti:
Lobak merah
Kacang panjang
Cili merah
Cili hijau
(semua sayuran ni potong/racik kecil-kecil)
Taugeh
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Telur ayam


Cara masak:
Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, masukkan juga cili merah dan cili hijau. Bila dah layu, masukkan lobak dan kacang panjang. Masukkan sedikit air. Bila air dah kering, pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau laju supaya telur tak bergumpal. Akhir sekali masukkan garam, gula. Selepas matikan api, terus masukkan taugeh dan kacau sampai rata. Tujuannya, supaya taugeh tu tak terlebih masak.

Letakkan bahan inti tadi kat hujung bucu kulit popia, gulung dan untuk lekatkan hujung popia, bancuhkan sikit tepung jagung pekat-pekat, sapukan pada hujung kulit. Dengan cara ni, gulungan popia tak akan terbuka semasa digoreng.

Selain daripada digoreng, popia sayur ni jugak sedap kalau dikukus. Pastu, cicah bersama sos dan mayonis.

Selamat memasak...! ^^



Friday, April 15, 2011

Siti pun dah ade Dollydle.. ^^

Siti dah semakin jarang update entry sejak akhir-akhir ni.. entahlaaa... semangat blogging rasa macam dah menurun je... hmm...

Tapi malam ni Siti paksa jugak jari-jari ni untuk menaip sebab Siti nak tunjukkan dollydle yang sangat comel ni.. heeeee.... ^^

Terima kasih banyak-banyak ye Cik Amirah dari blog The Dollydle's Cottage.. ^^
 
Siti sangat berpuas hati dengan dollydle ni, cantik kan?
 
So, kalau ade readers yang nak tempah dollydle macam Siti ni, bolehlah berurusan terus dengan Cik Amirah ye.. jangan risau, servis cepat dan harga pun berpatutan.. ^^



Monday, April 11, 2011

Penyeksaan haiwan cara baru... sedihh....

Siti seorang yang sangat cintakan haiwan.. Siti memang akan rasa sangat sedih dan marah kalau Siti ternampak sesiapa pun yang buat sesuatu yang menyakitkan apatah lagi menyeksa haiwan tu.. sama ada memukul, sepak, campak.. semua tu memang tak patut! 

Even kalau kita nak makan haiwan tu pun, ade kaedah-kaedah dalam Islam yang wajib kita ikut supaya tak menyeksa haiwan tu...

Dan sekarang ni, ada 'penyeksaan' haiwan cara baru yang dilakukan oleh golongan manusia yang diberi 'akal' untuk berfikir... Tapi rasanya kelakuan-kelakuan ni dah terlebih sudaaahhh....
 Trend terbaru kat China.. dorang ni jual keychain yang dalamnya mengandungi haiwan-haiwan kecil seperti ikan dan kura-kura. Dan katanya, air berwarna yang digunakan tu mengandungi nutrien yang diperlukan oleh ikan dan kura-kura tu untuk terus hidup berbulan-bulan lamanya...
Tapi ape gunanya nutrien semua tu kalau elemen paling penting untuk hidup iaitu oksigen takde??
Lebih baik bela dalam aquarium je....


Saturday, April 9, 2011

Apabila Jawa bergabung dgn Barat!!

Tajuk entah ape-ape jela... heheeee....
Sebenarnya nak tunjuk menu kat bawah ni ha....
Menu beberapa hari yang lepas...
Boring asik makan oat dgn susu je.. so yang ni Siti gabungkan masak bening pegaga + oat segera. Heheheee... 

Masak bening tu kalau orang melayu cakap sayur masak airla..
Sedappp..... lebih-lebih lagi dimakan time cuaca panas-panas ni ha...



Friday, April 8, 2011

Nasi Ambeng Johor.. sape tak penah cuba, rugi...^^

 Uihhhh... sedapnyeeeee......
Silalah terliur dengan makanan di atas ni.. heheeeee...
Ha.. saje nak tunjuk kat semua orang, inilah NASI AMBENG...
Alahhh.. yang femes dikalangan masyarakat Jawa tu..

Sekarang ni, kat pasar2 malam atau kat bazar pun dah ade jual.. tapi biasanya orang yang bukan Jawa ni diorang akan panggil NASI AMBANG. Hm.. bukanlah salah.. cuma sebutan sebenarnya ialah NASI AMBENG. Ambeng tu kalau dalam bahasa Jawa maksudnya KUMPULAN...

Biasanya nasi ambeng ni dijamu kepada tetamu dalam majlis-majlis kenduri tahlil, bacaan yasin, potong jambul dan kenduri doa selamat. Nasi ni akan dihidangkan dalam dulang, lauk pauknya pula diletakkan diatas nasi beralaskan daun pisang... biasanya satu dulang tu akan dikongsi dengan 4 orang, sebab tulah namanya nasi ambeng, kerana ia dimakan secara berkumpulan.. dan bukan secara individu mcm kita makan dalam pinggan tu.. 

