Sunday, November 21, 2010

Tolonglahhhh jgn buat bunyi-bunyi tu...

Gambar hiasan - from google


Penah tak bila korg terdengar suatu bunyi, tiba2 je rasa sakit kt gigi, rasa meremang atau rasa sakit kt telinga?? Istilahnya – Ngilu. Ada juga yg menyebut nyilu.

Siti paling tak tahan kalau terdengar bunyi belon bergesel.. sampaikan tengok org tiup belon pun tak boleh, sbbnya, gigi dan kepala Siti akan rasa sakit sangat… mcm berdesing… Tak tau nak gambarkan perasaan tu mcm mane… Bila Siti rasa ngilu je, mesti Siti automatik ketap bibir rapat2, dahi pun akan berkerut-kerut...

Sejak bila Siti ade perasaan mcm tu pun tak taula.. mungkin sejak lahir kot.. sbb tu kalau budak2 lain main belon Siti mesti akan jauhkan diri. Huuuuu… mcm fobia plak….

Kadang-kadang, benda ni bawa masalah juga buat Siti. Sbb asalkan apa2 je yg bunyi mcm belon bergesel, Siti akan rasa ngilu. Contohnya, bunyi objek yg dibuat daripada getah, tapak kasut getah, bola getah atau ape2 jelah yg dibuat daripada getah. Penah juga nak lawan rasa ngilu ni, tapi tak boleh…. Macam mane ye?

Penyelesaiannya, Siti jauhkan diri dari benda2 yg boleh menghasilkan bunyi2 ngilu ni. Huhuu… susah juga, sbb benda2 ni banyak kt sekeliling kita…Contonya harini, anak2 sedara dtg umah bawa belon buat mainan.. Adehhhh... langsung tak boleh nak dekat dgn dorg....

Blogger lain ade masalah mcm Siti tak? Kalau ade, camne nak kurangkan atau hilangkan rasa ngilu tu ? Kongsi dgn Siti ye..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...