Photobucket Photobucket

Saturday, May 14, 2011

Tips Penjagaan Rambut bagi yang Bertudung

Bertudung tapi menghadapi masalah gatal-gatal kulit kepala dan rambut rosak?
Jom cuba salah satu daripada tips dibawah ni..

1. Lepas seharian bekerja, rambut pun mesti terperap lama jugakan? Jadi, sampai je ke rumah, bukalah tudung dengan segera dan buka juga ikatan rambut bagi yang berambut panjang. Bebaskan rambut dan sisir-sisirkan rambut dengan jari supaya kulit kepala boleh bernafas semula. 

2. Jika boleh, mandilah dengar air yang sejuk dan basahkan rambut secara menyeluruh. Air suam jika kerap terkena pada rambut akan menyebabkan rambut jadi kering dan mudah terbelah hujungnya.

3. Untuk merawat kegatalan kulit kepala, cuba basuhkan rambut dengan air basuhan beras. Pastikan air basuhan beras mengenai kulit kepala. Urut-urut kulit kepala supaya aliran darah menjadi lancar. Bungkus kepala dengan tuala, dan bilas selepas beberapa minit. Amalkan selalu supaya masalah kegatalan tidak berulang.

4. Boleh juga gunakan limau purut untuk atasi masalah yang sama seperti di atas. Caranya, basahkan rambut, belah limau purut kepada dua dan gosokkan limau purut tadi secara rata ke atas kepala. Sambil menggosok, perahkan limau supaya jusnya keluar. Bungkus kepala dengan tuala, dan bilas selepas beberapa minit.

5. Supaya rambut sentiasa harum walaupun bertudung, ramas beberapa helai daun pandan ke dalam semangkuk air, jadikan air itu sebagai bilasan terakhir selepas mencuci rambut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah rambut akan berbau harum.

6. Bagi mengatasi masalah rambut yang kasar, ambil beberapa helai daun bunga raya, ramas di dalam semangkuk air. Daun bunga raya akan mengeluarkan lendir. Lumurkan ke atas kepala, urut perlahan supaya khasiatnya meresap. Bungkuskan rambut dengan tuala, dan bilas selepas beberapa minit. Selain daun bunga raya, kangkung juga boleh digunakan sebagai ganti.

7. Pastikan rambut dan kulit kepala betul-betul kering sebelum memakai anak tudung atau pun tudung. Lembapan yang tertinggal pada rambut akan menyebabkan kulit kepala berbau, berkelemumur dan rambut akan menjadi berbiji-biji.

8. Pakailah anak tudung, tudung atau selendang daripada jenis kain yang tidak terlalu tebal dan berat, terutamanya untuk pemakaian dalam tempoh masa yang panjang. Jika tudung atau selendang yang dipakai daripada jenis kain yang tebal, pakailah anak tudung yang terbuka dibelakangnya seperti inner syria yang banyak dijual sekarang.


Rambut dan kulit kepala yang sihat secara tak langsung menjadikan pemakaian tudung kita lebih kemas, rapi dan selesa. Penampilan kita juga akan jadi lebih berkeyakinan. Cuba bayangkan, bertudung tapi dalam masa yang sama tangan kita asyik menggaru-garu kepala je.. mesti tak selesa kan? Dan, orang lain yang memandang pun mesti akan beri persepsi yang buruk tentang kita. Jadi, tak salah mencuba tips yang Siti kongsikan di atas. Yang penting, lakukan secara berterusan supaya hasilnya juga akan kekal..

Setakat ini dulu perkongsian Siti. Semua anda semua mendapat manfaat..
Daaa.......^^
~peace~



7 comments:

Unknown said...

wah thnks bg tips ni hehe..fatin selalu hadapi masalh rambut kerg..hehe..cept rosk la kowt hehe..makasih..insyallh fatin try guna tips ni :D thnks

Siti Noraisyah said...

same2 dear.. ^^
Jom same2 amalkan..

Ce'gu JAERA said...

rambut adalah mahkota perhiasan wanita... (",)
Salam ukhuwah, salam persahabatan, dr folower-822.. (",)

Sara Ali said...

guna jari pom boleh...

mmg mngidamkan rambut yg cantik,,,

=)

tq awak,,,
entry yg menarik sgt...

zulkbo said...

salam..
ermmm..tips berguna ni..
tunggulah nanti saya berambut
panjang nak cubalah....
:)

Cik Bambam said...

hehehe..nice tips kak ct! :P

.::Nuruljannah::. said...

thanks siti manis dgn tips2 yg dkongsi bersama... =)
tips2 tradisional ni..heeeee =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...