Istimewanya nasi ambeng ni ialah, lauk-pauknya yang pelbagai jenis. Antara menu wajib bagi lauk-pauknya ialah:
  • Mee / mihun goreng
  • serunding kelapa
  • ayam masak kicap @ ayam masak merah
  • sambal goreng (campuran kentang, tempe, tauhu, suun, tauhu kering dan lain-lain)
  • ikan masin goreng
  • timun
  • acar sayur-sayuran
7 jenis lauk semuanya. Banyakkan? Hahaaa.. kalau Siti ni, makan satu family pun tak boleh habis tau. Sebab tulah, nasi ambeng ni biasanya akan dibawa balik untuk diberikan pula kepada ahli keluarga. Tuan rumah akan sediakan beg plastik, kertas surat khabar dan daun pisang supaya tetamu yang nak bawa balik nasi ambeng tu, boleh bungkus sendiri. So, tak kesahlah nak bungkus berapa banyak pun.. 

Bungkusan nasi ambeng yang dibawa balik ke rumah ni pula istilahnya ialah BERKAT. Jadi, masa Siti kecik-kecik dulu memang suka bila dengar ada orang datang umah jemput abah pegi kenduri, sebab balik dari kenduri nanti mesti abah akan bawa balik BERKAT, hehee.... Memang pemurah betul masyarakat Jawa ni kan?

Ini pula adalah nasi ambeng yang belum dikeluarkan kepada tetamu. Nasi ambeng ni akan dikeluarkan selepas habis bacaan tahlil atau senang cerita, selepas selesai majlisla.. Siap makan-makan, tetamu pun balik ke rumah masing-masing...

Kalau dikirakan, kos untuk buat nasi ambeng ni memang besar. Sebab, biasenye tetamu yang dijemput untuk satu-satu majlis kenduri adalah dalam lingkungan 40-50 orang. Jadi, perlu sediakan dalam 10 @ 12 ambeng atau anggaran dalam 15kg beras. Ayam pulak anggaran 15 ekor, Mihun 5kg, tauhu dan tempe masing-masing 30keping... dan kos-kos untuk bahan-bahan yang lain... Ape pun, yang Siti nyatakan kat sini adalah anggaran bahan yang family Siti biasa buat.. family lain, mungkin tak sama bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Melihat kepada kuantiti bahan yang sangat banyak ni, mesti terfikir.. "Larat ke nak masak banyak-banyak tu??" Heeee... kalau masak sorang-sorang.. memang tak larat.. besi pun boleh bengkok kalau mcm tu.. sebab tu lah biasanya, masyarakat Jawa ni akan bergotong-royong atau istilah dalam bahasa Jawanya REWANG untuk menyediakan bahan, masak dan menghidang. So, tuan rumah cuma sediakan bahan-bahan, peralatan masak, dan mengemas rumah je.. sikap bekerjasama mcm ni lah yang susah kita nak jumpa sekarang...

Cukuplah setakat ni dulu Siti cerita tentang nasi ambeng ni. Dah cukup detail kot.. sampaikan untuk kos penyediaan pun Siti nyatakan sekali, hehee... So, kalau ade sesiapa yang berminat nak buat nasi ambeng, tapi tak tahu caranya, bolehlah emel Siti ya.. daaaaa.... ^^


Thursday, April 7, 2011

Lain yang dicari.. lain yg ku jumpa...

Tiba-tiba je rasa mcm dah lama tak ronda-ronda kat kebun sebelah umah Siti ni.. biaselah.. duduk kat kampung, asal ade tanah kosong atau tanah lapang je istilahnye kebun la.. hehe... so, jgn pulak bayangkan kebun getah atau kebun kelapa sawit berekar-ekar ye.. 

walau pun kebun kecik je, tapi ade jugaklah tanam pokok pisang, kelapa, mangga dan sayur-sayuran kampung sikit. Masa belum keje dulu, SIti memang rajin uruskan kebun tu.. tp sejak dah keje ni.. dah tak terbela pulak.. habis semak-samun jadinya...
Dipendekkan cerita, ada pokok labu yang tumbuh kat situ. Siti sajelah nak tgk2, kot2 ade buah labu yang dah masak tapi tak perasan, sebab pokok labu memang lebat sangat daunnya... Then, tengah dok belek-belek.. tetiba ternampak pulak sesuatu yang memang buat mata Siti bulat-sebulatnya!
Peria!! Ishhhh... takkanlah pokok labu berbuah peria kot?? cer check.. cer check.. Ooo... rupa-rupanya.. dibalik rimbunan pokok labu tu, ade pulak terselit pokok peria kat celah-celahnya... dan memang dah rezeki harini agaknya, adelah buah peria sebiji... Aihhh... baru ingat nak call TV3 tadi.. sbb ade kejadian pelik kan.. haha!
Tapi bukan setakat peria ok! Bila Siti selak-selak lagi, ade pulak pegaga (not Lady Gaga) yang subur-subur kat tempat yang sama.. Alhamdulillah... Tak payahlah susah-susah pegi kedai runcit beli sayur lagi, sebab dah complete dah.. ade peria dan ulam pegaga.. ^^

 Kalau teror, cubalah teka yang ana satukah ulam pegaga? Cer teka.. cer teka.. heeee....


 Geram tak korang bila tengok ulam pegaga yang tumbuh subur macam ni?


Pegaga ni jadi tinggi daripada biasa sebab ia bersaing dengan pokok labu untuk mendapatkan sumber cahaya ye anak-anak murid sekalian.. ^^



Inilah hasil tuaian hari ni.. lumayannnnn...^^

Nak?? 

Bolehhhh..... 

seikat 2 ringgit.. heheee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...