Sunday, March 6, 2011

Rajinnyeee.. anak murid sape la ni..^^

Semalam, boleh dikatakan adalah hari gotong-royong untuk cikgu-cikgu kat sekolah tempat Siti mengajar.. Sebenarnya, bukanlah gotong-royong rasmi pun, tapi disebabkan komitmen yang tinggi kepada sekolah, jadi semua cikgu datang dan siapkan kerja-kerja menghias dan menyusun atur kedudukan kelas. Siti pun tak terkecuali... 

Kerja memang banyak, jadi awal-awal lagi Siti dah pesan kat murid-murid tahun 5 yang boleh datang, untuk datang membantu pada hari Sabtu tu. Budak-budak ni kalau disuruh datang memang rajin sangat... Masing-masing bagi alasan kat umah takde ape-ape nak buat.. heheeee.. memang bagus betul dorang ni.. ^^
Ni lah murid-murid Siti yang rajin tu.. bersemangat dorang mengemas.. sapu lantai.. lap tingkap.. lap papan hitam.. susun kerusi meja.. buang sawang.. tapi Siti lupa nak ambik gambar dorang dari awal.. tu yang dapat ambik sekeping ni je.. heheee...

 Sebagai menghargai kesungguhan dorang, Siti belanjelah nasi ayam sorang sebungkus.. wahhhh.. memang suka sangatla dorang sbb dapat makan free.. "kalau camni, hari-hari cikgu panggil gotong-royong pun kami sanggup!" 
Haah, yela tu.. pastu cikgu korang ni yang jadi bankrup!
 Excited tengok dorang makan.. yela.. bukan selalu cikgu ni murah hati nak belanje makan mcm ni.. ^^
Dua orang ni je wakil murid perempuan.. tu pun sebab dorang ni je yang duduk dekat dgn sekolah.. terima kasih sangat kat mak ayah dorang yang sanggup hantar.. kalau tak, sape nak tolong Siti kan?

Akhirnya selepas jam 11:00, memasing pun dah balik.. tinggal la Siti sambung lagi hias kelas,, tu pun tak sempat siap jugak.. badan dah penat... jam 3:00 petang, Siti pun balik umah dan terus tido!

Ingat nak sambung buat hari ini.. tapi.. kereta pulak buat hal.. hm.... tak sempat siap jugak... kene lah sambung hari Isnin esok....



4 comments:

habsahharun said...

comel masing2, rajin pulak tu..

Siti Noraisyah said...

rajin sbb yang penting dorang dapat main2 dgn kawan, kalau kat umah, boring katenye.. hehehee...

zulkbo said...

salam..
anak murid siapa lagi
kalau bukan Cikgu si cantik
manis nih :)

aNiss :):) said...

sukee tgok n3 neyhh! sukee cikgu yg baek ngan anak murid :):) sukee!! hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...