Thursday, November 11, 2010

Single but not Available..

Tarikh: 8 Ogos 2010
Hari: Ahad
Tempat: Simpang Renggam


Sebenarnya, dah lapuk dah cerita ni.. tp Siti baru nak share kt blog ni harini.. hehee.. kalau sesape yang pernah singgah baca kt blogshop Ct's Collections, mesti perasan yg entri ni dah ade kt sane kan? Untuk blog yg ni, Siti karang ayat lain sikit, supaya tak rasa mcm pernah baca jee.. hehee....
 
Kesian.. terpaksa duduk kt luar je..
8 Ogos yg lepas, tarikh Siti bertunang dengan jejaka pilihan hati Siti.. (skemanye ayattt...:p ). Sebelum tu, wakil pihak lelaki datang merisik pada 12 Julai 2010. Dan selepas berbincang, terpilihla tarikh istimewa ni.. Ape yg istimewa?? Sebenarnya xde ape2 pun.. Juz kebetulan tarikh ni je yg Siti free, xde program sekolah, dan adik-beradik serta ahli keluarga yg lain pun dapat datang. 

 Bukan senang nak bertunang ni kan? Lebih-lebih sebab Siti terpaksa buat semuanya sorang.. Beli barang hantaran, gubah hantaran, siti buat sendiri je.. 

Keluarga pihak lelaki
Kenapala xnak tempah atau upah org yg lebih arif je ek?? Ntahla... kononnya, adelah bakat nak menggubah, tapi bila dah mula nak buat, terkial-kial je...hihihiii... Takpela, pengalaman ni bolehla dijadikan pengajaran kat orang lain.. next time, kalau nak gubah hantaran, pastikan anda ada kemahiran asas, idea, lakaran, budget dan yang paling penting adalah MASA! Kalau majlis bertunang tu dekat, baik tempah jela... cuma sediakan 'RM' jela k...
dgn mak, adik n anak2 sedara..

Itulah yang berlaku kat Siti, dalam masa hanya berapa minggu, Siti terpaksa bertungkus-lumus siapkan hantaran. Hasilnya, tengokla ye.. x seperti yg Siti bayangkan.. Malu je.. sebab, hantaran dari pihak lelaki lebih 'ngetop'! Huhuuu.... Dipendekkan cerita, pihak lelaki bagi 7 dulang (tema warna putih) dan Siti balas dengan 9 dulang (tema warna ungu).

Tgh dgr perbincangan

Untuk solekan masa majlis tu, Siti sangat bertuah sebab bakal adik ipar Siti , Nur sudi tolong solekkan.. Kalau nak harapkan Siti solek sendiri, tah jadi apela... setakat bersolek nak g dating tu okla lagi. Veil yang Siti pakai pun, Nur yang pinjamkan.. hehe.. Sebenarnya, Siti nak buat majlis yang sangat simple je.. Jadi, xdela terfikir nak pakai veil atau bersolek lawa2 sangat..

Malu-malu plak...


Sebelum majlis, Siti dah pastikan dulu dengan bakal tunang berapa ramai wakil yang akan datang. Masa berbincang tu, dia kata mungkin dalam 3buah kereta je. So, Siti anggarkan ada dalam 15 orang. Tapi, nak dijadikan cerita, yang datang bukan 3 buah kereta, tapi 10 buah!!! Kecoh jugakla orang kt dapur sebab tak sangka yang datang ramai mcm tu... (orang kt dapur dh budget masak utk sekitar 30orang je.. sbb sedara mara pun ramai yg dtg). Siti pun tak boleh nak kata ape dah.. orang dtg sbb nak meraikan majlis Siti kan?
 Kat ruang tamu, berlakulah urusan/proses perbincangan antara wakil pihak lelaki dan pihak perempuan. Pihak Siti diwakilkan oleh Pak Long dan abg Siti yang sulung, manakala pihak lelaki pula diwakilkan oleh ahli keluarga terdekat. Apa yang mereka bincangkan, Siti pun xtau.. sbb sepanjang proses tu Siti duduk kat bilik je.. dahla sorang2 pulak tu.. huhuu... Selesai perbincangan, barulah cincin pertunangan disarungkan kat jari manis Siti...

Nasib baik muat.. hikhikhik..
Alhamdulillah, selepas jamuan makan sikit, semua pun dah selesai... Siti bersyukur sangat sebab semuanya berjalan dengan lancar.. Walaupun ade sedikit kekecohan kat dapur ( nasi tak masak2 walaupun dah berjam-jam dimasak.. ) Tapi semuanya dapat diatasi dengan baik...

Walaupun majlis Siti simple je, tapi tetap nampak meriah dengan kehadiran saudara-mara, ahli keluarga dan jiran-jiran.. Terima kasih sgt sebab semua dah bertungkus-lumus utk pastikan majlis siti berjalan lancar... Terharu.... sobsobsob... "Barangsiapa yang mempermudahkan urusan orang lain di dunia, Allah akan permudahkan urusannya di dunia dan di akhirat..." InsyaAllah...

Siti gubah sendiri ni tau..
Pengapit cilik..!!
Pengacau masa bersolek ni..
My ring..
Nur as my makeup artist
Lirikan bulu mata palsu yg berat, haha!
Habis sudah...







2 comments:

Nurulbadiah Lai said...

ct cntik..chayok22 cekgu hot

Siti Noraisyah said...

haha! Nurul lg cantik.. bakal peguam 'hot'.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...