Saturday, October 1, 2011

Cerita kahwin orang dulu-dulu..

Sejak lepas raya ni, rasanya tak putus-putus Siti terima kad jemputan untuk majlis kahwin. Ade terima daripada sedara-mara, kawan-kawan, jiran sekampung... Mak kata, zaman mak kecik-kecik dulu nak jumpa majlis kahwin umpama 1 dalam 1000... sebab, bukan semua orang mampu.. yang berkahwin masa tu pun cuma buat kenduri doa selamat kecil-kecilan je.. Walaupun kos barang-barang zaman tu sangat rendah, tapi disebabkan orang kampung zaman dulu sangat susah, hidup pun ibarat 'kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang', jadi mereka tetap tak mampu. Kalau ade orang kampung yang agak mewah sikit, barulah boleh buat majlis yang siap ada sanding-sanding, kompang dan sebagainya. 

Tapi mak kata, yang seronoknya masyarakat masa tu saling tolong-menolong kalau ada orang kampung tu yang nak buat majlis kahwin. 3 bulan sebelum majlis lagi orang kampung dah bergotong-royong. Nanti tiap-tiap hari akan ade jiran-jiran yang datang ke rumah sumbang beras, tepung, gula dan bahan-bahan lain ikut kemampuan masing-masing. Rempah kari dan kurma' pulak, mereka buat sendiri je. Beli rempah, kemudian goreng atau sangai dan tumbuk sendiri. Bukan macam sekarang, semua dah siap dalam paket segera.Tepung beras pun sama, mana ada jual tepung beras macam sekarang ni. Jadi, mereka tumbuk beras tu sama-sama sampai jadi tepung. Bila dah siap semua tu, barulah proses buat kuih dan persiapan-persiapan yang lain. Pendek kata, semuanya bergotong-royong.

Mungkin sebab tu jugaklah perkahwinan orang dulu-dulu boleh kekal lama hingga ke akhir hayat. Sebab, semuanya berkat doa orang kampung yang sama-sama bersusah payah buat persiapan supaya majlis berjalan dengan lancar. Bila dengar cerita mak ni, rasa terharu pun ada...
Sekarang, walau orang bising harga barang-barang keperluan makin naik, tapi dalam bab majlis kahwin, tetap meriah macam artis! Menu pulak macam-macam.. ada nasi minyak, nasi beriani, nasi hujan panas, nasi jagung, nasi pelangi, bla..bla..bla.. banyak sangat sampai tak tau nak sebut.. lauk-pauk pulak... ayam, kambing, lembu, complete semua ada! Belum kira pencuci mulut dan kuih-muih, telur rebus, gula-gula, kek, cenderahati...... pening kepala nak senaraikan semua yang ada... Tapi, tu menunjukkan kemakmuran negara kita. Berkat keamanan ni la, kita dapat nikmati semua kesenangan tu.

Tapi yang tak bestnya, bab hutang dan pembaziranla... ade yang sanggup berhutang sebab nak buat majlis yang gilang-gemilang.. kalau boleh, nak disebut-sebut sampai 7 keturunan! Huh! kalau itulah niatnya, maka ikatan perkahwinan tu takde makna apa-apa pun.. sayangkan?
Tiba-tiba, rasa takut pulak nak kawin! Takut nak berdepan dgn hal-hal majlis ni... eeeeeee~ Tapi, tak boleh diam, memang kene fikir jugak... aduhaiiii.... kan best kalau ada wedding planner yang boleh tolong sattlekan... ade tak? Tapi nak yang free la.. sebab nak elakkan pembaziran... heeeeeee..... ^^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...