Monday, December 6, 2010

Semoga cepat sihat ye..

 Semalam, lepas makan kat kenduri kawen, Siti dan yang lain2 pun terus je menuju ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk ziarah anak kakak Siti, Syahmi. Sian dia, masuk harini dah 6 hari Syahmi kat wad, demam berpanjangan, then jangkitan kuman kat dalam paru-paru.

Tapi Alhamdulillah, semalam masa Siti ziarah Syahmi, die dah semakin sihat dan dah boleh bergurau pun.. heee... Syahmi ni memang aktif dan periang orangnya. So, sakit-sakit pun masih mampu buat orang lain gelak dengan perangai die.. ^^
Tengok... dah boleh ketawa dah die.. hehe...

First time menjejakkan kaki ke Hospital Sultan ISmail ni, rasa kagum pula. Hospital baru, besar, selesa pulak tu.. Huuu.. bila masuk tu langsung tak rasa mcm masuk hospital. Sbb orang ramai, pastu ade kedai2 kat dalam tu. Dah macam masuk ke shopping complex pula.. hee.. 

Untuk Syahmi, harap die cepat sihat. Pastu bolehlah kite g camping mcm yang kita dah plan sebelum ni ea..^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...