Photobucket Photobucket

Friday, November 19, 2010

Jangan takut makan ulam

Ulam-ulaman segar.. x sabar nak makan....

Sape suke makan ulam-ulaman? Angkat tangan....!! Siti percaya, ramai yg suka makan ulam kan? Ulam-ulaman ni bukan je sedap dan dijadikan pembuka selera, tp ulam juga sgt berkhasiat dan baik utk kesihatan kita.

Ok, kat gambar tu Siti tunjukkan menu makan tengahari Siti tadi. Kt dalam tu ade pucuk betik yg dah direbus, ulam pegaga, peria katak dan pucuk mengkudu.


Partner yg mmg x boleh dipisahkan, ulam & sambal belacan.
Pucuk mengkudu dan ulam pegaga tu Siti cari kat tepi2 umah je.. Kebetulan, pokok mengkudu tu mmg ade tanam sendiri, pegaga pula tumbuh meliar je kt tanah lapang tepi umah.

Pahit?? Memanglah pahit.. tp pahitlah yg bagus. Cuma, bagi yg memang x leh tahan rasa pahit, ade cara nak kurangkan rasa pahit tu. Caranya, basuh dan rendam dgn air garam sekejab. Nak rebus pucuk betik pun sama, basuh bersih, kemudian didihkan air yg ditambah secubit garam dan minyak masak. Bila dh masak, keluarkan dari periuk, bilas dgn air sejuk dan ramas supaya kering.

Untuk peria katak pula, hiris kecil-kecil, basuh dan rendam dalam air garam. Sebelum makan, bilas pula dgn air sejuk.Ulam-ulaman ni, lebih bagus kalau terus makan lepas dipetik, sbb kalau dah layu, kurang 'mengancam'.

Partner utk makan ulam-ulaman ni pulak, mestilah sambal belacan ataupun sambal asam. Dua-dua pun sedap. Tak pastilah pula klu kt tempat/negeri lain gunakan pencicah lain.

Sekarang kite tengok pula apa kebaikan ulam-ulaman ni dari segi saintifik:

Pucuk Mengkudu
Di sesetengah tempat, pokok mengkudu ni dipanggil juga sebagai pokok noni. Daunnya mmg sedap dijadikan ulam dan kerabu. Pucuk atau daun mengkudu ni dikatakan berupaya utk mengawal batuk, muntah, demam dan dijadikan tonik. Buahnya juga elok dimakan segar untuk mengurangkan rasa senggugut bagi wanita.

Pegaga
Pegaga ni antara ulam yg sgt popular dalam masyarakat melayu. Ia sering dijadikan menu bagi wanita yg sedang berpantang selepas melahirkan anak. Kajian dah membuktikan bahawa pegaga sgt berkesan utk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menyingkirkan bahan toksin dari badan. Selain dimakan mentah, pegaga juga sedap dimasak lemak.

Peria katak
Peria mmg terkenal dgn rasanya yg pahit. Walau bagaimanapun, rasa pahitnya boleh dikurangkan dgn cara merendam peria yg telah dipotong kecil ke dalam bancuhan air garam. Amalan memakan peria sebgaai ulam dikatakan dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal paras gula dalam darah. Ia juga dikatakan mampu mengawal cirit-birit dan merawat batuk.

Pucuk betik
Pucuk betik yg telah direbus, amat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kolestrol dan juga paras gula dalam darah. Selain itu, ia juga berkesan untuk membunuh cacing dalam usus dan menurunkan berat badan. Ada petua utk hilangkan rasa pahit pucuk betik ni, caranya, semasa merebus, selain dimasukkan garam, campurkan juga beberapa helai daun senduduk. InsyaAllah, rasa pahit tu akan berkurangan.

Hm.. memang byk khasiat ulam-ulaman tradisional kita ni kan? Selain murah dan mudah diperolehi, ia juga sgt berkesan merawat pelbagai penyakit. Jangan pula dah sakit baru nak makan ulam-ulaman ni. Bukanlah tak boleh, cuma, mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?

Dan daripada biarkan laman kita tu penuh dgn rumput dan lalang, ada baiknya juga kita lancarkan kempen "Tanam Ulam-ulaman". Haaa... mana tahu, boleh jd supplier ulam pulak.. Lagipun, tumbuhan-tumbuhan ulam atau herba ni mmg senang nak tumbuh dan membiak. Asalkan kita ada tanah. Kalau takde tanak lapang pun, boleh tanam dalam pasu. Boleh jadi lanskap lagi...

Akhir kata, janganlah kita takut makan ulam-ulaman ye. Jadikanlah amalan kita setiap hari. Dan kalau boleh, galakkanlah anak-anak kita makan ulam sejak kecil lagi. Jom! Kita makan ulam... ^^

1 comment:

John Ragai said...

I ada banyak daun mengkudu yang fresh kat rumah. So this weekend boleh buat ulam daun mengkudu.
Thank you.
John Ragai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...