Thursday, June 9, 2011

Syurga Beli-Belah

Girls...!! Sape yg minat shopping angkat tangan!!!
Heeeee.... I bet semua mesti angkat tangankan? Kalau tak pun mesti dalam hati anda menjerit-jerit: "Saya! Saya!!" Kalau adelah wanita kat luar sana yang tak minat shopping, sungguh bertuah suami dia.. hahah!

Ape pun, rakyat Malaysia ni memang sangat suka shopping.. kalau tidak, takkanlah pusat beli-belah.. pasaraya.. tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan kan? 

Siti sendiri, memang sangat suka shopping. Malah, kalau takde duit nak shopping pun.. 'window shopping' pun dah cukup... dapat jugak layan mata tengok barang cantik-cantik.. walau sebenarnya 'batin' sangat terseksa sebab tak dapat nak beli.. haha!

nak tahu kat mana tempat yang Siti paling suka shopping?? Cer teka dulu.. 

City Square JB?
BP Mall?
Kluang Mall?
Jucso Tebrau?

Senarai kat atas ni tempat yang Siti pegi setahun sekali je kot... hahah!

Actually, tempat yang Siti rasa paling 'heaven' ialah......

PASAR LAMBAK!

Euwwwww....~ Tak kelaslah shopping kat pasar lambak......
Memanglah kan, kalau nak dibandingkan dengan barang-barang kat Shopping Compleks dalam negara ni, memang tak setanding pun... shopping compleks ade aircond.. barang-barang berjenama.. buatan Italy, London, Milan.. bla..bla.. bla... girls n guys yg sofisticated.. 
Kat Pasar Lambak?? Semuanya open. Panas berbahang pulak tu.. kalau hujan pulak, terpaksalah berhimpit-himpit kat bawah khemah... Jenama? Ade Adidas, Nike, Levis, Bonia, Mac dan lain-lain.. Tapi semuanya made in China atau Thailand. Penjualnya pulak, ade yang menyanyi.. memuji-muji pelanggan yang lalu lalang, menjerit pun ade.. hanya untuk menarik perhatian sesapa yang lalu supaya singgah.

Tapi entahlahh.... walau kat mane-mane pun yang Siti pegi, tetap pasar lambak jugak yang menarik minat di hati.... Mungkin sebab utamanya, harga barang-barang kat sini sangat murah. So, sesuailah dengan budget kecik Siti ni kan... Kalau bijak tawar-menawar, memang boleh dapat harga yang sangat murah! Bawa RM100, macam-macam barang boleh dapat.

See.. my mom pun sangat teruja sampai tertinggal anak gadisnya kat belakang ni....

Kat sini takde aircond.. open je.. lagi bagus, udara segar tau.. ^^

Dahlah cantik, murah-murah pulak tu.... boleh gugur jantung ni.....

Nice to see... n nice to hold.... heheee....

Ayunya patung tu pakai tudung....

Boleh kurus kalau hari-hari jalan kat pasar mcm ni....

Tempat: Air Hitam, Johor.
Hari: Rabu
Masa: 7am - 12noon


5 comments:

ejulz said...

lama x lepak pasar lambak.. brg murah2 je.. heHe.. best.

Hanis MY said...

best apa shopping kat pasar lambak... byk pilihan dan harga pun berpatutan kan...

zOeY zAu YaH said...

saya ska gak psr camnih.mcm2 ada..murah lak tu

Siti Noraisyah said...

ejulz: ni pun dapat pgi sbb cuti sekolah.. kalau dah naik skolah nti, susah sikitla...

Hanis: betol2.. lgpun pasar lambak ni kan identiti kita rakyat Malaysia, heee..

zoey: rambang mata kalau dah masuk kat sini.. haha!

cityiklan said...

berbelanja macam ni boleh menjimatkan duit dan kualiti barangan pun tidak kurang hebatnya..

Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
Citypromosi
Watey Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...