Photobucket Photobucket

Saturday, April 16, 2011

Popia Goreng

Dah lama tak makan popia goreng.. 2, 3 hari jugak Siti teringat-ingat tentang popia ni, tapi bila keluar asik lupa je nak beli kulit popia...

Sekarang dah puas hati dah, sebab dah dapat buat ape yang Siti teringin, heeee.. bukan susah sangat pun.. cuma inti kat dalam tu je yang agak leceh sikit.. macam masak sayur goreng biasa je.. ade orang mungkin suka beli sayur yang dah siap potong-potong tu, tapi Siti pulak lebih suka beli sayuran segar dan Siti potong sendiri. Sebab kadang-kadang, sayur campur dalam paket tu macam ade baula... bau ape tah.. tu yang Siti tak suka...

Bahan-bahan inti:
Lobak merah
Kacang panjang
Cili merah
Cili hijau
(semua sayuran ni potong/racik kecil-kecil)
Taugeh
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Telur ayam


Cara masak:
Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, masukkan juga cili merah dan cili hijau. Bila dah layu, masukkan lobak dan kacang panjang. Masukkan sedikit air. Bila air dah kering, pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Kacau laju supaya telur tak bergumpal. Akhir sekali masukkan garam, gula. Selepas matikan api, terus masukkan taugeh dan kacau sampai rata. Tujuannya, supaya taugeh tu tak terlebih masak.

Letakkan bahan inti tadi kat hujung bucu kulit popia, gulung dan untuk lekatkan hujung popia, bancuhkan sikit tepung jagung pekat-pekat, sapukan pada hujung kulit. Dengan cara ni, gulungan popia tak akan terbuka semasa digoreng.

Selain daripada digoreng, popia sayur ni jugak sedap kalau dikukus. Pastu, cicah bersama sos dan mayonis.

Selamat memasak...! ^^



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...