Monday, April 18, 2011

Resepi Murtabak Mini


Murtabak mini?? Haaa... bukan karipap je ade karipap mini, atau popia mini, murtabak pun ade mini tau.. heheee... Resepi ni simple sangat, dan langsung takde penggunaan tepung. Sebaliknya, Siti gunakan kulit popia sebagai ganti. So, bagi yang malas nak menguli macam Siti ni, bolehla cuba.. ^^

Bahan-bahan:
3 biji kentang (potong dadu)
bawang besar
bawang merah*
bawang putih*
halia*
rempah kari daging
daging kisar
air asam jawa
garam
gulaminyak untuk menumis
air secukupnya
(Tumbuk bahan yang bertanda *)
Kulit popia
Telur ayam (ikut suka nak banyak mana)

Cara memasak inti murtabak mini:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar yang telah dihiris dan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari anggaran 4 sudu besar, kacau rata dan masukkan daging kisar, kentang dan air. Biarkan empuk. Selepas itu barulah masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kering barulah matikan api. Biarkan inti sejuk.

Cara menyediakan murtabak mini:
Pecahkan telur dalam mangkuk, ambil sedikit inti yang telah disejukkan dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi, masukkan juga hirisan bawang besar dan gaul rata. Ambil kulit popia, letakkan di atas bekas yang rata ( pinggan atau dulang ). Tuangkan 2 sudu inti di tengah-tengah kulit popia dan lipat. Goreng di atas kuali leper (macam goreng murtabak), balik-balikkan. Angkat apabila kulit popia sudah berwarna kuning keemasan.

Nota: Selain daripada digoreng, boleh juga dibakar dalam oven dgn suhu 180 darjah selama 30 minit. Tapi popia perlu dibalik-balikkan setiap 10 minit, dan dulang pembakar perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.



2 comments:

zulkbo said...

salam..
pandainya dia masak karipap..
ada lebih pos kat kita ye..?
:)

amiey lee said...

resipi simple..nak try la thanksss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...