Monday, November 29, 2010

Contest: I LOVE MY MUM!!

Siti telah di'tag' oleh miss bambam utk join contest ni.
Baru je beberapa hari yg lepas Siti tulis entry tentang mak kan?
Kali ni, entry Siti khas utk join contest plak, heeee...
Sesape nak join, leh klik SINI.
Hadiah:
1x top-up RM30 (lehla sms bf byk2.. hiiiiii...)

Tarikh Tutup:
30/11/2010

 Yg bertudung merah tu lah mak Siti, Jaharah bt Yunos namanya..^^
 Mak Siti lembut je orgnye, tp skali kuar suara.... adoihhh... satu kampung ni leh dgr suara dia.. heeee...
Mak lebih suka duk umah je, sbb mak syg nak tinggalkan ayam2 ternakan dia..

Siti tak banyak sgt gambar dgn mak, sbb mak ni susah sikit nak diajak bergambar. Kalau ade pun, gambar ramai2 dgn family..
Hadiah paling spesel yg Siti penah bg kt mak? Hmm.. setakat ni tiap2 tahun mmg bg hadiah, kebanyakannya kain pasang dan tudung. Tapi yg Siti rasa paling spesel, masa Siti masih sekolah tingkatan 5.. Siti buatkan mak KEK COKLAT. 
Siti bukanlah pandai buat kek, dan kek yg Siti buat tu pun langsung xde rupe kek.. dahlah kek tak naik, krim coklat plak berketul-ketul lagi gula icing nya.. heeeee... mmg kalau Chef Wan tgk pun tak pandangla kot..
Masa tu mak keje, balik je dari sekolah Siti pun terus bancuh bahan2nya (ikut resepi kat buku mak.. ^^). Habis berkecah dapur tu Siti kerjakan.. maklumlah, mase tu tangan tak mahir kt dapur lagi.. hehe...
Bila mak balik je keje, Siti dh sediakan kek tu atas meja dapur. So bila mak tengok, Siti pun cakaplah yg kek tu Siti buat sempena birthday mak. Mak senyum je.. xde komplen ape pun pasl rupe kek tu (bangganya kt dalam ati ni....). Dan part yg paling best, mak potong kek tu pastu bg kt abah makan, mak siap promote lagi yg Siti buat kek tu sempena birthday dia. Abah pun senyap jela (agknye kt dlm ati abah merungut sbb siti tak penah bg hadiah pun kt abah...huhuu...)
Skrg ni bila dh umo 27thn, Siti tak penah lagi buat kek utk mak (sebenarnye tak reti pun.. huhuu). Lebih senang beli barang je, sbb mak pun jenis yg tak suka makan kek2 yg kt kedai ni. Tak kisahlah hadiah ape pun yg Siti bagi, mak tetap terima dgn senyuman. kan mak kan? Sayangggg mak...!!

Okla, sebagai memenuhi syarat, Siti nak tag:

5 comments:

misz FaTiN said...

tq join mycontest..

gudluck.. ^_^

Siti Noraisyah said...

tq gak sbb creat contest ni..^^
pasni buat contest byk2 lg ek..

b a m b a m ' s said...

hikhikhik...buat juger akhirnya..hahahha..nnt nak tag akak byk2 lar..lalalalla~

Siti Noraisyah said...

bole2, tag je.. hihihiii... ^^

BUNGA said...

rajin.. rajin.. gud luck ct :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...