Tuesday, April 5, 2011

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon Simpang Renggam

2 April yang lepas, Siti dan beberapa orang guru yang lain menjadi pengiring kepada wakil-wakil murid daripada SRA Ghufran ke pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat zon di SK Sri Maju Jaya, Macap. 
Tahun ni merupakan tahun kedua SRA Ghufran dijemput untuk menyertai pertandingan yang melibatkan sekolah-sekolah kerajaan ni. Sangat berdebar, sebab memang dah tahu yang wakil-wakil daripada sekolah-sekolah yang bertanding ni pastinya hebat-hebat belaka. Ditambah pula dengan tunjuk ajar dan latihan daripada guru-guru yang berpengalaman dan terlatih.

Tahun ni, kami menyertai semua acara yang dipertandingkan berbanding tahun sebelumnya hanya satu acara iaitu hafazan. Dan acara-acara yang dipertandingkan adalah:
  •  Tilawah al-Quran ( L & P)
  • Hafazan ( L & P)
  • Pertandingan bercerita ( L & P )
  • Nasyid berkumpulan
Siti pula dipertanggungjawabkan untuk melatih murid perempuan bagi acara pertandingan bercerita. Agak berat juga rasanya, sebab Siti memang takde pengalaman memasuki acara ni masa Siti sekolah dulu. Tapi, sebab masing-masing dah ada tanggungjawab lain, jadi Siti terima juga tanggungjawab ni.  

Masa pertandingan berlangsung, Siti pulak yang rasa tak senang duduk dan berdebar.. mengalahkan peserta tu sendiri.. hehee.. yelah.. dahla pertama kali.. ntah apelah hasilnya.. then, tengok peserta-peserta semua hebat-hebat belaka.. aduhaiii.. kecut je perut ni... sampaikan, Siti langsung terlupa nak bawa kamera! Sebab tu la, takde satu pun gambar peserta pertandingan bercerita yang Siti ambil.. rugi.. rugi..

Paling Siti kagum ialah pertandingan nasyid. Tengok peserta-peseta dari sekolah lain, memanglah sangat hebat.. main alat muzik macam dah professional je.. Erk! Tak tau pulak ape nama alat muzik tu.. tak kesahla! Yang penting, nyanyian dan muzik dorang sangatlah superb! Terpaku! Rasa macam tengok konsert pulak dah...

Saat mengumumkan pemenang, Siti taklah mengharap sangat... sebab tahu persaingan sangat sengit. Tapi, Alhamdulillah.. walau latihan hanya lebih kurang seminggu, akhirnya murid pilihan Siti berjaya juga jadi pemenang tempat yang ketiga untuk acara pertandingan bercerita. Selain tu, peserta sekolah Siti juga memenangi tempat yang pertama untuk acara hafazan lelaki dan tempat yang kedua untuk acara hafazan perempuan. Tahniah... ^^

Gambar kat bawah ni adalah gambar yang Siti ambil dari kamera Cikgu Atiqah. Ade jugak muka Siti.. hehe..

 Gambar sebahagian peserta nasyid, tilawah dan bercerita.

 Berdebar tunggu keputusan... dup dap je..

Semua yang ada dalam gamabr ni adalah huru-guru dan wakil SRA Ghufran.. ^^


Note: Teringat pulak zaman Siti sekolah rendah dulu, pernah masuk pertandingan tilawah al-Quran jugak, dapat tempat yang ketiga je.. ^^


1 comment:

Bunga said...

tahniah cikgu siti dan murid2nya.. tak sia-sia berlatih, berjaya jugak menang.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...