Photobucket Photobucket

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha


Salam semua.. ! Sempena kita menyambut Aidiladha ni, Siti nak kongsi kisah dan hikmah sambutan Aidiladha ni dan mengapa ia sgt istimewa...

Kisahnya bermula begini...

Nabi Ismail a.s adalah anak kpd Nabi Ibrahim a.s bersama isteri keduanya Siti hajar. Perkahwinan bersama isteri pertama baginda iaitu Sarah tidak dikurniakan cahayamata, dan kerana itu, Sarah telah meminangkan pembantunya utk dijadikan isteri kedua kpd Nabi Ibrahim. Setelah Siti Hajar hamil dan melahirkan Nabi Ismail, timbul rasa cemburu didalam hati Sarah lalu Sarah meminta agar nabi Ibrahim menjauhkan Siti Hajar dari pandangan matanya. Kemudian, Allah mewahyukan agar Nabi Ibrahim menuruti kehendak Sarah.

Maka, dengan tawakkal kpd Allah, berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yg diboncengnya di atas seekor unta tanpa arah tujuan yg pasti, hanya berserah kpd Allah yg akan  memberi arah kpd unta tunggangannya. Apabila unta Nabi Ibrahim tiba di satu kawasan yg merupakan Masjidil Haram kini, unta itu telah berhenti. Dan Nabi Ibrahim pun meninggalkan Hajar bersama Ismail yg masih kecil itu dgn hanya dibekalkan sedikit makanan dan minuman, sedangkan kawasan itu kering-kontang, tiada tumbuhan dan pohon utk berteduh, apatah lagi air yg mengalir... Tapi kerana yakin dgn pertolongan Allah, Nabi Ibrahim pun berangkat meninggalkan Hajar dan putera kesayangannya.

Hajar menerima nasib yg telah ditentukan oleh Allah kepada dirinya dan puteranya, Ismail dengan kesabaran dan keyakinan penuh kepada perlindungan-Nya. Setelah beberapa hari, akhirnya makanan dan minuman yg dibekalan telah habis. Dan Ismail mula menangis tanpa henti kerana lapar dan kehausan. malah, susu hajar juga mulai kering. Kerana kasihan kepada Ismail yg menangis, hajar pun bingkas bangun lalu berlari-lari anak bagi mendapatkan air. Hajar berlari-lari sebanyak tujuh kali di antara Safa dan Marwah.. namun, hampa... hanya pasir dan batu yg kelihatan. hajar pun kembali kpd anaknya, Ismail, dan cuba memujuk agar anak kesayangannya itu berhenti menangis.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah kepadanya malaikat Jibril bertanya:"Siapakah sebenarnya engkau ini?" "Aku adalah hamba sahaya Ibrahim". Jawab Hajar. "Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril. "Hanya kepada Allah",jawab Hajar. Lalu berkata Jibril: "Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya."
Kemudian diajaklah Hajar mengikuti-nya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah. 

Alangkah gembiranya hati Hajar. Lalu, Hajar segera menceduk sedikit air menggunakan telapak tanggannya, dan meminum air itu dgn penuh kesyukuran, kemudian, dibasahkan pula bibir Ismail. Sejak itu, banyak burung-burung yg hinggap dan singgah utk meminum air mata air itu, dan kawasan yg asalnya kering kontang itu semakin subur dan ditumbuhi dgn pohon-pohon dari hari ke hari. Ia juga mula menjadi persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab yg melalui kawasan itu, hingga ada yg mendirikan khemah dan membina penempatan baru di situ. Dan sejak itu, Hajar dan Ismail tidaklah lagi kesunyian kerana kawasan itu telah menjadi penempatan dan tempat persinggahan. 

Nabi Ibrahim dari semasa ke semasa mengunjungi Hajar dan Ismail bagi melepaskan kerinduannya. Apabila Ismail telah menginjak usia remaja, pada suati hari Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa ia harus menyembelih puteranya, Ismail. Setelah terjaga, Nabi Ibrahim duduk termenung sambil memikirkan ujian berat yg bakal ditempuhinya. Sebagai seorang ayah yang dikurniakan seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan korban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya.” Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai korban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.
  Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.” Kemudian dipeluknya Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan dilakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karana melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku.” Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan .” Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. 

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...