Thursday, November 25, 2010

Uhhh... mata dah sembab!!

Sejak aktif dgn blogging ni, ade DUA kesan yg Siti dapat, kesan BAIK dan kesan BURUK.

KESAN BAIK
Siti dapat banyak ilmu2 yg bermanfaat, sbb sume blogger sgt murah ati utk kongsikan ilmu2 yg ade..

KESAN BURUK
Mata Siti jadi semakin sembab dan dah mule ade dark circle kt sekeliling mata... OMG!!


Bimbang akan digelar "PANDA BEAR" oleh En. TUNANG, Siti pun mulalah search segala macam tips utk kurangkan dark circle, sembab dan yg paling tips penting penjagaan mata. Yela, mata ni antara deria yg sgt penting.. tanpa mata yg sihat, deria penglihatan kita pun akan jadi lemah...

Sape taknak mata yg sihat dan segar mcm ni kan??

So, bagi blogger yg mmg selalu mengadap laptop tu, elok amalkan salah satu atau semua tips yg ade kt bawah ni (kalau nak kesan yg segera la... ^^)

LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Jarakkan diri kita dgn komputer/laptop. Tp jgn pulak terlalu jauhhh.. sampai nak taip words pun susahh.. agak2la ye.. sbb cahaya pada skrin komputer/laptop tu tak baik utk mata.

2. Guna pelindung skrin utk kawal jumlah cahaya yg kita lihat.

3. Pastikan cahaya di persekitaran sama dgn cahaya skrin komputer/laptop. Maksudnya, jgnlah kita gunakan komputer/laptop tapi lampu satu rumah kita matikan.. nak jimat karen, tp akhirnya mata yg rosak...

4. Sekali-sekala ubahlah pandangan mata supaya tidak berterusan mengadap skrin terlalu lama. Kalau waktu siang, bolehlah tengok2 daun2 atau tumbuhan2 hijau. Tp kalau dalam ofis mcm mane ye? Tgk jela muke ofismate yg hensem/cun.. tp jgn lame2 plak..^^

5. Elakkan daripada melihat benda2 yg tak senonoh yg bukan saje boleh merosakkan mata, malah merosakkan minda. Faham2 jela ape yg tak senonoh tuu....

6. Amalkan pemakanan yg kaya dgn vitamin A & C, seperti sayur (terutamanya bayam, lobak merah dan brocoli), buah-buahan dan susu.


7. Pastikan solekan mata dibersihkan dgn betul. Kalau selama ni Siti bersihkan eye liner & mascara dgn olive oil, tp rupenye akan ade kesan buruk utk mata. Dikatakan, minyak yg termasuk ke dalam mata akan menyebabkan urat2 mata kelihatan dgn jelas pada mata putih kita. Dan memang Siti berdepan dgn masalah tu skrg... So, cara yg terbaik ialah dgn menggunakan eye make up remover yg berasaskan air atau gel.


Ni contoh je..^^

SEGARKAN MATA YANG LETIH:

1. Jangan buang uncang teh yg dah digunakan. Sebaliknya simpan dalam peti sejuk, kemudian letakkan di atas mata sambil kita berbaring (sambil tu bolehla sapu muka dgn masker.. ^^)


2. Hiris kentang, timun atau tomato, sejukkan dalam peti sejuk atau rendam dalam ais, kemudian letakkan di atas mata sampai rasa sejuk tu hilang.

3. Rendam kapas ke dalam susu segar yg sejuk, kemudian letakkan di atas mata. Biarkan kering dengan sendiri.

4. Sapukan krim mata sebelum tidur dan tepuk2 lembut dgn menggunakan jari telunjuk dan jari hantu selama beberapa minit hingga krim meresap sepenuhnya.

sapu krim mata ye.. bukan krim kek.. ^^
Siti tak jamin semua ni boleh memberikan hasil yang cepat. Mungkin juga hasilnya berbeza-berbaza bergantung kpd jenis kulit dan cara hidup kita. Ape pun, tak salah mencuba. Dan yg paling penting ialah iastiqamah... Insyaallah....

Bolehla besar2kan mata mcm ni ea.. ^^

5 comments:

b a m b a m ' s said...

akak roll lar garnier yg utk mata tuh..heheheh..

Siti Noraisyah said...

hahah! tak pernah terpikir nak beli pulok... ^^

Pasni leh try la..

NAZRUL AZAT JAMIL said...

a a la tips yg bagus, mekasih ! ;-D

Siti Noraisyah said...

Nazrul: Same2. ^^

selipar biru said...

huhu~
thanx for the tips!!
sesuai utk rehatkan mata saya stelah 24/7 berblogging!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...