Photobucket Photobucket

Thursday, November 11, 2010

Selamat Pagi Cikgu..!!

Debaran...

Akhirnya... keputusan UPSR dh keluar hari ini.. huhuu.. debarannya, mcm Siti pulak yg amik pekse tu... Tengok reaksi murid-murid mcm xde ape2 je.. musykil tul..

Macam ni la rupenya perasaan cikgu2 Siti dulu kan? Padahal, orang yang nak terima result ni selamba je.. mcm exam biasa.. haha! Sayang pula rasanya, masa sekolah rendah dulu tak ade pun ambil2 gambar.. yela.. zaman tuu.. kamera ni macam barang mewah, susah nak dapat.. lainlah sekarang.. kamera dah melambak-lambak.. ade yg besar.. ade yg kecik.. kt telefon pun dh ade.. ish.... untung generasi-generasi skrg ni..

Ingat- ingat balik..

Sekolah rendah dulu, Siti sekolah kat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tuan Poon.. Haaaa... kaum-kaum cina kalau mengumpat Siti leh paham tau, so hati2 ea.. ^^

Seronok sangat pengalaman belajar kat sekolah cina ni. Walaupun Siti langsung xde basic dalam bahasa mandarin, tadika pun tak.. Tak taula macam mane arwah abah boleh daftarkan Siti kt skolah tu.. Kadang2 Siti pun hairan, mcm mane Siti boleh berbahasa mandarin atau sejak bila Siti boleh berbahasa mandarin? Sebab, seingat Siti, masa mula2 daftar dulu Siti memang xtau cakap ape pun.. Siti cakap melayu je dalam kelas tu. Dengan cikgu Siti cakap bahasa melayu, dengan budak cina pun Siti cakap melayu.. Yang Siti ingat, bila ade sape2 yg bercakap dgn Siti dlm bahasa Mandarin, Siti balas je dengan bahasa melayu, dh mcm itik dengan ayam agaknya.. hehe...

Ayat pertama

Hm.. nak tau apa ayat pertama yg Siti belajar dan hafal kat sekolah cina tu? Heee.... masa tu baru beberapa hari mula sekolah, so Siti memang langsung xtau cakap mandarin lagi. Kalau nak bercakap, Siti gunakan BM je.. sampailah satu haritu, Siti nak ke tandas, dan Siti jumpalah guru yg tengah duduk kt meja guru tu.. Siti minta izin nak ke tandas dalam bahasa melayu.

Siti: Cikgu.. saya nak ke tandas, boleh?
Cikgu: Siti, kalau nak ke tandas, awak kena cakap macam ni, lao shi, qing wen wo ke yi shang ce shuo, ma? ( Tumpang tanya cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?)

Itulah ayat pertama yang Siti tahu.. Siti hafal dan hafal berulang-ulang kali, hinggakan dah kat umah pun Siti sebut je ayat yg cikgu ajarkan tu. Rasa seronok sangat sebab akhirnya Siti dah boleh berbahasa Mandarin. Dan sejak tu la, sikit demi sedikit Siti semakin pandai dan faham bahasa Mandarin.

Dah semakin pandai..

Masuk darjah dua, Siti dah lancar berbahasa mandarin. Belajar, bermain, makan dan semua aktiviti-aktivi, Siti dengan bangsa cina je. Sebab, dalam kelas, Siti la satu-satunya murid berbangsa Melayu. Dan Siti tak pernah rasa tersisih, sbb layanan kpd Siti sama mcm kawan-kawan yang lain. Cuma rasa agak bangga sikit, sbb setiap kali ujian atau peperiksaan, subjek BM Siti selalu dapat markah paling tinggi, heheee...

Cuma Siti tak nafikan, belajar di sekolah cina memang sangat pentingkan disiplin. Dalam kelas, cikgu-cikgu memang garang. Dahla garang, bagi homework banyak pulak tu.. kalau tak siap atau lupa nak bawa buku, rotanlah habuannya... Malah, Siti pernah dirotan sebanyak 20 kali kat tangan kanan dan kiri.. balik umah tak sibuk pun report kat mak ayah....

Hormat

Walaupun Siti berlainan bangsa dan agama dengan diorang, tp dorg tak pernah nak beza-bezakan Siti dengan kawan-kawan yang lain.. Dan yang paling Siti terharu, bila setiap kali bulan Ramadhan, masing-masing pun akan hormat siti yang tengah berpuasa. Sebabnya, drpd pengalaman Siti, bangsa cina ni memang sangat kuat minum air masak.. Setiap murid, pasti akan bawa bekal air dari rumah. rasa janggal kalau ade yang tak bawa bekal air ni, (dan sampai sekarang pun Siti dah terbiasa bawa air masak atau air mineral, walaupun setakat g shopping).

Kemudian, botol2 air ni pula akan diletak di atas meja masing2. So, bila rasa haus, juz amik dan minum jela. Tapi bila tiba je bulan puasa, tanpa disuruh, semua kawan-kawan sekelas Siti ni akan sorokkan botol air masing2 kt dalam laci. kalau nak minum pula, dorang akan suruh Siti pandang arah lain supaya siti tak rasa teringin nak minum. Haha! Hebat kan dorg ni? tau menghormati agama orang lain.

Bila tiba tahun baru cina pula, Siti akan dapat buah limau daripada setiap kawan-kawan sekelas Siti. Bukan buah limau je, ada air kotak, kacang-kacang, gula-gula dan banyak lagi.. heheh... memang best! Waktu rehat pun, siti xde masalah utk makan kat kantin, sbb kat kantin ade jual roti dan kuih2 melayu. maksudnya kt sini, pihak sekolah pun memang sangat menjaga kebajikan murid-murid Melayu yang beragama Islam.

Peperiksaan

Siti bukanlah murid yang pandai atau cemerlang sangat. Tapi masa sekolah dulu, siti tak pernah gagal dalam peperiksaan walaupun soalan peperiksaan 100% dalam bahasa Mandarin ( kecuali subjek BM dan BI). Dan untuk peperiksaan UPSR, Siti tak sangka yang Siti boleh dapat 4A 2B. Paling tak disangka, sbb penulisan bahasa Cina Siti boleh dapat A.

Tamat sekolah rendah

Hari terakhir persekolahan, Siti rasa sedih sangat sebab Siti terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang Siti dah kenal dan rapat sejak darjah satu lagi. Malah, cikgu-cikgu pun sangat baik. Masa tu, Siti dah rasa yang Siti tak akan jumpe dengan dorg lagi sbb Siti akan masuk sekolah menengah kebangsaan, sednagkan ramai kawan-kawan Siti yang lain, masuk ke sekolah menengah jenis Cina.. Masa jamuan akhir bersama guru besar dan guru-guru, ade jamuan makan sikit. Siti dan beberapa orang murid Melayu lain diberikan makanan yang berbeza, mungkin diasak oleh tukang masak melayu.

Last...

Itulah sebahagian daripada kenangan Siti waktu sekolah rendah. Sekarang pun, Siti masih boleh bercakap dan faham bahasa Mandarin. Cuna, sekarang siti dah tak pernah berkomunikasi dalam bahasa mandarin lagi sebab dah xde kawan yang berbangsa cina.


Ape pun, best kan kalau ingat2 balik kenangan zaman sekolah dulu? Rasa mcm nak sekolah balik je... Tak kira bangsa apa dan agama apa, murid-murid tetap boleh belajar di bawah satu bumbung...

1 comment:

Alchemist said...

assalam.. xsangka kite dr sekolah yg sama... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...