Friday, November 26, 2010

Beras ohhhh beras...


Hari2 kita nampak beraskan? Lebih2 lg kalau yg mmg rajin masak nasi kt dapur tu. Yg tak masak pun mustahil la tak kenal beras.. cuma beras lebih terkenal bila dh dimasak menjadi nasi. Tapi tau tak, selain mengenyangkan perut, beras ni pun banyak khasiatnya, terutama yg berkaitan dgn kecantikan kulit.

Jom baca petua2 warisan nenek moyang yg menggunakan beras ni:

1) Beras atasi kulit berminyak
     Ambil segenggam beras, jemur hingga kering atau lebih mudah, goreng tanpa minyak hingga berwarna kekuning-kuningan. Kisar tapi jgn terlalu halus. Semasa mandi, gosok pada muka dgn menggunakan beras seperti scrub.

2) Hilangkan jerawat batu
     Tumbuk sedikit beras hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Sebelum tidur sapukan di atas jerawat batu. Lakukan sehingga jerawat batu itu hilang.

3) Mencerahkan wajah
     Cuci muka dengan menggunakan air basuhan beras kali yg kedua. Biarkan air beras kering pada muka, kemudian bilas bersih. Atau pun, ketika nasi hampir masak, ambil 2 sudu air tersebut (biasanya agak pekat) dan sapukan pada muka, biar kering kemudian bilas bersih.

Selain daripada petua yang menggunakan beras seperti diatas, ada juga cara yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan bedak sejuk. Bedak sejuk juga telah terbukti berkesan memulihkan masalah2 kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam. 


Petua penjagaan wajah menggunakan bedak sejuk:
1) Menghapuskan jerawat
     Kisar atau tumbuk beberapa helai daun jambu batu, campurkan dengan beberapa biji bedak sejuk, dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, kemudian bilas.

2) Tegangkan kulit wajah
     Campurkan beberapa biji bedak sejuk dgn perahan air limau nipis. Sapukan pada muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan selalu utk hasil yg terbaik.

3) Hilangkan parut jerawat
     Asahkan sebatang kayu manis pada permukaan kasar seperti pasu atau lesung batu utk mendapatkan serbuknya ( atau beli je serbuk yg dh siap kt kedai tuu... ), campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air, tampalkan pada kawasan yg berparut. Bilas selepas 15 minit. Amalkan selalu sehingga parut hilang.

4) Melicinkan kulit muka
    Campurkan bedak sejuk, asam jawa, sedikit serbuk kunyit dan sedikit air. Sapu dan gosokkan pada wajah beberapa minit sebelum mandi. Kemudian bilas dengan air suam.

Tapi, kadang2 kesuntukan masa menyebabkan kita jarang dapat amalkan petua2 ni. Kita mungkin sempat amalkan sekaliatau dua kali je, lepas tu... lama nanti baru buat balik. Kalau nak tahu, petua lama ni mmg bagus, cuma perlukan kesabaran dan kesungguhan. Kalau buat sekali dh jemu, mmg takkan dapat hasil yang kita nak. Cuma sekarang, dah banyak produk2 yang menggunakan beras sebagai bahan asas dalam produk kecantikan kulit. Selain daripada bedak sejuk, skrg dah ada juga "SABUN SUSU BERAS".


Siti pun dah mula amalkan mencuci muka dengan sabun susu beras ni. Baunya mmg wangi sbb ia diperbuat daripada beras wangi. Dan yang paling penting, ia tiada bahan kimia dan halal. Harganya pun tak mahal, kalau nak dibandingkan dgn sabun2 pencuci yg ade kt pasaran ni. So, kalau nak tahu lebih lanjut tentang sabun susu beras ni, bolehlah jengok ke blogshop CT's Collections.

2 comments:

Aisyah AR said...

I LOIKE BEDAK SEJUK....BLHATASI MASALAH KULIT BERMINYAK TUE...HUHU..THANKS FOR SHARING YANK!!!

Siti Noraisyah said...

A'ah, Siti pun pakai bedak sejuk ms tido. Bgn pagi kulit taklah berminyak sgt kan? ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...