Photobucket Photobucket

Saturday, April 16, 2011

Mee Sanggul Sup Sayur

Sejak akhir-akhir ni blog Siti dah macam blog masakan pulak.. haha! Yela.. dah berapa banyak entry resepi yang Siti post.. Tapi.. seperti satu kepuasan apabila Siti dapat kongsi resepi-resepi ringkas. Yang pastinya, resepi ni semuanya adalah yang Siti pernah masak. So, xdelah just copy n paste je.. ^^

Kali ni, nak share mee sanggul sup sayur pulak. Kenapa Siti suka gunakan mee sanggul dalam masakan? Sebab, mee ni kita boleh simpan berbulan-bulan dan bebas nak masak dalam kuantiti yang sikit. Berbanding mee kuning atau mee basah, kalau dah beli sekilo, kenelah masak sekilo tu habiskan.. tak boleh simpan sangat dalam peti sejuk, kalau lama sangat, rasanya pun dah tak sedap...

Bahan-bahan:
Mee sanggul Cintan
(rendam dalam sampai kembang then bolehlah dicelur atau campurkan je sekali dalam kuah sup nanti.)
Bawang putih*
Halia*
Lada sulah*
Ikan bilis*
(boleh juga dihantikan dgn ayam, daging atau sea food yg lain)
Bawang merah (dihiris)
Lobak merah
Bunga kobis
batang saderi
fishball
Kentang
Tomato
Sawi
Daun sup
Taugeh
Air

Cara-cara memasak:
Tumbuk bahan2 yang bertanda * dan tumiskan bersama hirisan bawang merah hingga wangi. Masukkan air dan sayur-sayur yang lambat empuk. Selepas lebih kurang 10 minit (bergantung kepada saiz potongan lobak dan kentang, sebab semakin besar saiz potongan, semakin lama untuk empuk) masukkan pula sayur-sayuran yang lain. Perasakan dengan garam. Matikan api dan taburkan taugeh serta daun sup. Tuangkan sup sayur ke atas mee sanggul dan hidangkan bersama sambal kicap.

Bahan dan cara-cara membuat sambal kicap:
Cili padi*
(kuantiti ikut ketahanan pedas..^^)
Gula pasir*
Bawang putih saiz kecil*
Kicap

Tumbuk kesemua bahan yang bertanda *. Tuangkan kicap dan gaul hingga sebati. Kalau terlalu pedas, tambahkan gula.



3 comments:

mira ellyna said...

tibe2 lapar la plak... nti nk try la

Cik Bambam said...

x pernah buat.. nak buat lar nnt!

tim_fs said...

wah sedap tur...mesti cuba nnti..
anyway sya folow sini..jom terjah blog sya plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...