Saturday, November 27, 2010

Camping time!!

Entry kalini Siti dah taip awal dan Siti setkan ia utk publish pada tarikh hari ini. Haha! Sebenarnya pada waktu ni Siti dan guru2 lain tengah bawa murid2 tahun 6 bercuti sambil berkhemah kat Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi. 

Ini kali ketiga siti camping kat sini. Mula2 dulu masa siti baru tingkatan 4 (tahun 1999), camping anjuran Koperasi Sekolah. Kali kedua tahun 2008, Siti dah jadi guru dan Siti sebagai guru pengiring utk murid2 tahun 6. Dan sekarang ( 2010 ), Siti datang lagi ke sini.

Siti mmg suka jalan2 atau camping kt kawasan pantai. Bila pandang laut yg luas tu, rasa lapang sgt fikiran... dan bila dengar sayup2 ombak, rasa damai je hati.. (jiwangla pulak...hihihikk). 

Harap2, segala perancangan utk hari ini dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah. Dan semoga kami semua dapat beriadah dgn tenang. Hishhh... tak sabar rasanya nak membasahkan badan.... ^^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...