Photobucket Photobucket

Monday, November 15, 2010

Pantai Minyak Beku

Tarikh: 13 Nov 2010
Lokasi: Pantai Minyak Beku, Batu Pahat

Sabtu yg lepas, Siti dapat panggilan utk MTeST kat SMK Dato' Syed, Batu Pahat. Sebelum tu, Siti juga dapat panggilan utk exam PTD juga pada tarikh yg sama.. pening juga fikir, xtau nak pilih yg mane.. huhuu.. kalau boleh Siti nak amik dua2.. Akhirnya Siti amik keputusan utk 'lepaskan' PTD dan amik MTeST ni.

Exam MTeST ni sekitar 3jam je.. Jadi lepas tamat exam, Siti g lunch dan solat Zuhur dulu. Then, Siti terus pergi ke Pantai Minyak Beku, tak jauh dari bandar Batu Pahat.

Daripada nama pantai ni, mungkin ada yg terbayang yg pantai ni mendapat nama daripada kejadian tumpahan minyak, lalu beku di kawasan pantai ( ade ke yg fikir mcm tu? Hahaa.. Siti la orgnye tu.. :p ). Tapi sebenarnya pantai ni mendapat nama tu sebab terletak berhampiran dgn Kampung Minyak Beku. 

Berdekatan dgn pantai, ade kawasan berbatu yg istimewa. Kenape Siti kate istimewa? Sebab.. kt kawasan tu ade sebuah telaga yg menurut sejarahnya, merupakan telaga yg dipahat oleh sepasukan tentera Siam yg telah dikalahkan oleh tentera Melaka sewaktu mereka menyerang Melaka pd tahun 1456 semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Daripada perbuatan tentera Siam memahat batu utk dijadikan perigi itulah Batu Pahat mendapat namanya. Nama asal Batu Pahat ialah Bandar Penggaram.

Yg hitam2 tu ke minyak beku?? Hee.. xdela.. tu arang la...

Ni adelah kali kedua Siti pergi kep pantai ni. Pada pendapat Siti, pantai ni mungkin kurang sesuai utk aktiviti mandi manda, sebab, tepian pantainya penuh dengan batu yg agak besar.. kalau pada kebiasaannya pantai akan dipenuhi dgn pasir yg halus dan putih, tapi di sini yg ade hanya batu2 yg pelbagai saiz.


Mungkin juga sebab satu masa dulu kawasan ni merupakan kawaasan kuari, sbb tu la byk batu2 yg bersaiz besar kt sini. 


Ape pun, pada Siti inilah yg menjadikan Pantai Minyak Beku sgt unik dan berbeza dari pantai2 yg lain, seunik namanya juga.. :p


Ade org tgh test joran baru, jom kite kaco die.. shhh...

Takpe.. walaupun x boleh nak mandi manda, pantai ni sesuai utk aktiviti memancing. Dapat ikan atau x, bergantung pada rezeki la ye..
Alaaa... baru nak kaco, dah kantoi plak...

Ade hati jugak nak pegang joran.. ish.. ish..
Jangan tiru aksi kt gambar di atas ni ye.. hehe.. baru lepas amik exam kan, sbb tu la pakai baju kurung. Kalau betul2 nak memancing, xdelah nak pakai macam ni.. :p 


Cuma, mungkin agak mencabar jugakla bagi pemancing, sbb bot sentiasa lalu lalang kt kawasan ni, mungkin dah laluan die kan...



Ape motif dua gambar kt atas ni?? hahaa! Sebenarnya xde ape2 motif pun, saje nak tunjuk 'pose' berangan Siti... hikhikhik...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...