Friday, February 25, 2011

Petua untuk bakal pengantin perempuan

Bagi perempuan yang bakal berkahwin, mesti dari awal lagi dah fikirkan tentang konsep pakaian, jenis mekap, pelamin dan macam-macam lagi. Semua tu untuk memastikan yang kita akan kelihatan berseri dan cantik. Tapi, jangan lupa, selain semua persediaan luaran tadi tu, persedian dalaman juga penting. Dan biasanya, amalan-amalan seperti petua tradisional akan menjadi pilihan.

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin.


Bunga Mawar
  Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama 1/2 jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak 
 Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado
 Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut
 Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap



2 comments:

b a m b a m ' s said...

leh guna carrot wat ilang parut ker..lorr..x tau..hehhehe..nak try ler..heheheh

Siti Noraisyah said...

a'ah, insyaAllah boleh, akak penah gak try. Tp petua melayu ni nak kene buat selalu, kalau sekali dua je mmg tak nampak kesannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...