|
Rasa nak terjun je bila tengok laut.. ishhh... |
|
Jom kite citer tentang pantai yg best..^^ |
|
Me with my sis..^^ |
Now is November 2010.. jab je dhnk masuk ujung tahun.. Yeay!! Suka sgt.. sbb.. SCHOOL HOLIDAY!! Bukan murid je yg excited nak cuti tau, cikgu pun seronok nak cuti, hehe... Dalam kepala aku ni dah terbayang tempat2 best utk bercuti.. and ofcoz, tempat yg Siti paling suka ialah PANTAI.
Siti sanggup habiskan masa berjam-jam memandu, asalkan dapat menikmati keindahan tepi pantai.. Kalau di Johor ni, ade banyak pilihan pantai yang boleh dilawati, contohnya Kota Tinggi, Mersing, Pontian, dan Batu Pahat. Tapi, Siti paling suka pantai di sekitar Mersing. Lautnya luas.. air yang bersih.. pantai memutih.. angin sepoi-sepoi bahasa.. uishhhh.. tak terluah dengan kata-kata.. (cewahh!!)
Cuma, kalau nak ke Mersing ni ade bulan-bulan yang tertentu, kalau tersilap bulan, kita mungkin akan pergi masa musim tengkujuh.. dan waktu tu jangan haraplah nak berenang, bermandi-manda atau menyelam sbb laut memang sangat bergelora. ( Pengalaman sendiri sbb pernah pergi masa musim tengkujuh.. duduk dalam bilik jela.. )
Siti cadangkan, kalau nak pergi bermandi-manda kt pantai Mersing, pergilah sekitar bulan Jun hingga Oktober. Sama juga kalau nak pergi ke pulau-pulau sekitar Mersing. Disember hingga Februari adalah bulan yang perlu dielakkan sbb waktu ni musim hujan, angin sangat kuat dan laut terlalu bahaya.
Tapi, kalau nak pergi jugak, memandangkan cuti sekolah paling lama ialah pada bulan Disember, ada satu alternatif lain iaitu Kota Tinggi. Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili di Kota Tinggi adalah antara lokasi yang Siti rasakan agak selamat sbb pantai ni lebih terlindung drpd angin monsun. Apa pun, segalanya Allah yang tentukan.. kita sebagai manusia sekadar merancang dan berusaha je.. ^^
|
Pantai Penyabung, Mersing 2009 |
Bertuahnya Malaysia sbb dikelilingi oleh laut kan? Tapi sangat menyedihkan apabila kita sendiri sebagai manusia yg dikurniakan akal xtau nak menjaga dan menghargai anugerah yg Allah dah beri.. Kat tepi-tepi pantai tu, kita leh nampak mcm2 sampah sarap.. kalau bukan manusia yg buat, siapa lg? takkan semut2 atau beruk2 yang angkut sampah2 tu dari tong sampah kan? Apelah salahnya, kalau kita berkelah kita bawa sekali plastik sampai hitam tu. Before balik, kemas tempat yg kita duduk dan sampah tu kita bawalah balik atau buang kat tong sampah yang terdekat. Susah ke?? Kalau kita tak jaga, sape lagi nak jaga? Sampai bila kita asyik nak mengharapkan orang lain utk buat sesuatu yang sebenarnya kita sendiri boleh lakukan tanpa masalah.
|
Trip with coursemate |
Sejak kecil lagi, masa di sekolah, cikgu-cikgu dah ajar dah kepentingan menjaga kebersihan. Malahan, dalam Islam pun, menjaga kebersihan dan kesucian itu adalah wajib. Dan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.. Kadang-kadang rasa malu dengan pelancong-pelancong asing.. kita dah war-warkan kt seluruh dunia bahawa kita adalah negara yang maju, negara Islam, negara yang mementingkan ilmu pengetahuan dan pendidikan.. tapi kenapa mentaliti kita ni masih berada dalam 'kemunduran'? Ishh.. terbagi ceramah panjang pulak....
|
Air Papan, Mersing. |
Ape pun, moralnya kt sini.. jagalah kebersihan tak kira di mana pun kita berada.. kalau rumah kita boleh jaga sebersih-bersihnya.. sampaikan anak atau adik jatuhkan plastik gula-gula sehelai pun kita dah bising satu hari, kenapa BUMI kita tak jaga pula? Bukankah bumi ni juga merupakan rumah bagi kita di dunia ni? Sapa tahu, mungkin dengan menjaga daripada sekarang, generasi-generasi seterusnya, anak, cucu, cicit akan dapat melihat sama mcm yg kita lihat sekarang.. Janganlah kita zalimi mereka dengan meninggalkan sampah sarap, kekotoran dan kemusnahan utk dijadikan tatapan buat mereka pada masa depan..
|
Tunggu redup sikit, baru terjun ke laut ye.. |
|
Alangkah bagusnya kalau pantai2 seluruh Malaysia bersih mcm ni.. |
No comments:
Post a Comment