Photobucket Photobucket

Sunday, November 21, 2010

Gaya murid sekolah tahun 90-an

Gaya / style yg popular zaman Siti sekolah lg dulu:

1. Tudung: 
Murid perempuan pakai tudung buatan sendiri. Beli kain 2 meter kt kedai, lipat bentuk tiga segi, jahit, pastu kelilingnya bakar dgn lilin je, xde jahit2 tepi. 

2. Serkup:
Time ni ade murid perempuan yg suka pakai serkup berlapis-lapis.. kononnya nak biar tudung nampak bulat (gaya yg popular masa Siti tingkatan 1 & 2).

3. Kasut:
Masa tingkatan 1,2 & 3, popular dgn kasut palas jazz. Masuk tingkatan 4 dah mula pakai kasit All Star plak.
4. Kain sekolah:
Masing-masing pakai kain jenis licin mcm satin tu. Cotton tak pandang dh, sbb keras, dan bila berjalan kain tak beralun.. heheee....

5. Baju kurung sekolah:
Pakai kain jenis cotton je.. ade jugak yg pakai kain jenis satin, tapi nanti nama kene ambik dgn cikgu. Masa tu kain jenis cotton je yg dibenarkan utk buat baju sekolah, sbb kain licin ni jarang...

6. Beg sekolah:
Masa ni popular sgt dgn beg galas "UMBRO'. Tak kira murid lelaki atau perempuan mesti nak beg ni. Pastu kuar pula beg jenama 'East Indian Company'. Murid perempuan ramai guna beg ni.

7. Tudung bawal.
Masa ni la mula2 dengar nama tudung bawal. Tapi masa ni kain tudung bawal tak jarang sgt mcm sekarang.

8. Basikal.
Pergi dan balik sekolah naik basikal je, ramai-ramai mcm konvoi. Tumpang parking kt umah nyonya, pastu jalan kaki plak ramai-ramai. meriahnyeee masa ni...

9. Kartun.
Dragon Ball, Sailormoon dan Ninja Boy sgt popular masa ni. SAnggup bangun pagi tiap2 sabtu dan ahad nak tengok citer ni kt Chicky Hour.. ^^

10. Cyber Cafe
Masa ni juga dh mula ade Cyber Cafe, dh pandai buat akaun emel Hotmail, yahoo belum ade lagi kot masa ni. Chatting plak guna 'MiRC'. YM, FB belum wujud lg.

Buat persembahan sempena bulan patriotik dgn kumpulan koir sekolah.

Form 4, kelas dalam makmal sains je..

Hari Keluarga Koperasi sekolah kt Teluk Ramunia

Ayam golek versi kami, hahaha!

Pakai tudung mesti nk tajam2kan ujung tu..

Gaya murid sekolah thn 1999

Dinner dgn classmate lepas SPM 2000.

Dgn kawan dari kelas sebelah.

5 comments:

THE GREEN said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

aik..kita sezaman rupanya..mmg masa tu SAMA la mcm yg awak kata tu dr no. 1 sampai last semua btul..tambah sikit - budak2 laki mula pakai seluar jenis straight cut, xmau dah pakai yg already-made sbb kaki bawah kecik..bila straight cut, stylo sikit..skrg ni seluar straight cut dah djual merata2, blh beli terus jer..lg mudah....

rambut pulak sikat belah tengah..hahaha :-D

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

Siti Noraisyah said...

betul2, murid2 lelaki kt skolah siti pun mcm tu.

Tp murid2 skrg lg 'hebat' gayanya, rambut siap pcak2 lg.. heee...

btw, thanks sbb singgah n komen my blog. nti siti singgah pula ye..

ynn said...

selamat mlm cikgu...hikhik...yana dari blog ben...tgk2 blog awk jap...wah..........blog wana pink...suka2....\(*0^)/

ynn said...

selamat mlm cikgu...hikhik...yana dari blog ben...tgk2 blog awk jap...wah..........blog wana pink...suka2....\(*0^)/

Siti Noraisyah said...

hai reiyana..^^

Thanks singgah blok sini ye..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...