Wednesday, December 2, 2009

Cuti-cuti Malaysia..!







MyEm0.Com
Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah mula sejak seminggu yg lepas. Lepas dh sattle semua urusan, akhirnya seperti yang dirancang, sekolah tempat aku keje anjurkan satu perkhemahan khusus untuk guru-guru dan murid-murid tahun 6. Program ni aku dan sorang lagi guru dah rancang berbulan-bulan sebelum mula cuti skolah. Yela, nak buat program yang melibatkan murid sekolah ni bukan mudah, banyak perancangan yang kene dibuat.

Langkah yang pertama sekali mestilah lokasi, ade beberapa tempat jugakla yang aku dah tinjau, tapi akhirnye GB setuju nak buat program ni di Mutiara Motors Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kenape tempat ni dipilih? Pertamanya kerana pengurusan tempat ni sangat menitikberatkan soal kebersihan dan keselamatan. Kawasannya lapang, pantai yang landai dan tidak berbatu-batu. Kemudahan kt sini pun lengkap, ade kafe, surau, pentas, tapak khemah yang luas...

Ikut tentatif program yang dh aku susun, sepatutnya kami bertolak jam 830 pagi. Tapi akhirnya jam 9.00 pagi barula kami semua dapat bertolak. Semua sekali ada lebih kurang 40 peserta dengan kenderaan sebanyak 8 buah. Sampai kat sana lebih kurang jam 1130 pagi. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan, laut pun bergelora. Rase sedih jugakla sbb kemungkinan besar tak dapat nak mandi manda kat laut...

Selepas selesai semua urusan pembayaran tapak khemah dan chalet, kami pun mula punggah barang2 yang ada dalam kenderaan ke tapak yang dah disediakan. Rasa lega sangat... akhirnya tercapai juga hasrat nak buat perkhemahan disini. Sangka aku, dengan keadaan laut yang bergelora ni xperlula buat aktiviti mandi manda... tp budak kan.. macam-macam pujuk rayu yang keluar... akhirnya dengan pemantauan daripada beberapa orang guru, dibenarkan jugakla murid-murid ni untuk mandi laut... Biarla, tapi dalam hati ni x putus-putus berdoa, semoga Allah lindungi kami semua daripada sebarang musibah yang tidak diingini....

Walaupun letih, tapi seronok. Mungkin sbb dapat jalankan aktiviti beramai-ramai, tengok gelagat-gelagat murid, terhibur rase hati. Layanan dari pihak resort pun sangat memuaskan, rase mcm VIP plak. Terima kasih banyakla kepada para pekerja resort yang sentiasa laksanakan tanggungjawab mereka dengan baik... Bab makan pulak, mmg x penah kelaparan kami kt sini... sampaikan bekal yang kami bawa ade yang x terusik langsung. Mujurla aku cume ambil pakej makan 5 kali, tapi x sangka pulak kalau menunya sangatla pelbagai...

Waktu malam, selepas dijamukan dengan makan malam yang disediakan oleh pihak resort, kami berBBQ plak. Biasenye BBQ dgn daging ayam, tapi kalini buat kelainan sikit, kami BBQ ikan dan jagung pilak... gotong royongla semuanya... ade yang hiris bawang, dan cili api untuk buat pencicah, ade yang gaul kunyit garam kat ikan, ade yang bersihkan jagung, ade yang hidupkan api...mmg meriah... mcm kenduri kawen, hehe...Diiringi pulak oleh deruan ombak dan angin...cuma x dapat nak tengok bintang sbb malam tu mendung...nak tunggu semuanya siap, mate aku ni dah mengantuk sangat2... akhirnya aku makan setongkol je jagung, paerut pun mmg dh penuh sangat, then aku terus tnggalkan yang lain-lain dan masuk ke chalet untuk tido.

Esok paginya, pas subuh aku terus keluar, kononnya nak tengok matahari terbit. Alhamdulillah... cuaca nampak cerah, jadi dapatla tengok matahari terbit... Best jalan-jalan kt pantai waktu pagi-pagi ni... sejuk, nyaman, tenteram...Terdetik jugak kt dalam hati, bestnye kalau tinggal kt tepi pantai, hehe... murid-murid pun, bile nampak je air laut agak tenag pagi ni, ape lagi... terjun ke lautla...Biarlah dorang mandi puas-puas, lagipun mungkin inilah kenangan terakhir dorang bersama rakan-rakan sekelas, abb lepas ni masing-masing dh perpisah ke sekolah menengah yang berbeza-beza. Aku malas nak mndi laut, so juz jalan sorang-sorang kat tepi pantai sambil ambil gmbar yang menarik.

Dipendekkan cerita, selepas selesai semuanya, jam 130 kami mula beredar pulang... Bile nak buat aktiviti mcm ni lg? Tak tahula.. tapi harapnye lepas ni jangan aku yang jadi pengarah program lg.. pening kepala la...
MyEm0.Com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...