Tuesday, March 29, 2011

Resepi Mee Sizzling

Semalam jalan-jalan kat pekan, ternampak pulak cendawan shitake kering. Tak pernah lagi masak guna cendawan ni, so terfikirlah nak cuba masak kat rumah. Kebetulan, mee sanggul cintan ada lagi, maka inilah hasilnya....
Resepi Mee Sizzling
Bahan-bahan:
  • Mee sangul Cintan
  • isi ayam
  • Cendawan Shitake
  • bawang putih
  • halia
  • bawang besar
  • sos tiram
  • kicap
  • lada hitam dan lada sulah
  • lobak merah
  • tomato
  • batang saderi
  • daun bawang
  • tepung jagung dan air
  • minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rendam cendawan shitake kering yang sudah dibasuh ke dalam semangkuk air bersih sehingga lembut dan kembang. Rendam juga mee sanggul Cintan sehingga lembut.
Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau, masukkan isi ayam, lobak merah dan sedikit air. Biarkan ayam masak. Kemudian, masukkan lada hitam, lada sulah, cendawan shitake, sos tiram dan kicap.
Bila kuah dah mendidih, masukkan sayur-sayuran yang lain dan mee sanggul tadi. Bancuhkan sesudu kecil tepung jagung bersama air, siramkan ke dalam mee dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Angkat dan hidangkan ke dalam pinggan, taburkan daun bawang sebagai hiasan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...