Monday, May 30, 2011

Fashion Disaster aka Mangsa Fesyen

"Huh! Teruknye gaya dia tu.... langsung tak kene! What a FASHION DISASTER!!"

Heheheee.... ayat pendahuluan macam pengkritik fesyen je kan? Takdela.. Siti bukan nak kritik tentang fesyen pun.. yela, sapelah Siti ni kan.. tak tahu ape pun pasal fesyen.. Tapi tetap nak menulis tentang fesyen. Sebab apa? Sebab... Siti pun kira alert jugaklah tentang fesyen ni.. cuma, pada tahap yang minima sahaja.

Pada Siti, tak salah nak berfesyen atau nak ikut perkembangan fesyen semasa. Cuma, kenelah ikut kesesuaian jugak. Kerana tak semua gaya atau fesyen tu sesuai dengan kita. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kesesuaian gaya seseorang, contohnya dari segi bentuk badan, warna kulit, ketinggian dan personaliti. Sebab tu lah kadang-kadang kita tengok, gaya tu sangat cantik untuk si A.. tapi bila si B yang mengaplikasikan apa yang digayakan oleh si A, tak kena pulak... dan begitu jugak sebaliknya.

So, tak perlu terlalu mengikuti fesyen sampaikan kita jadi MANGSA FESYEN. Sebab, sekali kita tersalah gaya, selama-lamanya orang akan ingat....

"Ko ingat tak si Minah?"
"Minah mane? Ramai orang nama Minah kat kampung ni..."
"Alahhhh... Minah yang pakai bla..bla..bla.... tu...."

Sesiapa pun di antara kita mesti tak nak diingati kerana gaya kita yang 'buruk' atau salah tempat tu kan? So, kalau nak jugak berfesyen, berfesyenlah dengan ILMU. Maksudnya, rajin-rajinlah buat survey, kaji bentuk badan dan personaliti diri dulu, then barulah pilih gaya yang sesuai. Tak rugi kalau beli satu atau dua majalah sebagai rujukan. Paing mudah, survey je kat google.. macam-macam maklumat yang ada. Jangan disebabkan kita terlalu nak jadi 'lain dari yang lain', sampaikan kita jadi macam orang yang tercampak dari planet lain.... huhuuuu... tak nak kan?


*Pssssttt.... nak tengok gambar artis-artis yang pernah jadi mangsa fesyen? Taip je 'Fashion Disasters' kat google images, then tengok ler sendiri... heheeee..... 


3 comments:

zulkbo said...

salam..
saya ni pun tak ikut fesyen
sangat..tapi pun tak ketinggalan
sangat pun jua..ala-ala kadar udah..
:)

Siti Noraisyah said...

betul2, ala-ala kadar je pun dah ok. Berlebih-lebihan tu yg jd mangsa tu.. heee...

Nurul Ashikin said...

suka entry nie! betul2. kdg2 sy pun rsa annoying sgt bile nmpak org pelik drp org len. kdg2 pkai kaler2 sgt smpai nmpak mcm badut dr jauh~ haihh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...