Photobucket Photobucket

Tuesday, November 23, 2010

Ke Tanjung Balau..^^



Huh! Bukan senang tau Siti nak kuar jalan2 makan angin.. Walau Siti banyak cuti pun, cuti Siti selalunya tak sama dgn org lain.. Huuu.. yela, jadi cikgu kt mmg byk cuti, lebih2 lagi time ujung tahun ni..

Masalahnya, Siti takde kawan yg boleh diajak... yela.. antara kawan2 Siti yg rapat kt sini, Siti je yg masih berstatus ‘Cik’.. yg lain dah ‘Puan’ lama dh.. dan kawan2 yg rapat masa belajar kt UUM pula, keje kt KL... bukan senang nak jumpe..

Nak berjalan sorg2?? Erk..!! Tak biasa dan tak seronok pula kan? Hm.. bila memasing dh bekerja dan berkeluarga, inilah jadinya.. Mujurlah harini, tunang Siti pun cuti juga, sempena hari keputeraan Sultan Johor. So, dapat jugakla cuti2 Malaysia..^^

Plan asal nak ke Desaru, ikut trip memancing kt sane. But last minute, destinasi ditukar ke Tanjung Balau sbb kt Desaru terlalu ramai org.. camne nak memancing?? Jarak Desaru dgn Tanjung Balau pun taklah jauh sgt.. so, tak kisahla. Lagipun, secara peribadi Siti lebih suka pegi ke Tanjung Balau berbanding Desaru..^^

Bagi yg tak pernah dengar atau tak pernah sampai lagi, tanjung Balau ni terletak di Kota Tinggi, Johor. Kalau dari tempat Siti (Simpang Renggam), Siti boleh pilih sama ada nak lalu jalan biasa atau lebuh raya. Kalini Siti pilih lebuh raya sbb jarak perjalanan lebih dekat.

Dari lebuh raya Utara-Selatan, Siti keluar kt susur Kulai Jaya. Kemudian, dari Kulai menuju pula ke Kota Tinggi. Lebih kurang 1 jam atau kurang (bergantung kpd jenis kenderaan dan kelajuan), akan ada simpang menuju ke arah Desaru berdekatan dgn stesen minyak Petronas. Lebih kurang 5km dari simpang tadi, akan jumpe bulatan (roundabout) yg pertama, dan masuk simpang yg tertulis “Tanjung Balau”. InsyaAllah, tak susah utk sampai ke Tanjung Balau ni, sbb ade banyak signboard utk membantu pengunjung yg tak pernah ke sini. 

Ni kali kedua Siti ke sini, dulu Siti dtg dgn rombongan pelajar2 tingkatan 6 (tahun 2002),. Huuuu... dh hampir 10 tahun.. dh banyak sgt perubahan.. yg bagusnya, sekarang dah banyak tandas awam, tapak perkhemahan, resort dan kedai makan. Ade juga menara kawalan supaya bantuan dapat diberikan dengan segera jika berlaku kecemasan. Cuma, kalini Siti tak dapat nak ambil gambar2 pemandangan.. sebab.. waktu mandi-manda, takde sape nak ambilkan gambar..huhuuu...






Note: Esok, Siti akan cuba update gambar Pantai tanjung Balau ye.. skrg ni dh mengantuk sgt.. huhuu.. daaa... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...