Wednesday, November 24, 2010

Syurga tu kan di telapak kaki ibu..

Siti: Mak... nak tengok tapak kaki mak jab.. (smbil cuit2 kaki mak)
Mak: Kenape??
Siti: Cikgu kate syurga tu kt tapak kaki ibu.. jadi Siti nak tengokla tapak kaki mak, sbb Siti nak tgk syurga..

Dialog tu dialog zaman Siti baru nak kenal huruf dulu, hehehe... Tu pun mak yg citer balik, kalau tak, Siti tak ingat pun. Betapa tingginya darjat seorang emak tu, smpaikan bau syurga pun kita tak dapat kalau kita menderhaka kpd ibu.

Tapi Siti sangat sedih, bila tengok ade sesetengah anak yg langsung tak cuba membahagiakan mak sendiri... Malah, sanggup menipu, mengherdik, memaki, mengabaikan mak... manelah letaknya rasa hormat dan rasa kasih kt mak kan? Takkan langsung tak teringat mcm mane mak layan anak2 mase kecil dulu.. mcm mane sakitnya mak melahirkan kita.. mak membesarkan kita... mak mendidik kita.... mak sanggup korbankan ape saje utk anak2... 

Siti ingat lagi, masa kecik dulu kalau makan lauk2 yg pedas. Mak sanggup jilatkan dulu makanan tu biar hilang rasa pedas, pastu baru suapkan kat mulut Siti. Dan Siti pun, asalkan ade je makanan atau lauk2 yg pedas, Siti akan cepat2 bagi kat mak: "Mak.. jilatkan... " Akhirnya, mak cume kenyang pedas je.. heeeee.... ^^ Kalau makanan atau air yg panas pula, mak akan tiupkan dulu, barulah suapkan kt mulut kitekan? Siti percaya, semua mak kat dunia ni akan buat mcm tu. 

Siti harap, biarlah semua anak2 yg ade kt dunia ni sygkan mak masing2 sama macam yg mak mereka syg mereka masa kecil dulu... Siti taknak lagi dengar ade anak2 yg menyakitkan hati mak... yg tinggalkan mak kt rumah orang tua.. yg tinggalkan mak dorg sorg2 kt kampung tanpa jagaan... Allah tu Maha Adil... Allah pasti akan balas setiap perbuatan kita sama ada di dunia ataupun di akhirat... Mungkin kalau kita derhaka kpd mak kita  sekrg, anak2 pun akan derhaka kpd kita... Kalau kita mengabaikan mak, mungkin anak2 kita nti pun akan mengabaikan kita juga... Hidup ni ibarat roda kan? Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah... 

Siti tulis ni pun sebagai peringatan kpd diri Siti sendiri juga... Supaya Siti akan sentisa ingat jasa dan pengorbanan mak... sbb Siti SAYANG SGT KT MAK... ^^

Semoga mak sentiasa sihat, bahagia dan dilindungi Allah s.w.t... Aminn...

2 comments:

zulkbo said...

salam..
ermmm..tahu tak pe..
satu hari nanti anda
juga akan bergelar ibu
dan harapan anak2 mengasihi
anda sebagaimana harapan
ibu anda sekarang..

Siti Noraisyah said...

salam. terima kasih.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...