Tuesday, March 22, 2011

Patut atau tak patut marah?

Assalamualaikum readers.. ^^

Semalam, tak sempat nak update pun.. ape la kan.. baru hari pertama mula sekolah sejak cuti seminggu. Hari ni.. ingatkan nak mulakan la hari dengan penuh semangat, sebab semalam dah 'Monday Blues' kan.. Tapi berlaku sesuatu yang buat Siti terus moody.. huh!

Ade ke patut, fius dalam soket wire extention hak milik Siti kene curi!! Macam tak masuk akal je kan??
Yup, Siti pun rasa pelik+heran sangat... sape la yang rajin tangan ambik wire extention yang Siti letak kat bawah meja Siti, pastu curik pulak fius kat dalamnya tu. Patutla masa Siti nak guna pagi tadi, untuk sambungkan wayar laptop dengan suis, wire extention Siti tu tak berfungsi. Padahal, hari sebelum-sebelumnya ok je.. 
Patutlah tak berfungsi.. dah 'rompong' dah...
Sebenarnya, wire Siti tu memang dah hilang sebelum cuti sekolah yang lepas. Dah kecoh-kecoh jugak masa tu sebab Siti memang tak suka sesiapa yang alih atau ambil barang Siti tanpa izin. Then, wire extention tu Siti jumpe balik kat dalam stor.. ntah sape ntah yang amik.. takde sape pun yang nak mengaku... Bila dah jumpe, Siti simpan jela kat dalam loker Siti sebab masa tu takde sibuk2 nak guna laptop.

Then, bila nak guna pagi tadi tu la baru tahu yang fiusnya dah diambil... boleh macam tu ek??
Hishhh... geramnye... geramnyeee..... tapi sabar je la kan.. nak marah-marah pun.. Siti tak tahu sape yang salah....



5 comments:

b a m b a m ' s said...

uiks...cikgu sekolah pon mencurik ker??hehehehhe

Bunga said...

la.. kenapalah dia ambik fius jer. ambiklah sekali dgn xtension nya sekali... biar cikgu ct marah terus.... hehe

zulkbo said...

salam..
adoii..marah-marah
pun bunyinya manja
je kan..ermmmm...

***saya yang ambik fius tu
saja nak test kemarahan anda..
la la la..

shidah said...

la..klu nak amik, amikla semuanya..adaker amik fius jer..pelik btul org tuela..hehehe

Siti Noraisyah said...

bambam: rasanya bkn cikgu kot.. sbb skolah ni mmg selalu ade org luar dtg buat program..

bunga: tula, amik je terus, kan senang kan? haha!

zulkbo: ni marah2 manje sbb kat menulis kat blog, realitinya kalau tgk muka Siti pun dah gerun agknye.. ^^

shida: memang pelik.. tp mungkin sbb dia pencuri yang baik hati kot.. haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...